Aku memang suka sesat bila berjalan. Tak kisah la ke manapun. Aku memang mengaku kekurangan dari segi daya ingatan untuk mengingati susur jalan.
FAILED (╥_╥)
Macam teman aku kata - " Kau tak boleh jadi pemandu atau pembantu pemandu yang baik "
(-___-")
Mula-mula datang Bangipun, aku sudah sesat masa hendak mencari jalan ke lebuhraya. Dalam Bangipun boleh sesat. Haha :P
Aku susah hendak cam jalan. Memang susah betul nak ingat jalan itu walaupun aku sudah melaluinya beberapa kali. Haish...~ (╥_╥)
Namakan saja ke mana aku tidak pernah sesat lagi - Bangi, Putrajaya, Puchong, Sunway, Serdang, Cheras, Setapak, Kelana Jaya, Shah Alam, Klang, Rawang, Sungai Buloh, Gombak, balik ke Perak, Ipoh, Slim River, Kuala Terengganu, Kota Bharu. Phew~ (*___*)
Aku sangat rajin bertanya kepada orang [ BACA : siap masuk balai ] kalau sudah kesesatan jalan tapi akhirnya aku akan sesat balik (╥_╥)
Dan aku benci sungguh dengan roundabout Memang gagal. Aku tak tahu mana arah pukul tiga, dua belas, sembilan, enam. Haha.
(╥_╥)
Tapi, dalam sesat-sesat itulah aku boleh tahu sesetengah jalan yang orang tak pernah lalupun. Hehe XD
Dan sampai sekarang aku rasa bersalah sebab pernah buatkan seorang kakak India salah naik tren. Dia hendak pergi ke Sentul kalau tak silap. Sepatutnya naik arah Sentul Timur tapi masa itu aku agaknya tengah kemamaian yang nyata, aku suruh dia naik ke arah Sri Petaling - arah yang sepatutnya aku yang naik (-___-")
Selepas kakak tu naik tren baru aku sedar kesilapan aku. Huhu. Harap-harap aku tak kena maki dalam tren oleh kakak itu.
Maaf ya kak? (╥_╥)
Post a Comment