Write without regret by Devil Inc. at 6:13:00 PM, Wednesday, October 5, 2011
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Tahukah anda bahawa saya seorang yang memang jarang-jarang-jarang-jarang sangat mengambil gambar sendiri atau secara berkumpulan? Haha XD

* Trivia habis lah konon (-___-")

Apa yang berbeza tentang aku? Tahun lepas sibuk sangat, tahun ini melepak sahaja. Haha :D

Bagi kamu yang mengenali aku, setelah sekian lama tidak bertemu dan tiba-tiba kamu terserempak dengan aku, aku tahu ayat ini yang akan keluar dari mulut kamu :

" Eeeiii, kau dari zaman sekolah dulu tak pernah berubah kan? "

(T__T)

Sungguh. Aku ada ramai yang akan berkata kemudian.

Ada seorang perempuan [ aku panggil dia aci ], dia menjual makanan ringan di hadapan pintu pagar sekolah aku dahulu. Hari-hari lah boleh nampak dia kalau hendak naik motor dengan abah. Abah pun boleh jadi teman bersembang dia sementara menunggu aku balik. Setelah hampir lapan tahun tidak berjumpa, hari itu aku terserempak dengan dia di pekan dan ini ayat dia :

" Kamu orang yang saya kenal tak banyak berubah dari dulu. Macam tu juga. Pakaian sama, baju sama, perangai pun sama. Tak macam perempuan lain lepas sekolah, sudah buka sana sini, pakai seksi-seksi "

Okey aci, aku faham aku sangat ketinggalan zaman dari segi etika berpakaian (-___-")


Jadi, ada nampak perubahan pada aku? :P

* Kalau berubah begini, boleh kot? Haha XD
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment