- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 10:06:00 AM, Tuesday, May 22, 2012
Day 30 - Your favorite song
Akhirnya sampai ke tag yang terakhir. Lagu kegemaran aku sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dan sekarang mungkin aku ketagih dengan lagu-lagu Korea. Tetapi lagu sepanjang zaman yang memang jadi kegemaran aku - Belaian Jiwa :)
Write without regret by Devil Inc. at 10:04:00 AM,
*Okey, aku memang sudah terlambat habis untuk menghabiskan tag aku. Tetapi aku mesti menyudahkannya juga. Aja aja fighting~!
Day 29 - In this past month, what have you learned
Err, disebabkan aku terlewat untuk menjawab tag ini, maka aku merujuk kepada bulan lepas sahaja lah ya? Bulan lepas adalah bulan September 2011.Banyak yang terjadi pada bulan September. Antaranya :
1. Pertama kali merasa bersahur dan berbuka puasa di wad
- Pergh, memang teruk. Seminggu yang pertama aku asyik berbuka atas motor sahaja. Haha XD
2. Pertama kali berkursus penuh sepanjang bulan puasa
- Ini sangat azab okey. Kursus tanpa makanan memang bukan satu kombinasi yang sangat baik (T__T)
3. Pertama kali tidak mengambil apa-apa cuti pada hari raya
- Pergh~ Boleh dapat APC tahun hadapan. Konon :P
4. Pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini
- Aku sudah pernah menyambut Hari Raya Aidiladha di sini tahun lepas. Banyak bezanya. Kesunyian itu tidak sama. Kadang-kadang, terkilan juga kerana tidak dapat menjenguk kubur abah walhal ini adalah kali pertama aku beraya tanpa dia (T___T) Tetapi, bukan kah setiap kejadian itu ada hikmahnya? Dan hikmahnya kali ini aku rasa elok juga kami tidak beraya di rumah sendiri, sekurang-kurangnya tidak terbawa-bawa dengan kesedihan yang melampau di pagi raya. Alhamdulillah :')
5. Pertama kali pagi raya aku tanpa lemang, rendang dan bihun goreng
- Akupun tidak faham kenapa mak mesti masak bihun goreng di pagi raya. Haha XD
6. Pertama kali hidangan pagi raya adalah mee goreng mamak
- Ini sangat cool okey? Wahahaha :P
7. Pertama kali sehari suntuk menonton televisyen di hari raya
- Dahulu, selalu kena kacau dengan orang yang datang beraya. Tahun ini, melepak seharian di hadapan televisyen. Malangnya, cerita satu-satu macam @#$@#%$^%&^*&(*&) (-____-")