Write without regret by Devil Inc. at 12:34:00 PM, Sunday, August 9, 2009
Aku kat tempat kerja nie. Masih bekerja. Betul... x tipu. Aku tengah kerja. Aku kerja dengan begitu tekun Okey, itu aku tipu.

Duduk kat department nie, aku mula belajar erti pengorbanan. Ye, pengorbanan.

Di saat semua orang tengah syok bercuti hari Sabtu Ahad, aku berkorban bekerja kat sini.
Di saat semua orang boleh terkinja-kinja nak balik cepat hari Jumaat, aku berkorban nak bekerja hari Sabtu Ahad nanti.
Di saat semua orang seronok merancang percutian ke mana-mana destinasi untuk hari Sabtu Ahad, aku berkorban merancang pukul berapa aku nak datang kerja hari Sabtu Ahad nanti.
Di saat semua orang syok diulit mimpi indah pada malam hari Jumaat dan Sabtu, aku berkorban bersengkang mata kerja malam.
Di saat semua orang sonok dapat cuti umum, kadang-kadang aku terpaksa korbankan keseronokan cuti tu untuk bekerja pada waktu tu.

Tak payah tunggu Hari Raya Aidiladha untuk menyatakan betapa kamu sanggup untuk berkorban.

Sekurang-kurangnya kamu patut bersyukur betapa seronoknya waktu kerja kamu kalau nak dibandingkan dengan aku.

Nak buat macam mana, SYMP =D

* SYMP - Saya Yang Menurut Perintah
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment