Write without regret by Devil Inc. at 7:08:00 PM, Wednesday, February 27, 2013
Ah, baru sekejap tadi bersembang dengan seorang teman tentang berjalan-jalan.

*Maksudnya - pergi berjalan-jalan ke satu-satu tempat hanya semata-mata untuk mencuci mata melihat orang, melihat barang-barangan, dll.
**Berapa banyak perkataan berganda daaa :P

Tiba-tiba baru tersedar - " Alahai, lamanya tak pergi berjalan "

Serius. Aku sendiri sudah terlupa kali terakhir aku pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Ah, bila ya? Huhuhu (╥_╥)

Jujurnya, aku memang seorang yang homely - seorang yang suka duduk di rumah. Mungkin disebabkan didikan mak abah yang jenis tak bagi aku keluar tanpa ada alasan kukuh. Apa yang ada di rumah sebagai hiburan hanyalah peti televisyen dan radio. 

*Sekarang boleh faham kenapa aku suka tengok televisyen? :D

Jadi, aku agak ketagih menonton televisyen sebenarnya. Sampai lah sekarang (=_=")


Aku boleh berbaringan sepanjang hari dengan menonton televisyen sahaja sebagai hiburan. Ya, SAHAJA. Jadi, ya, aku memang tidak akan ada masalah kalau duduk di rumah sepanjang hari :)


Berbalik ke topik asal - ya, aku rindu mahu pergi berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Mahu berjimba-jimba di Jalan Petaling, Plaza Lowyatt, Bukit Bintang, dll. Oh, rindu.


Tetapi, persoalan yang paling utama - BILA hendak pergi ke sana?


*Mencongak-congak dalam kepala (>___<')
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment