Dalam hidup ini, cuma ada dua kemungkinan untuk kamu :
1. Kamu mempergunakan orang lain untuk kepentingan kamu sendiri
2. Kamu dipergunakan orang lain untuk kepentingan mereka sendiri
Semua orang tidak mahu dipergunakan - tiada siapa yang mahu tetapi dalam masa yang sama, kamu sanggup mempergunakan segala yang berkaitan untuk mencapai matlamat kamu. Malangnya, kamu jarang perasan kamu dipergunakan oleh orang lain.
Pening? :D
Kadang-kadang, kamu sedar kamu dipergunakan tetapi kamu sendiri tidak kisah dengan keadaan itu. Sayangnya, orang yang mempergunakan kamu itu tidak menghargai apa yang kamu lakukan demi dia. Kan? (T__T)
Okey, sebelum aku memeningkan kamu dengan penggunaan ayat yang akan semakin berbelit-belit, baik aku berhenti di sini dulu. Heh :)
Post a Comment