- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 3:40:00 PM, Wednesday, March 27, 2013
Walhal baru sahaja bercerita tentang tempat makan, lagi mahu cerita benda sama (=___=")
Baru sahaja tengah hari tadi makan di sini :
Nama restorannya - Homst Recipe [ Chinese Muslim Restaurant ]
Seperti nama nya, maka apa lagi makanan yang ada di situ. Sudah tentu lah yang berorientasikan masakan cina.
*Keles bahasa aku. Urban sangat :P
Asalnya lokasi restoran ini ada lah kedai mamak. Aku pun tidak pasti apa nama kedai mamak itu sebab jarang makan dekat situ. Tahu-tahu sahaja sudah ditutup, selepas itu bertukar jadi kedai baju, tup-tup jadi restoran ini pula (=___=')
Oh, bangunan ini ada lah tempat membeli belah paling popular di sini. Warta nama nya. Kalau orang di sini rasa Warta ini sudah macam Jaya Jusco. Tidak pernah kurang orang. Pelik aku. Hehe :P
Restoran ini, hendak dikatakan baru buka pun tidak, kalau aku datang ke sini selalu lalu di hadapan sahaja. Tidak terfikir pun mahu masuk, apatah lagi mahu makan di sini.
Tetapi bila mana sudah bosan dengan kedai makan yang ada, maka atas saranan pegawai aku yang stok kaki makan juga, aku pun datang lah ke sini tadi.
Menu nya boleh tahan banyak - rambang mata juga. Mujur perut ada isi roti masa pukul sebelas pagi tadi. Kalau tidak, mahu memesan dengan kadar nafsu syaiton. Wahaha :P
Pelayan nya pula bagus - siap boleh beri cadangan makanan apa yang sedap. Gamaknya dia tidak sanggup melihat aku yang rambang mata belek menu yang setakat berapa kerat muka surat sampai sepuluh minit :D
Aku memesan :
1. Nasi putih
2. Sup bebola daging
3. Baby kailan masak belacan
4. Daging itik stim
5. Ketam cengkerang lembut masak telur masin
Nampak tidak ketamakan kehalobaan aku di situ? :D
Pendapat aku?
1. Masakan ketam itu memang sangat sedap. SUPER SEDAP :) [ Punya lah sedap sampai underline ayat tu :D ]
2. Baby kailan nasak belacan pun sedap - memang lari dari rasa masak belacan yang aku selalu makan dekat mana-mana kedai.
Yang lain, biasa sahaja tetapi tetap sedap. Terasa hendak mencium tangan tukang masak. Hahaha :D
Lain kali boleh datang lain. Hoyeah! :)
P/s : Aku masih tidak faham mengapa setiap kali makanan sampai ke meja, mesti ada orang ambil gambar - yang mana aku rasa itu SANGAT menjengkelkan aku.
P/s/s : Maaf, aku bukan setipikal golongan itu. Harapnya tidak akan menjadi salah seorang daripada golongan itu kemudian hari. Amin.
Write without regret by Devil Inc. at 12:53:00 PM,
Bagi yang mengenali aku, tentu tahu aku memang kaki makan. Ya, aku memang suka makan dan sebab itu lah aku demok Sobs (╥_╥)
Aku suka pergi ke restoran-restoran baru - hanya semata-mata mahu mencuba makanannya. Kata orang : kalau tidak mencuba, mana tahu sedap atau tidak makanannya. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tidak, anggap sahaja tidak kena dengan selera di tekak. Mudah. Lain orang, lain citarasanya. Kan? :)
Dan bertuahnya tinggal di sini kerana bersepah tempat makan dan kebanyakan tempat makan yang ada di sini adalah restoran cawangan. Jadi senang hendak ketemu Restoran Tupai-Tupai, Secret Recipe, Tutti Frutti, Wong Solo, JM Bariani, Wadihana, dll. Tidak perlu bersusah payah berjalan jauh untuk mencari cawangan yang terdekat.
Mana tak demok kalau macam tu (╥_╥)
Kalau di sini, aku rasa aku sudah boleh dinaiktaraf ke pelanggan VVVVVVVVVVIP kalau masuk ke restoran ini :
Sebab rajin sangat datang ke sini. Boleh dikatakan hampir 80% makanan dalam menu aku sudah cuba. Sedap :) Dan ya, aku bakal ke sana lagi esok sebab hendak pergi ambil cermin mata yang dihantar untuk dibaiki minggu lepas. Kebetulan restoran Wadihana Islamic Steakhouse cuma selang beberapa pintu kedai sahaja dari kedai cermin mata tersebut. Ini semua taktik murahan hendak pergi makan :P
Aku memang suka bab-bab Jalan-jalan Cari Makan sebab suka mencuba restoran baru. Memang teruja lebih lah kalau nampak restoran baru - mesti hendak cuba juga. Sedap atau tidak makanannya, itu belakang cerita :P Cuma sejak akhir-akhir ini aku jarang buat macam tu sebab tidak pergi ke mana-mana dan selalunya malam aku duduk di rumah.
Baru-baru ini, kebetulan semasa misi mencari sneakers, jadi ambil kesempatan pergi makan-makan. Masa itu lah baru hendak melepaskan dendam kesumat sebab sudah lama tidak makan di luar.
Aku pergi ke :
Sungguh, makan itu memang sedap. Hehe :D
Kebetulan minggu lepas, pergi ke Midvalley Megamall hanya semata-mata untuk makan. Keles kau Jah. Hahahaha. Masa jalan-jalan cari tempat makan, tiba-tiba ternampak lah satu restoran baru di bahagian Ground Floor. Baru lah untuk aku yang jarang turun ke situ sebab dekat situ memang tidak ada apa-apa yang menarik melainkan tempat makan sahaja. Nampak kedai ini :
Perkataan SEOUL FOOD itu memang menggamit kaki untuk masuk ke dalam. Lagipun kali terakhir aku makan makanan Korea adalah pada tahun 2009. Susah sedikit hendak mencari restoran makanan Korea. Ini bila sudah jumpa, teruja habis lah konon hendak mencuba makanan baru. Feeling macam di Korea gitewww ;)
Disebabkan aku bukan seorang yang poyoan tahap cipan mengambil gambar makanan, maka rajinkan diri anda untuk pergi ke halaman sesawang berikut untuk melihat gambar makanan yang ada :
http://www.dubudubu.com.my/
Aku ambil set Combo Soondubu Jigae yang ada :
1. Nasi.
2. Tiga hidangan sampingan - Kimchi, sayur kacang panjang dan tauge besar.
3. Semangkuk ayam dan daging Soondubu Jigae dengan kuah yang aku rasa macam kuah ramen. Haha.
Dan dengan tamak halobanya, aku pesan Topokki - kek beras. Pelayan tanya :
" Nak tak pedas ke, sederhana ke atau pedas? "
COME ON. Mesti lah pedas. Berlagak betul :P Tunjuk macho lah konon boleh makan makanan pedas walhal tidak tahu kepedasannya tahap mana. Tibai sahaja. Hahaha.
Air? Untuk keselamatan, baik pesan air mineral sahaja. Lagipun kebanyakan pilihan air ada lah Teh - yang mana aku memang tidak minum pun.
Satu-satunya benda yang aku rindu bila makan makanan Korea ini ada lah pada sudu nya.
Sudu yang memang panjanggggggg. Sukaaaa! (^____^)V
*Aku terfikir - dekat mana mahu mencari sudu macam itu di sini. Sobs.
Maka, sesi melahap makan pun bermula.
Hendak kata makanannya terlalu sedap pun tidak juga, tetapi tidak lah sampai jatuh ke tahap tidak sedap. Biasa sahaja. Mungkin sebab citarasanya telah diubah mengikut selera orang Malaysia sedangkan sebelum ini, Kimchi yang aku pernah makan lebih pedas dari yang ada di restoran ini.
Kalau sudah teringin sangat hendak makan makanan Korea, maka di sini boleh dijadikan pilihan.
Ah, minggu ini mahu meneruskan misi mencari sneakers. Mari mencari tempat makan baru :D
Write without regret by Devil Inc. at 5:54:00 PM, Thursday, March 21, 2013
Sungguhpun aku berbadan macam Godzilla, malangnya saiz kaki aku tetap kecil dan com3l. Aiceh :P Mencari saiz kasut yang berpadanan dengan saiz kaki memang salah satu benda yang paling menyusahkan aku.
Kalau ikut perkiraan, kaki aku bersaiz 5.5. Ya, 5.5.
Sampai ke tahap, aku pernah mengajukan soalan bodoh :
" Kalau dari kurus hendak gemuk, ada ubatnya.
Kalau dari gemuk hendak kurus pun ada ubatnya.
Kalau dari saiz kecil hendak besar pun ada ubatnya.
Kalau saiz kaki kecil, ada ubat tak nak bagi besar? "
Hahahaha XD
Bila pergi ke mana-mana butik, kasut saiz kanak-kanak paling besar adalah 5 - yang mana kalau aku pakai, memang sudah tentu muat-muat sahaja di kaki. Manakala kasut saiz orang dewasa pula paling kecil selalunya adalah 6 dan sudah tentu lah longgar di kaki aku.
Sadis (╥_╥)
Selalunya orang akan kata - " Apa susah, kasut perempuan kan berlambak "
Itupun satu masalah juga untuk aku. Kaki aku jenis kembang - maka tidak ada potongan cantik seperti kaki perempuan lain. Kalau pakai kasut potongan kaki perempuan, memang rasa mencerut sedikit dan itu SANGAT tidak menyelesakan aku.
Maka, solusi yang terbaik adalah memakai sneakers - yang memang sangat selesa dari zaman sekolah lagi.
Peduli lah apa orang mahu kata - tidak femininin lah, tidak masuk dengan pakaian lah, dll. Yang penting, aku selesa.
Aku jenis yang jarang membeli kasut. Selalunya aku akan beli sepasang dua untuk dilenjan habis-habisan. Bila sudah lunyai, baru mencari kasut yang lain.
Memandangkan sandals aku memang sudah lama dipakai [ tetapi belum lunyai lagi ], jadi aku sengaja mengada-ngada mahu mencari kasut yang lain dan ya, kali ini aku mahu mencari sneakers lagi sebab sneakers yang lama memang sudah buruk.
Sengaja membelek gambar-gambar sneakers di laman sesawang dengan harapan akan terjumpa yang menarik.
|
Mahu sneakers yang begini *Demand* :D |
Sebenarnya sudah lama berkenan dengan siri Converse Jack Purcell. Aku rasa rekaannya lebih menarik berbanding siri Chuck Taylor.
|
Siri Jack Purcell
|
Sudah lama tidak memakai kasut Converse, maka ini masa yang terbaik untuk mencari. Maka, dibelek segala alamat kedai Converse yang ada di serata Kuala Lumpur dengan harapan akan ketemu pilihan hati. Heh.
Misi mencari sneakers Coverse Jack Purcell bermula :
Percubaan pertama - Pergi ke The Mines tetapi cuma ada sebilangan kecil sneakers Converse siri Chuck Taylor di dalam kedai kasut biasa. MISI GAGAL.
Percubaan kedua - Pergi ke Sunway Pyramid. Ya, ada kedai Vans dan Converse di sana. Vans jenama pilihan yang kedua. Kalau tidak ada Converse, Vans pun jadi lah. Huhu. Malangnya, seperti di awal-awal perenggan tadi, masalah aku itulah yang menyebabkan segala pilihan kesukaan aku terbang bak dedaunan kering. Sobs (╥_╥) MISI GAGAL LAGI.
Percubaan ketiga - Pergi ke Midvalley. Masih menghadapi masalah seperti di percubaan kedua tetapi ada saiz yang sesuai, cuma pilihan yang berlainan. Mujur pilihan yang ada masih menarik dari segi rekaan. Dan ya, mujur masih boleh dapat siri Jack Purcell. Haha :D MISI BERJAYA!
Dan aku rasa aku hendak mencari sneakers yang kedua. Berkemungkinan minggu hadapan. Di mana? Oh aku tidak tahu. Mungkin ke One Utama, mungkin juga di sekitar Kuala Lumpur.
Misi mencari kasut akan bersambung.
Aja aja fighting!