Write without regret by Devil Inc. at 5:54:00 PM, Thursday, March 21, 2013
Sungguhpun aku berbadan macam Godzilla, malangnya saiz kaki aku tetap kecil dan com3l. Aiceh :P Mencari saiz kasut yang berpadanan dengan saiz kaki memang salah satu benda yang paling menyusahkan aku.

Kalau ikut perkiraan, kaki aku bersaiz 5.5. Ya, 5.5.

Sampai ke tahap, aku pernah mengajukan soalan bodoh :

" Kalau dari kurus hendak gemuk, ada ubatnya.
Kalau dari gemuk hendak kurus pun ada ubatnya.
Kalau dari saiz kecil hendak besar pun ada ubatnya.
Kalau saiz kaki kecil, ada ubat tak nak bagi besar? "

Hahahaha XD 

Bila pergi ke mana-mana butik, kasut saiz kanak-kanak paling besar adalah 5 - yang mana kalau aku pakai, memang sudah tentu muat-muat sahaja di kaki. Manakala kasut saiz orang dewasa pula paling kecil selalunya adalah 6 dan sudah tentu lah longgar di kaki aku.

Sadis (╥_╥)

Selalunya orang akan kata - " Apa susah, kasut perempuan kan berlambak "

Itupun satu masalah juga untuk aku. Kaki aku jenis kembang - maka tidak ada potongan cantik seperti kaki perempuan lain. Kalau pakai kasut potongan kaki perempuan, memang rasa mencerut sedikit dan itu SANGAT tidak menyelesakan aku.

Maka, solusi yang terbaik adalah memakai sneakers - yang memang sangat selesa dari zaman sekolah lagi. 

Peduli lah apa orang mahu kata - tidak femininin lah, tidak masuk dengan pakaian lah, dll. Yang penting, aku selesa.

Aku jenis yang jarang membeli kasut. Selalunya aku akan beli sepasang dua untuk dilenjan habis-habisan. Bila sudah lunyai, baru mencari kasut yang lain.

Memandangkan sandals aku memang sudah lama dipakai [ tetapi belum lunyai lagi ], jadi aku sengaja mengada-ngada mahu mencari kasut yang lain dan ya, kali ini aku mahu mencari sneakers lagi sebab sneakers yang lama memang sudah buruk.

Sengaja membelek gambar-gambar sneakers di laman sesawang dengan harapan akan terjumpa yang menarik.

Mahu sneakers yang begini *Demand* :D

Sebenarnya sudah lama berkenan dengan siri Converse Jack Purcell. Aku rasa rekaannya lebih menarik berbanding siri Chuck Taylor.

Siri Jack Purcell

Sudah lama tidak memakai kasut Converse, maka ini masa yang terbaik untuk mencari. Maka, dibelek segala alamat kedai Converse yang ada di serata Kuala Lumpur dengan harapan akan ketemu pilihan hati. Heh.

Misi mencari sneakers Coverse Jack Purcell bermula :

Percubaan pertama - Pergi ke The Mines tetapi cuma ada sebilangan kecil sneakers Converse siri Chuck Taylor di dalam kedai kasut biasa. MISI GAGAL.

Percubaan kedua - Pergi ke Sunway Pyramid. Ya, ada kedai Vans dan Converse di sana. Vans jenama pilihan yang kedua. Kalau tidak ada Converse, Vans pun jadi lah. Huhu. Malangnya, seperti di awal-awal perenggan tadi, masalah aku itulah yang menyebabkan segala pilihan kesukaan aku terbang bak dedaunan kering. Sobs (╥_╥)   MISI GAGAL LAGI.

Percubaan ketiga - Pergi ke Midvalley. Masih menghadapi masalah seperti di percubaan kedua tetapi ada saiz yang sesuai, cuma pilihan yang berlainan. Mujur pilihan yang ada masih menarik dari segi rekaan. Dan ya, mujur masih boleh dapat siri Jack Purcell. Haha :D MISI BERJAYA!

Dan aku rasa aku hendak mencari sneakers yang kedua. Berkemungkinan minggu hadapan. Di mana? Oh aku tidak tahu. Mungkin ke One Utama, mungkin juga di sekitar Kuala Lumpur.

Misi mencari kasut akan bersambung.

Aja aja fighting!

 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment