Write without regret by Devil Inc. at 6:24:00 PM, Monday, July 18, 2011
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Erm? Kalau tengok lagu-lagu di dalam telefon bimbit aku, kamu akan jumpa banyak Playlist :

1. Aizdean - Lagu-lagu Aizdean. D.a.m.n. Aku memang suka lagu-lagu dia.
2. Anime - Lagu-lagu dari anime lah apa lagi. Naruto, Bleach, K-On, dll.
3. Bolly - Lagu-lagu rakyat. Haha. Chez. Namapun Bolly, mestilah lagu berunsurkan gelek-gelekan. Faham ke tidak belakang cerita, yang penting boleh layan :D
4. Chinese - Kebanyakan lagu-lagu di dalam ini adalah lagu dari drama-drama yang aku pernah tengok di Astro On Demand
5. Classic - Di sini kamu boleh jumpa lagu-lagu dari Ahmad Jais, Jeffrydin, SM Salim. Klasik gila dowh :P
6. Current - Lagu-lagu yang agak terkini bagi aku [ BACA : untuk aku sahaja ]. Almaklum lah aku jarang mendengar lagu-lagu terkini, jadi lagu-lagu yang baru aku muat turun akan dimasukkan di bawah senarai ini. Lagu Hazama kira paling terbaru lah masuk di dalam senarai :P
7. Fast beat - Lagu-lagu yang berentak pantas macam lagu Faizal Tahir - Batu dan Golek :D
8. Maher Zain - Ya, aku juga mendengar Maher Zain okey? (-___________-")
9. Pressure - Lagu-lagu Linkin Park sahaja. Diulangi - SAHAJA. Entah kenapa dari dulu lagi kalau tengah di dalam tekanan yang maha hebat, aku akan pasang lagu Linkin Park sekuat yang boleh. Boleh menenangkan jiwa. Heh :)
10. Riding - Kalau aku mahu merempit, senarai ini yang aku akan dengar. Bolehlah melayan atas motor tu :D
11. Sign - Antara senarai kegemaran aku. Lagu-lagu dari drama Korea, Sign. Oh Dr Yun Ji-Hoon (^__^)
12. Sleep
- Lagu peneman tidur :)

Ini sudah dikira menjawab soalan ke? Heh :D

Okey, kalau mahu lagi maklumat, hurm... apa ya?

Kalau anginnya tengah baik-baik sahaja, aku suka mendengar lagu yang rancak-rancak, lagu yang ada di dalam senarai Current.


Kalau tengah bosan, aku rela tidak mendengar apa-apa. Merunsingkan fikiran sahaja mendengar lagu-lagu itu.

Kalau tengah marah, geram, atau yang sewaktu dengannya, aku akan mendengar lagu-lagu Linkin Park.

Dan bila tengah sedih, pandai pula cari lagu SM Salim ke Faizal Tahir ke Anuar Zain ke. Hahaha XD

* Bila sedih, kenalah menghadap orang-orang yang macam ini. Baru sejuk hati :P


 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment