Sebenarnya ketika janin berusia 120 hari, telah ditentukan 4 perkara baginya iaitu rezeki, jodoh, usia serta takdir baik dan buruknya. Namun ia tidak datang secara mutlak. Maksudnya kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir sebab masih perlu ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah sama ada ujian atau nikmat yang diberikan kepada kita semua.
Jadi, jangan mengeluh kalau segala percaturan tak menjadi, jangan menangis jika kecundang dalam pertarungan, jangan sedih andai hati dilukai.
Percaya... bahawa setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.
Ingat tu.
Post a Comment