Write without regret by Devil Inc. at 6:07:00 PM, Monday, March 14, 2011

Sudah lama mahu menaip tentang ini tetapi entah mengapa asyik bertangguh (-__-")

Umum tahu apa yang berlaku di Jepun sana. Tidak perlu aku mengulas panjang seolah-olah wartawan di tempat kejadian. Kamu boleh Google, YouTube, dll. untuk mengetahui perkembangan di sana.

Sejak akhir-akhir ini aku tengok ramai manusia yang semakin kurang rasa sensitiviti. Ya, mungkin kamu rasa kamu seorang yang kelakar dan sangat disukai orang ramai tetapi bagi aku, ini bukan saat-saat untuk kamu menunjukkan sifat kelakar kamu itu.

Manusia-manusia yang kurang rasa sensitiviti inilah yang menulis status di Facebook, Twitter, blog, forum atau apa jua medan perbualan - menulis tentang di manakah peranan watak-watak seperti Ultraman, Sailormoon, Doraemon, dll. di dalam situasi begini.

Owh, sungguh tidak kelakar.

Sungguh, aku bencikan rasa kurang sensitiviti kamu itu. Sangat.

Mungkin kamu rasa kamu tiada seorangpun kenalan, tiada seorangpun saudara mara kamu yang terlibat di dalam situasi itu tetapi rasanya kamu masih seorang manusia bukan? Seorang manusia yang sepatutnya ada rasa perikemanusiaan.

Terfikirkah oleh otak kamu yang kecil itu apa rasanya kalau kamu yang berada di dalam situasi itu dan orang lain pula berbuat demikian terhadap kamu? Apa perasaan kamu di ketika itu?

Sesungguhnya, manusia diberikan otak dan akal untuk berfikiran rasional tetapi untuk orang-orang begini, sayang... otaknya bukannya letak di atas kepala, tetapi di kepala lain - kepala lutut.

* Semoga segala-galanya berjalan baik untuk mereka semua di sana. Amin.
 
1 Comments:

Post a Comment



At March 15, 2011 at 1:05 PM, Blogger maisarah sarah

ye betull...ramai yg main2 pasal kartun2 yg asal dr jepun.xprihatin betul...

 


Post a Comment