- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 7:47:00 PM, Wednesday, June 26, 2013
Perbualan dengan seorang pegawai :
Dia : Ala... pizza yang hangpa duk makan tu. Apa ka nama dia. Dynamo?
Aku : Dynamo?
Dia : Bukan Pizza Hut kan? Apa ka... Dynamo lah!
Aku : Hoih, itu Dominos. Ada ka Dynamo pulak. Dynamo tu hat cuci baju buat pa!
Alahai! (=___=")
*Sungguh sedap kan? :D
Write without regret by Devil Inc. at 11:12:00 AM, Friday, June 14, 2013
Sebenarnya, aku cuma mahu buat status ringkas sahaja di Facebook berkenaan hal ini tetapi aku takut menyinggung perasaan orang-orang tertentu, maka aku rasa lebih senang berbicara sendirian di sini.
Di sini sahaja ruang lingkup yang selesa untuk aku meluah apa yang berkeladak dalam fikiran aku.
Topiknya berkisar tentang ibu dan anak.
Bagi yang mengenali aku, sudah tentu tahu bahawa aku bukan seorang yang boleh bergaul mesra dengan kanak-kanak. Aku cuma boleh bermesra dengan kanak-kanak yang berumur di bawah satu tahun dan syarat paling utama adalah sebelum dia mendapat 'kaki'. Hahaha.
Jujur, aku tidak punya ikatan kimia yang baik dengan kanak-kanak.
Ah, mungkin disebabkan aku seorang anak bongsu, maka aku lebih selesa bersendirian dan bergaul dengan orang yang lebih berumur. Dan ya, aku memang selesa begitu walaupun umur aku sudah menanjak ke alam dewasa.
Sejak akhir-akhir ini, aku selalu terharu melihat belaian seorang ibu atau bapa kepada anaknya - terutama yang masih kecil, seperti bayi. Oh, ada kah ini bermakna aku sudah mahu kahwin? Heh.
Serius, aku memang terharu melihat situasi begitu.
Bila si anak terlena di dalam dakapan, dicium tubuh yang nyenyak beradu itu tanpa jemu berkali-kali, seolah-olah menyatakan - " Ibu terlalu sayangkan kamu duhai anak "
Bila si anak tersentak dari lenanya, ditepuk-tepuk manja untuk dia tidur kembali, seolah-olah menyatakan - " Pejam matamu, ibu sentiasa ada dekat denganmu "
Bila anak itu menangis, dia pasti dihenjut-henjut, dipujuk-pujuk, dibelai manja, seolah-olah menyatakan - " Jangan bersedih duhai anak, ibu ada di sini "
Bila si anak meleleh-leleh air liurnya, pasti dilap penuh perlahan, seolah-olah menyatakan - " Anak ibu kena sentiasa cantik, ibu tidak suka nampak comot "
Bila si anak comot dengan tumpahan minuman dan makanan, pasti dibersihkan dengan gelak-gelak kecil si ibu, seolah-olah menyatakan - " Alahai anak ibu, betapa comelnya kamu walaupun ada kotoran di muka "
Ah, kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingnya.
Bapa?
Bila si anak terlena di bahunya, perlahan tangan akan menepuk-nepuk supaya anak terus lena, seolah-olah menyatakan - " Jangan risau, ayah akan menjaga kamu "
Bila si anak terkekek-kekek ketawa melihat si bapa mengagahnya, si bapa makin galak mengagah, seolah-olah menyatakan - " Jangan bersedih sayang, ayah akan sentiasa menceriakan kamu "
Bila si anak terjatuh apabila bertatih berjalan, si bapa akan cepat-cepat meluru mengangkatnya, seolah-olah menyatakan - " Jangan khuatir, ayah akan menjaga kamu dari terluka "
(╥_╥)
Maaf. Terus terang aku tidak nampak elemen-elemen sebegitu ketika melihat situasi-situasi berkenaan. Malangnya, otak aku cuma berkisar tentang orang tua - iaitu mak dan abah aku.
Bila nampak si anak ditepuk-tepuk ibunya, aku terfikir - " Pernahkah aku mendodoikan tidur mak dan abah aku? "
Bila nampak si anak dicium-cium ibunya, aku terfikir - " Bila kali terakhir aku mencium mak dan abah aku? "
Bila nampak si anak tidur lena dalam dakapan ibunya, aku terfikir - " Pernahkah aku tidur dalam dakapan mak dan abah aku? "
Bila nampak si anak yang menangis sedang dipujuk-pujuk, aku terfikir - " Pernahkah aku membuat mak dan abah menangis dan tidak mengesat air mata mereka? "
Bila nampak si anak comot yang sedang dilap ibunya, aku terfikir - " Pernahkah aku melayan mak dan abah selembut itu? "
Walaupun ada buat, tetapi rasanya bagai tidak cukup. Setelah separuh jiwa aku pergi - abah kesayangan - aku rasa makin rasa kehilangan.
Kadang-kadang aku rasa macam aku tidak cukup berikan kasih sayang yang ada kepada mereka. Ah, tidak termampu rasanya selama hayat kita.
Dan masa-masa itu lah, aku terlalu merindui abah. Sangat.
Semoga kita dapat bercinta dengan ibu bapa kita sampai ke syurga hendaknya :')
Write without regret by Devil Inc. at 7:08:00 PM, Thursday, June 13, 2013
Hampir kesemua pintu masuk ke dalam bahagian aku memerlukan penggunaan pas masuk - iaitu pas nama masing-masing. Ala-ala macam Touch 'N' Go lah.
Bosan hendak touch pass sebelum membuka pintu sebab terlalu banyak pintu untuk pergi ke arah makmal (=___=")
Situasi pada suatu hari sebelum balik :
Tangan aku di atas card reader sambil membuat bunyi - " Beepppp "
Kawan yang sedang menunggu untuk keluar, mula terpinga-pinga bila aku tidak membuka pintu lagi.
Aku gelak-gelak kecil sambil berkata - " Ingatkan boleh tadi. Mana tau dalam tapak tangan ada cip "
(=_________=")
Ya, kenyataan poyo tersebut berjaya membuatkan keadaan macam ada bunyi cengkerik.
Krikkk... krikkk...