Write without regret by Devil Inc. at 5:04:00 PM, Tuesday, March 15, 2011
Nota : Aku mahu beritahu seringkas yang mungkin kepada kamu semua :)

Aku sedar sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kekalutan, terlalu banyak khabar angin yang berlegar-legar bila kejadian kononnya kemalangan kuasa nuklear di Jepun sana telah meletup dan bakal menyebarkan kesan radiasi kepada penduduk di sini.

Antara msg paling popular sejak kelmarin yang singgah di dalam peti msg aku :

" A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's an acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know "

Owh teman-teman, jangan risau, jangan takut. Tiada hal sebegitu akan berlaku di sekitar kamu. Kemalangan kuasa nuklear tersebut adalah berpunca daripada pelepasan gas Hidrogen ke udara dan letupan tersebut adalah hasil tindak balas di antara Hidrogen dan Oksigen.

Hasil tindak balas tersebutlah yang menyebabkan letupan terjadi, bukannya loji kuasa nuklear tersebut yang meletup.

Disebabkan jarak antara negara kita dan Jepun sangat jauh, jadi kebarangkalian untuk radiasi tinggi sampai ke tempat kita tersangatlah rendah. Aku ulang, tersangatlah rendah.

Jadi, jangan risau ya teman-teman?

Untuk mendapatkan segala info dengan lebih lanjut, kamu boleh layari :

1. Http://www.iaea.org
2. Http://www.nisa.meti.go.jp
3. Hotline Pusat Maklumat Radiologi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 1-800-888-7999

Jadi, jangan sebarkan perkara yang entah dari mana sumbernya untuk tidak menimbulkan panik.

Sekian, terima kasih :)


 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment