Write without regret by Devil Inc. at 3:02:00 PM, Monday, February 28, 2011
Kamu pernah makan benda ini?

Ini adalah kegemaran aku. Ada dua perisa - fruity dan sour. Aku lagi sukakan fruity :)

Masa mula-mula aku makan dulu, harganya baru dalam lapan puluh sen je. Dan paling terbaru masa beli di Watsons hari itu, harganya sudah mencanak naik sampai seringgit enam puluh sen.

Mahal betul. Huhu~ (╥_╥)

Makan benda ini memang boleh melekakan. Aku boleh habiskan sebungkus tak sampai satu jam pun. Haha.

Dulu, masa di universiti, aku beli banyak-banyak, lepas itu letakkan di dalam bekas kedap dan buat kunyah-kunyah masa tengah buat tugasan kelas ke tengah melayari internet ke. Heh :D

Cubalah makan, tengok macam mana kamu akan ketagih makan benda ini :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:53:00 AM,
Hidup ini memang penuh dengan kedengkian. Kalau tidak kamu yang berasa dengki, orang lain pula yang berasa dengki dengan kamu. Macam Tom dan Jerry :P




 
Write without regret by Devil Inc. at 11:19:00 AM, Tuesday, February 22, 2011
Aku memang suka sesat bila berjalan. Tak kisah la ke manapun. Aku memang mengaku kekurangan dari segi daya ingatan untuk mengingati susur jalan.

FAILED (╥_╥)

Macam teman aku kata - " Kau tak boleh jadi pemandu atau pembantu pemandu yang baik "

(-___-")

Mula-mula datang Bangipun, aku sudah sesat masa hendak mencari jalan ke lebuhraya. Dalam Bangipun boleh sesat. Haha :P

Aku susah hendak cam jalan. Memang susah betul nak ingat jalan itu walaupun aku sudah melaluinya beberapa kali. Haish...~ (╥_╥)

Namakan saja ke mana aku tidak pernah sesat lagi - Bangi, Putrajaya, Puchong, Sunway, Serdang, Cheras, Setapak, Kelana Jaya, Shah Alam, Klang, Rawang, Sungai Buloh, Gombak, balik ke Perak, Ipoh, Slim River, Kuala Terengganu, Kota Bharu. Phew~ (*___*)

Aku sangat rajin bertanya kepada orang [ BACA : siap masuk balai ] kalau sudah kesesatan jalan tapi akhirnya aku akan sesat balik (╥_╥)

Dan aku benci sungguh dengan roundabout Memang gagal. Aku tak tahu mana arah pukul tiga, dua belas, sembilan, enam. Haha.

(╥_╥)

Tapi, dalam sesat-sesat itulah aku boleh tahu sesetengah jalan yang orang tak pernah lalupun. Hehe XD

* Papan tanda arah dekat stesen STAR

Dan sampai sekarang aku rasa bersalah sebab pernah buatkan seorang kakak India salah naik tren. Dia hendak pergi ke Sentul kalau tak silap. Sepatutnya naik arah Sentul Timur tapi masa itu aku agaknya tengah kemamaian yang nyata, aku suruh dia naik ke arah Sri Petaling - arah yang sepatutnya aku yang naik (-___-")

Selepas kakak tu naik tren baru aku sedar kesilapan aku. Huhu. Harap-harap aku tak kena maki dalam tren oleh kakak itu.

Maaf ya kak? (╥_╥)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:02:00 AM, Monday, February 21, 2011
Entah kenapa aku tiba-tiba terlintaskan perkara ini dalam kepala dari minggu lepas. Siap taip dan simpan dalam Draft telefon bimbit lagi :P

Disebabkan terlalu banyak tengok cerita di televisyen sekarang, inilah kesimpulan aku :

Hendak jadi hero cerita Tamil, kena kuat berlari sebab banyak adegan kejar mengejar antara hero, polis, penjahat, bakal bapa mertua :P

* Hero Tamil kegemaran sepanjang zaman :P


Nak jadi hero cerita Cina, kena pandai berlakon sebab banyak watak akan dilakonkan macam peguam, kaki judi, doktor :)

* Dalam dua tiga bulan ini, aku asyik tengok dia je berlakon - macam-macam watak pula tu ;)


Nak jadi hero cerita Korea, kena pandai menangis dan kawal muka kacak masa menangis sebab cerita memang tragis gila :D

* Aku jamin kamu pun akan menangis sama kalau muka hero macam ini menangis (T___T)


Nak jadi hero cerita Bollywood, kena pandai menari berguling-guling sebab banyak adegan menari nanti ;)

* Tak tahu menari tak boleh jadi pelakon Bollywood sampai setiap pelakonnya kena ada asas tarian. Okey, boleh tolak ketepi Salman Khan dan Anil Kapoor :P


Tapi nak jadi hero cerita Melayu, kena tahan pakai kot dan duduk dalam pejabat berhawa dingin seharian sebab banyak adegan dalam pejabat saja (-___-")

* Yang kacak seorang ini, pakai hodoh-hodohpun nampak kacak juga (-____-")
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:07:00 AM, Friday, February 18, 2011
Tajuk apakah ini?! (O___O)

Okey, bukan lucah. Jangan fikir bukan-bukan. Hehe :D Aku rasa entri kali ini bukan saja untuk kamu, tapi untuk aku juga. Muhasabah diri sama-sama.

Kadang-kadang aku terfikir juga - kenapa kehendak kita tak pernahnya puas. Contohnya :

1. Kalau ada orang bergaji besar, kitapun mula rasa tak puas hati dengan gaji kita sekarang.
2. Kalau ada orang beli telefon bimbit mahal, kitapun mula rasa tak puas hati dengan telefon bimbit kita sekarang.

3. Kalau ada orang beli baju baru, kitapun mula rasa tak puas hati dengan baju kita sekarang sedangkan baju yang dipakai itu baru dibeli bulan lepas.


Hurm... kenapa ya?

Dan aku pula sejak akhir-akhir ini mula berkeadaan begitu. Aiyoh...~ (+______+)

Aku kembali menggilai peralatan-peralatan kecil - walaupun sekarang saiznya tidak kecilpun :P


* Samsung Galaxy Tab - sangat memaut hati (T__T)


* Ini untuk simpan segala lagu yang bersarang dalam telefon bimbit aku sekarang :P



* Pertama kali aku tengok, aku fikir kegunaannya untuk aku ada satu saja - main games :D


* Baru je tengok minggu lepas. Sejak bila keluar model baru ini pun aku tak tahu. HTC Desire HD2. D.a.m.n. Rasa nak terus ambil dan bayar je masa itu :P


* Ini lagi satu tempat untuk menyimpan segala lagu - iPad touch


Okey, nafsu berbelanja itu sangat bahaya untuk aku. Kena pandai kawal diri. Kalau tak...~ (*_________________*)
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:42:00 AM, Thursday, February 3, 2011
o Put your music library on shuffle.
o For each question, press the next button to get your answer.
o You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
o When you're done, tag 20 (or more) people in this post and make sure to link back to the person who tagged you this.
o The answer to #20 is the title of your post.


Questions :

1. If someone says, " Is this okay? ", you say :
Sendiri - Jamal Abdillah

2. How would you describe yourself?
Pasir Roboh - SM Salim

3. What do you like in a girl/guy?
Just Want You To Know - Backstreet Boys

4. How do you feel today?
Kucupan Azimat - SM Salim

5. What is your life's purpose?
Putus Sudah Kasih Sayang - P Ramlee

6. What's your motto?
One - Aizdean

7. What do your friend think of you?
Mengerti - KRU

8. What do you think of your parents?
My Hero - Aizdean feat. Itsuka

9. What do you think about very often?
Bekha - Karthik [ lagu cerita Ghajini Aamir Khan :P ]

10. What is 2 + 2?
Baadshah O Baadhah - Abhijeet [ lagu cerita Shah Rukh Khan :D ]

11. What do you think of your bestfriend(s)?
Cinta Dulu Cinta Sekarang - SM Salim

12. What do you think of the person you like?
Mas Mona - Jeffrydin

13. What is your life story?
Bhangra Bistar - Alisha Chinoy, Sunidhi Chauhan & Hard Kaur [ Dil Bole Hadippa ]

14. What do you want to be when you grow up?
Seri Dewi Malam - Sharifah Aini

15. What do you think when you see the person you like?
Selamat Malam - Faizal Tahir

16. What will you dance on your wedding?
Meteora - Linkin Park

17. What will they sing on your birthday?
Go Go Maniac - K-On song

18. What is your biggest fear?
Point of Authority - Linkin Park

19. What is your biggest secret?
Aaj Ki Raat - Don

20. What will you post this as?
Nobodys Listening - Linkin Park

* Tak mahu tag sesiapapun. Seronok buat benda nie sebenarnya. Dah lama sangat duduk dalam Draft. Heh. Anoi, nak jawab tak? :P