Write without regret by Devil Inc. at 1:14:00 PM, Sunday, March 20, 2011
Teman,
Mengapa aku tiada setiapkali kamu mendapat berita gembira,
Mengapa aku tiada setiapkali kamu tertawa,
Mengapa aku tiada setiapkali kamu diulit bahagia,
Mengapa aku tiada di dalam setiap babak kegembiraan, babak kebahagiaan kamu.

Teman,
Mengapa aku mesti ada setiapkali kamu berduka,
Mengapa aku mesti ada setiapkali kamu mengalirkan air mata,
Mengapa aku mesti ada setiapkali kamu berasa kecewa,
Mengapa aku mesti ada di dalam setiap babak kedukaan, babak kesedihan kamu.

Teman,
Mengapa setiap kesusahan yang kamu alami,
Kamu hanya nampak aku ketika itu,
Mengapa bila tiba detik kegembiraan yang kamu rasa,
Aku diketepikan begitu sahaja,
Mengapa aku hanya wujud untuk kongsian kesedihan kamu,
Mengapa aku hanya diperlukan di saat begitu.

Teman,
Kadang-kadang aku bertanya kepada diri sendiri,
Untuk apa aku berdiri di sisi kamu,
Untuk apa aku setia dengan kamu,
Untuk apa aku seorang yang memandang kamu,
Sedangkan kamu sendiri tidak pernah mengendahkan aku.

Teman,
Sesaat kemudian aku mendapat jawapan,
Wujudnya aku untuk menenangkan kamu,
Wujudnya aku untuk menyeka air mata kamu,
Wujudnya aku untuk berdiri di sisi kamu,
Wujudnya aku untuk menghilangkan resah gelisah kamu,
Biarpun,
Kamu tidak pernah memandang aku,
Kamu tidak pernah memerlukan aku,
Kamu tidak kisahkan aku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku akan selalu di sini,
Untuk jadi teman baik kamu,
Untuk jadi peneman kamu,
Untuk jadi segalanya buat kamu.



*Kadang-kadang, segala pengorbanan kita tidak pernah dihargai tetapi kita, tetap akan berdiri di situ, setia melakukan segala untuk dia, biarpun tidak akan dihargai untuk selamanya.
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment