Bagi yang mengenali aku, tentu tahu aku memang kaki makan. Ya, aku memang suka makan
Aku suka pergi ke restoran-restoran baru - hanya semata-mata mahu mencuba makanannya. Kata orang : kalau tidak mencuba, mana tahu sedap atau tidak makanannya. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tidak, anggap sahaja tidak kena dengan selera di tekak. Mudah. Lain orang, lain citarasanya. Kan? :)
Dan bertuahnya tinggal di sini kerana bersepah tempat makan dan kebanyakan tempat makan yang ada di sini adalah restoran cawangan. Jadi senang hendak ketemu Restoran Tupai-Tupai, Secret Recipe, Tutti Frutti, Wong Solo, JM Bariani, Wadihana, dll. Tidak perlu bersusah payah berjalan jauh untuk mencari cawangan yang terdekat.
Kalau di sini, aku rasa aku sudah boleh dinaiktaraf ke pelanggan VVVVVVVVVVIP kalau masuk ke restoran ini :
Sebab rajin sangat datang ke sini. Boleh dikatakan hampir 80% makanan dalam menu aku sudah cuba. Sedap :) Dan ya, aku bakal ke sana lagi esok sebab hendak pergi ambil cermin mata yang dihantar untuk dibaiki minggu lepas. Kebetulan restoran Wadihana Islamic Steakhouse cuma selang beberapa pintu kedai sahaja dari kedai cermin mata tersebut. Ini semua taktik murahan hendak pergi makan :P
Aku memang suka bab-bab Jalan-jalan Cari Makan sebab suka mencuba restoran baru. Memang teruja lebih lah kalau nampak restoran baru - mesti hendak cuba juga. Sedap atau tidak makanannya, itu belakang cerita :P Cuma sejak akhir-akhir ini aku jarang buat macam tu sebab tidak pergi ke mana-mana dan selalunya malam aku duduk di rumah.
Baru-baru ini, kebetulan semasa misi mencari sneakers, jadi ambil kesempatan pergi makan-makan. Masa itu lah baru hendak melepaskan dendam kesumat sebab sudah lama tidak makan di luar.
Aku pergi ke :
Sungguh, makan itu memang sedap. Hehe :D
Kebetulan minggu lepas, pergi ke Midvalley Megamall hanya semata-mata untuk makan. Keles kau Jah. Hahahaha. Masa jalan-jalan cari tempat makan, tiba-tiba ternampak lah satu restoran baru di bahagian Ground Floor. Baru lah untuk aku yang jarang turun ke situ sebab dekat situ memang tidak ada apa-apa yang menarik melainkan tempat makan sahaja. Nampak kedai ini :
Perkataan SEOUL FOOD itu memang menggamit kaki untuk masuk ke dalam. Lagipun kali terakhir aku makan makanan Korea adalah pada tahun 2009. Susah sedikit hendak mencari restoran makanan Korea. Ini bila sudah jumpa, teruja habis lah konon hendak mencuba makanan baru. Feeling macam di Korea gitewww ;)
Disebabkan aku bukan seorang yang poyoan tahap cipan mengambil gambar makanan, maka rajinkan diri anda untuk pergi ke halaman sesawang berikut untuk melihat gambar makanan yang ada :
http://www.dubudubu.com.my/
Aku ambil set Combo Soondubu Jigae yang ada :
1. Nasi.
2. Tiga hidangan sampingan - Kimchi, sayur kacang panjang dan tauge besar.
3. Semangkuk ayam dan daging Soondubu Jigae dengan kuah yang aku rasa macam kuah ramen. Haha.
Dan dengan tamak halobanya, aku pesan Topokki - kek beras. Pelayan tanya :
" Nak tak pedas ke, sederhana ke atau pedas? "
COME ON. Mesti lah pedas. Berlagak betul :P Tunjuk macho lah konon boleh makan makanan pedas walhal tidak tahu kepedasannya tahap mana. Tibai sahaja. Hahaha.
Air? Untuk keselamatan, baik pesan air mineral sahaja. Lagipun kebanyakan pilihan air ada lah Teh - yang mana aku memang tidak minum pun.
Satu-satunya benda yang aku rindu bila makan makanan Korea ini ada lah pada sudu nya.
Sudu yang memang panjanggggggg. Sukaaaa! (^____^)V
*Aku terfikir - dekat mana mahu mencari sudu macam itu di sini. Sobs.
Maka, sesi
Hendak kata makanannya terlalu sedap pun tidak juga, tetapi tidak lah sampai jatuh ke tahap tidak sedap. Biasa sahaja. Mungkin sebab citarasanya telah diubah mengikut selera orang Malaysia sedangkan sebelum ini, Kimchi yang aku pernah makan lebih pedas dari yang ada di restoran ini.
Kalau sudah teringin sangat hendak makan makanan Korea, maka di sini boleh dijadikan pilihan.
Ah, minggu ini mahu meneruskan misi mencari sneakers. Mari mencari tempat makan baru :D
Post a Comment