
Mengapa lama menghilangkan diri dari menulis?
Oh, rasanya ramai yang bertanyakan soalan yang sama. Aku tidak menghilangkan diri tetapi aku tidak punya banyak masa sejak akhir-akhir ini. Terlalu banyak yang terjadi sampai aku hilang kata-kata untuk bercerita setiap satunya. Maaf.
Mengapa Wordless Wednesday banyak gambar? Bukankah kebiasaannya orang hanya akan masukkan hanya satu gambar sahaja di dalam tajuk tersebut?
Jawapannya cuma satu - aku malas. Hahahaha XD Betullah, aku malas mahu memuat naik satu persatu gambar tersebut, jadi aku rangkumkan kesemuanya di bawah satu tajuk yang sama. Hehehe :D Jadi, kamu boleh memberikan pandangan kamu sendiri bila kamu melihat gambar-gambar tersebut. Kan? :)
Apa perkembangan terbaru?
Pendek sahaja penerangan aku : Kursus - Peperiksaan - Kursus - Peperiksaan - Audit - Kursus - Peperiksaan. Jadi sekarang kamu boleh bayangkan mengapa aku sudah lama tidak menulis apa-apa di sini bukan? :)
* Perasan macam artis popular menjawab soalan-soalan pula. Hehe :D
Post a Comment