Write without regret by Devil Inc. at 12:53:00 PM, Monday, August 1, 2011
Day 23 - Something you crave for a lot

Aku rasa, di saat ini, aku bukan mengidamkan sesuatu berbentuk material atau makanan. Aku sebenarnya mengidam mahu menaiki komuter. Haha. Sungguh. Aku rindukan keadaan di dalam komuter.

Dahulu, setiap minggu aku akan menaiki komuter ke Kuala Lumpur untuk pergi ke Puduraya. Setiap minggu. Jadi, bayangkan perasaan aku bila aku hampir tiga bulan lebih tidak menaiki kenderaan awam itu. Haha.

Rindu.

Melampau sungguh. Kalau rindukan Aaron Aziz ke ada patutnya juga kan? :P


* Aku rindu sama kamu lah, boleh? :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:53:00 PM,
Day 22 - What makes you different from everyone else

Boleh ke sendiri yang cakap perkara ini? Aku rasa, orang lain lebih pandai menilai. Heh XD

Apa yang membuatkan aku berbeza daripada orang lain?
Hurm...~

.
.
.

Buntu.

Haha XD

Aku rasa aku punya kerjaya yang sangat cool bila mana tidak semua orang
boleh melakukannya. Heh :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:52:00 PM,
Day 21 - A picture of something that makes you happy

Dengan sekadar melihat bintang berkelipan di langit pun sudah cukup membuatkan aku rasa tenang, rasa gembira sebenarnya :)
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:47:00 PM,
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future

Seorang yang berperwatakan macam abah.

Serius.

Aku memang mahukan lelaki seperti abah. Aku rasa kebanyakan perempuan pun sama pendapat dengan aku.

Lelaki yang tidak akan merungut walaupun cuma makan makanan yang ala kadar.
Lelaki yang tidak akan merungut walaupun si isteri membeli barangan mahal XD
Lelaki yang boleh bertahan dengan perangai gila aku.
Lelaki yang boleh menjaga aku, menjaga seluruh ahli keluarga dengan baik.

Ah, semua itu mimpi semata :P

 
Write without regret by Devil Inc. at 8:17:00 AM,
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them

Adik
Sudah tentulah disebabkan aku adalah anak bongsu, penuh kemanjaan. Ewah~ Hehe XD

Shah
Ini nama yang dipanggil oleh kenalan siber dahulu dan yeah, masih ada yang memanggil aku dengan panggilan ini sehingga kini :D

Errr... ada lagi ke? :P