Write without regret by Devil Inc. at 6:13:00 PM, Wednesday, October 5, 2011
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Tahukah anda bahawa saya seorang yang memang jarang-jarang-jarang-jarang sangat mengambil gambar sendiri atau secara berkumpulan? Haha XD

* Trivia habis lah konon (-___-")

Apa yang berbeza tentang aku? Tahun lepas sibuk sangat, tahun ini melepak sahaja. Haha :D

Bagi kamu yang mengenali aku, setelah sekian lama tidak bertemu dan tiba-tiba kamu terserempak dengan aku, aku tahu ayat ini yang akan keluar dari mulut kamu :

" Eeeiii, kau dari zaman sekolah dulu tak pernah berubah kan? "

(T__T)

Sungguh. Aku ada ramai yang akan berkata kemudian.

Ada seorang perempuan [ aku panggil dia aci ], dia menjual makanan ringan di hadapan pintu pagar sekolah aku dahulu. Hari-hari lah boleh nampak dia kalau hendak naik motor dengan abah. Abah pun boleh jadi teman bersembang dia sementara menunggu aku balik. Setelah hampir lapan tahun tidak berjumpa, hari itu aku terserempak dengan dia di pekan dan ini ayat dia :

" Kamu orang yang saya kenal tak banyak berubah dari dulu. Macam tu juga. Pakaian sama, baju sama, perangai pun sama. Tak macam perempuan lain lepas sekolah, sudah buka sana sini, pakai seksi-seksi "

Okey aci, aku faham aku sangat ketinggalan zaman dari segi etika berpakaian (-___-")


Jadi, ada nampak perubahan pada aku? :P

* Kalau berubah begini, boleh kot? Haha XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:08:00 PM,
Day 27 - Why are you doing this 30 day challenge

Kenapa? Masa itu, aku fikir benda ini menyeronokkan. Kebetulan pula hari pertama menjawab tag adalah pada satu hari bulan. Bilangan hari yang cukup baik dan berkadar langsung dengan tajuk tag untuk aku sudahkan. Ewah XD

Tetapi, di pertengahan, banyak perkara terjadi yang membuatkan aku tidak dapat menyudahkan tag ini dalam masa yang sepatutnya dan ia beranjak sehingga kini. Maaf (-__-")

Dan sekarang, aku bertekad mahu menyudahkan juga apa yang telah aku mulakan, biarpun terlambat. Maaf ya? :)





 
Write without regret by Devil Inc. at 5:59:00 PM,
Day 26 - What you think about your friends

Kawan-kawan,
Kenapa mau lawan,
Kitakan dulu,
Sama-sama,
Kongsi teh secawan.

Kawan-kawan,
Kenapa mau lawan,
Orang lain maju ke depan,
Orang kita cari jalan,
Jatuhkan kawan.

Kawan-kawan,
Kenapa mau lawan,
Kan ke cukup rezeki Tuhan,
Buat kita ramai-ramai makan.

Kawan-kawan,
Bukan nak cari lawan,
Sekadar nak ingatkan teman,
Hati-hati dengan gunting dalam lipatan.

Kawan-kawan,
Kita sama-sama cari makan,
Bila fikir masa depan,
Jangan tabur pasir dalam periuk kawan.

Kawan-kawan,
Cuba dikaji orang tua pesan,
KAWAN JADI LAWAN,
LAWAN JADI KAWAN.

- Aie


 
Write without regret by Devil Inc. at 5:48:00 PM,
Day 25 - What I would find in your bag

* Adalah diperingatkan bahawa sesiapa sahaja yang membuka beg aku perlu berhati-hati sebab akan terjumpa macam-macam benda yang di luar jangkaan. Terima kasih :P


Ini kira sudah habis disusun lah. Bayangkan kalau semua bercampur aduk di dalam, jenuh mencari barang yang dikehendaki sebenarnya. Haha XD


Gambar ini bukan yang terbaru tetapi sekurang-kurangnya ini lah sampah-sampah yang menghuni beg aku :D


P/s : Aku tidak tahu kenapa aku tidak pandai memakai tas tangan perempuan sehingga kini (-___-")