
Masa mula-mula aku makan dulu, harganya baru dalam lapan puluh sen je. Dan paling terbaru masa beli di Watsons hari itu, harganya sudah mencanak naik sampai seringgit enam puluh sen.
Mahal betul. Huhu~ (╥_╥)
Makan benda ini memang boleh melekakan. Aku boleh habiskan sebungkus tak sampai satu jam pun. Haha.
Dulu, masa di universiti, aku beli banyak-banyak, lepas itu letakkan di dalam bekas kedap dan buat kunyah-kunyah masa tengah buat tugasan kelas ke tengah melayari internet ke. Heh :D
Cubalah makan, tengok macam mana kamu akan ketagih makan benda ini :P
Post a Comment