Dia : Aku rasa hidup aku susah sekarang
Aku : Susah? Kenapa?
Dia : Hidup aku tidak seperti orang lain
Aku : Maksud kamu? [ angkat kening ]
Dia : Susah sebab aku rasa kerja aku semakin membebankan
Aku : Biasalah, namapun kerja bukan? Mana ada kerja senang
Dia : Aku rasa gaji aku tidak setimpal dengan kerja-kerja aku
Aku : Tetapi aku rasa, padanlah dengan jawatan kamu yang bertaraf pegawai itu. Kalau kamu orang bawahan macam aku, mungkinlah tidak setimpal macam yang kamu rasa
Dia : Sudahlah gajipun sedikit. Sudahlah banyak perkara yang aku hendak buat
Aku : Apa yang kamu hendak bayar? Kereta kamu kena dibayar berapa ringgit sebulan?
Dia : Persona itu ayah aku bayarkan, akupun tidak tahu berapa ansuran bulanannya
Aku : [ Senyum ] Hurm, jadi apa yang kamu kena bayar? Sewa rumah? Bukankah kamu duduk dengan keluarga kamu?
Dia : Ya, nasib baik bukan? Kalau aku duduk di luar, mesti aku kena bayar duit sewa
Aku : Jadi, apa yang kamu rungutkan lagi? Apa yang kamu kena bayar? Duit
Dia : Duit ansuran separuh ibu aku yang bayarkan
Aku : [ Menghela nafas panjang ] Jadi, apa masalahnya lagi? Kad kredit kamu terlebih belanjakah?
Dia : Tidak. Bulan lepas baru saja ayah aku selesaikan bilnya
Aku : !@#@%$&^(**(+_ [ Rasa hendak
Dia : Itulah. Gaji aku sedikit sangat kalau hendak dibandingkan dengan kerja-kerja aku
Aku : [ Terdiam sendiri ]
Jujurnya, aku tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon apa lagi terhadap si teman. Jujurnya, aku tidak memahami apa kesusahan yang dia tanggung ketika itu.
Perihalnya si teman :
1. Belajar di MRSM
2. Melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Master, sedang berkira-kira mahu melanjutkan ke peringkat PHD
3. Tidak menunggu lama selepas tamat pelajaran, hanya sekitar dua tiga bulan sahaja sebelum mendapat kerja tetap, bukannya kontrak mahupun sambilan
4. Sekarang berpangkat gred 41 dan umurnya masih di bawah tiga puluh
5. Duduk di rumah ibu bapa yang terletak cuma 15 minit dari tempat kerjanya
6. Memakai kereta Persona yang dibayar oleh bapanya yang bekerja sebagai kontraktor
7. Separuh dari duit pinjamannya dibayar oleh ibunya yang masih bekerja sebagai pensyarah
8. Cuma dua beradik sahaja - seorang abang dan dia
9. Mempunyai deretan kad kredit di dalam tas tangannya
10. Berhubungan dengan seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat ternama
Boleh nampak kehidupan yang bagaimana dilalui oleh dia?
Maaf teman, aku sungguh tidak memahami kesusahan apakah yang sedang kamu lalui sekarang.Ya, mungkin benar kata dia - gaji yang sedia ada tidak berbaloi dengan bebanan kerja dia. Aku rasa, ramai yang merungutkan perkara ini.
Tetapi, kalau dilihat semula, aku rasa dia seharusnya bersyukur dengan kehidupan yang dia ada. Bagi aku, gaji yang hampir mencecah empat ribu sebulan setimpal dengan kerja-kerja dia. Tetapi mungkin, gaji itu belum cukup untuk dia menampung kehendak dia.
Benarlah kata orang tua - " Makin besar periuk, makin besarlah keraknya "
Mungkin, ya mungkin, dia punya masalah tersendiri, yang aku sendiri tidak dapat memahami dengan fikiran seringkas aku. Tetapi, dari satu segi, dia seharusnya belajar bersyukur hidup dia tidak serumit orang lain.
:)
Post a Comment