Write without regret by Devil Inc. at 3:51:00 PM, Sunday, August 2, 2009

Bunyi hebat gila kan tempat kerja aku sekarang? Hohohoho~ Aku tidak pernah mengetahui kewujudan tempat ini sehinggalah aku dapat kerja dekat sini - kecuali aku pernah dengar masa aku temuduga dulu - awal-awal lagi orang yang temuduga itu sudah beritahu yang temuduga tu khas untuk pengambilan bagi Agensi Nuklear Malaysia.

* Semua orang akan cakap - " Kau buat bom ye dekat sana? " bila aku cakap aku kerja dekat sini (-__-")

Pesanan pertama yang aku ingat orang pentadbiran bagitau aku masa telefon untuk beritahu yang aku sudah berjaya mendapat kerja di sini - " Kalau boleh carilah kenderaan sendiri ye? Tak ada public transport yang masuk kat sini "


Aku keliru juga - kenapa kenderaan awam tidak masuk ke dalam? Pelik kan?
Jauh sangat ke? Bila ditanya, dia cuma beritahu - " Tempat nie ke dalam sikit "

Tetapi bila sudah datang ke sini sehari sebelum hari melapor diri, perghhhhhh... berjurai air mata mak aku tengok tempat kerja aku. Bukannya bangga, tetapi susah hati memikirkan aku yang hendak kerja dekat sini nanti - dengan struktur jalan yang mengalahkan jalan hendak pergi ke Cameron Highlands, ceruk lagik.


Wuuu.... (T____T)

Masa itu, pakcik aku jumpa Pak Guard dekat pintu utama - konon hendak minta tengok dekat dalam tetapi dia kata dekat sini, hanya boleh masuk waktu bekerja sahaja. Diulangi : SAHAJA. Masa itu tengok punyalah besar pagar yang menutup itu - sudah macam kawasan penjara. Huhu (T_T)

Mak aku cakap - " Hutannya tempat kerja~ "

Bila terpandang beruk-beruk yang tengah bersidai kat pagar besar dan sekeliling kawasan itu, pakcik aku cakap - " Haah, nampak sangat memang kerja dalam hutan " (-_-")

Hari pertama aku dekat sini - 21/4/2008 - Isnin. Bersemangat pergi awal - sudah tercongok dekat blok 11 seawal pukul 7.30am. Gila awal. Semua orang pun tak masuk kerja lagi masa itu. Blok 11 adalah bangunan awal yang akan dijumpa bila masuk dalam kawasan nie [ selain post guard tu ]. Di mana terletaknya Blok 1? Sebenarnya tak adapun. Di sini, paling awal adalah Blok 10 - dekat Pak Guard sana. Trivia tu, trivia.

Mula-mula dulu, dengar khabar angin yang mengatakan penempatan bahagian hanya akan dapat sebulan akan datang. Perghhhhh~ Lama tu. Sudahlah kami semua berterabur dalam itu, tidak ada tempat khusus hendak berkumpul. Rutin kebiasaan cuma punch in dan melepaklah kamu sehingga masa punch out pukul 5 itu. Seronok berebut hendak punch masa punch out tu. Konklusi aku masa mula-mula dulu adalah semua orang sebenarnya tidak sabar nak balik, tidak sabar hendak keluar dari hutan ini (-_-")

Seminggu lebih bertapa dalam perpustakaan sementara tunggu penempatan. Akhirnya dapat juga. Tidaklah menunggu sampai sebulan kan XD Aku dapat dekat Bahagian Teknologi Perubatan - satu bahagian yang membuatkan aku terfikir - " Apa yang aku hendak buat dekat sini? "

Orang pertama yang aku jumpa dalam bahagian ini adalah Pengarah Bahagian - seorang yang bergelar Dato'.

" Kerja kat sini bukan buat bom "
" Kerja kat sini takkan ada apa-apa effect "
" Kerja kat sini takkan membuatkan awak mandul sebab saya sendiripun ada anak. Pegawai saya ada yang kahwin dua, ada yang dapat anak kembar, ada yang tengah mengandung "

Bersungguh dia terangkan yang kerja dekat sini memang tidak akan membawa apa-apa masalah kepada kami.

* Kami tiga
orang yang dapat satu bahagian - yang lain semua seorang satu bahagian (^__^)V

Tiba-tiba tengok Dato' bangun hendak ambil sesuatu di atas meja dia dan kami terpaku tengok dia berjalan - macam ada masalah sikit.

Cepat dia cakap - " Jangan ingat saya jadi macam nie sebab radioaktif. Saya jatuh basikal masa kecil dulu "

Huhuhu~ (-__-")

Aku dapat masuk team Pengeluaran [ BACA : Production ]. Dulu kan, bukan main lagi aku benci dengan kerja kilang. Konon tidak berprestij, tidak hebat, malu. Tapi bila dekat sini, bahagian di sini dibahagikan pada beberapa bahagian lagi - Production, Quality Control [ QC ] Quality Assurance [ QA ]. Tidak bunyi macam dekat kilang ke tu? (-__________-")

Masa itu aku jumpa pegawai aku, Pegawai Penyelidik [ BACA : Research Officer [ RO ] ] dekat sini. Perempuan. Dia punya seronok aku masuk team Pengeluaran sebab katanya dia ada teman untuk kerja malam, kerja hari minggu. Tetapi dia sudah berhenti kerja dan sekarang kerja dekat Arab Saudi. Meninggalkan aku keseorangan di sini (-____-") Aku seorang saja perempuan dalam kumpulan ini. Huhuhu~

Berbulan juga hendak mendapatkan rentak di sini - yelah, benda baru - semua kena belajar. Bengong juga dibuatnya sebab dekat sini ramai pegawai - cakap pun guna terma-terma yang boleh membuatkan yang mendengar ini ternganga-nganga.


Apa bahagian aku buat?

Kami menghasilkan bahan radioaktif untuk dibekalkan ke hospital - untuk kegunaan mengesan kanser paru-paru, tulang.

Hebatkan?

Memang la bahaya tapi yang pentingnya, bunyi itu hebat. Wehehehe =D

Inilah yang tempat kerja aku buat. Sila zoom.

Ayat kegemaran aku untuk membengangkan orang yang suka kacau aku masa aku sibuk nak buat kerja - " Eh, jom pergi main radioaktif kejap nak? " (-_______-")

Ha, kalo berani... marilah main skali =D


P/s: Kamu boleh tengok http://www.nuclearmalaysia.gov.my/ untuk membuka minda kamu pasal tempat kerja aku =)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment