Write without regret by Devil Inc. at 12:16:00 PM, Thursday, June 28, 2012
What were the 5 things on your to do list today?
1. Makan nasi lemak - pagi tadi baru saja makan, siap merancang dari semalam :D
2. Pergi beli surat khabar - sekali harung dengan beli nasi lemak tadi 
3. Lepak - itu yang aku buat dari tadi. Haha XD
4. Mengemaskini blog - inilah yang aku tengah buat sekarang
5. Mencari epal sedap di pasar malam - okey, itu lepas waktu kerja nanti :D

What are 5 snacks that you enjoy?
1. Segala yang berunsurkan coklat - kek, biskut, Cadbury - sepanjang masa <3
2. Kerepek pisang
3. Kerepek kentang
4. Aiskrim - yummy~!
5. Jeruk kot :)

What are 5 jobs you’ve had?
1. Penanam anggur yang hebat satu ketika dulu
2. Pelayan restoran
3. Penjaga pusat hiburan. Eh. Cyber cafe lah :P
4. Mengambil upah menaip assignment dan tesis
5. Penjual minyak wangi :D

5 people you wanna tag back?
Err... sesiapa sajalah :)
*********************************************
1. How old are you?
Tahun ini... 29 tahun. Jujur dan ikhlas :)

2. Are you single?
Ya, belum kahwin lagi :D

3. In what age do you think you’ll get married?
Entah, bila jodohnya sampai nanti

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Boleh merujuk jawapan soalan no 3

5. If not, who do you want to marry?
Shah Rukh Khan. Boleh? :P

6. Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
Tradisi itu lebih klasik

7. Your ideal motive?
Err... entah. Tidak pernah terfikir pula (-____-")

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
Di suatu tempat yang ada pantai. Miahaha :D

9. How many guests do you think you’ll invite?
Sebanyak yang masih dalam kemampuan

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?

Siapa yang tidak mahu perkahwinan besar-besaran tetapi untuk aku, mungkin yang ringkas itu lebih bermakna :)

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own?

Hoh, akad nikah kan ada skema tersendiri :P

12. How many layers of cake do you want?
Satu. Sebab tahu nanti bukan pengantin yang makan, orang lain yang akan makan. *Jahat*

13. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place?

Dewan. Memudahkan hidup

14. When do you want to get married, morning or evening?
Pagi

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
Dua-dua

16. Do you like a grand entrance for your groom?

Tidak

17. Name the song/tune you’d like to play at your wedding
Linkin Park? Heh

18. Are you a morning person or a night person?
Dua-dua. Fleksibel
19. Do you want a solemn ceremony or a light one?
Err... entah

20. Describe your ideal husband.
Seseorang yang seperti abah

21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Dua-dua pun ada. Terpulang kepada orang yang hendak makan itu lah :P

22. Champagne or red wine?
Ribena

23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Sebelum kahwin. Hahaha. Kebiasaannya, mungkin beberapa hari selepas kenduri :)

24. Money or household items?
Duit

25. Who will pay for the bills?
Sendirian berhad. Tidak mahu bergantung harap kepada orang lain

28. Are you ready for married life?
 Tidak. Jujur gila :P

29. Do you think you will still be a virgin until you get married?
Soalan apakah ini?!

30. Will you always be true to your husband?
Mungkin :P

31. How many kids would you like to have?
Dua puluh. Hahaha. Empat orang cukup :)

32. A new house for a newly wed or an old one?
Tentulah mahukan rumah baru

33. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding?
InsyaAllah :)

34. What kind of cuisine would you like for your wedding?
Gulai tempoyak. Boleh?

35. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
Sekarang terus masuk HDD lah :)

36. Whose wedding plans would you like to know next?
Err... siapa ya? Ada sesiapa yang hendak berkahwin dalam masa terdekat? :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:58:00 PM, Wednesday, June 27, 2012
Entah kenapa rajin sangat membelek balik blog teman-teman sejak akhir-akhir ini. Rajinlah sangat walhal cakap sajalah tidak ada kerja hendak dibuat :P

Tiba-tiba terbaca komen lama aku dalam satu entri :

" Semua orang punya sisi bahagia yang berbeza masa ketibaannya. Kamu juga akan temuinya :) "

Tiba-tiba kagum dengan kebolehan diri sendiri kerana telah mengeluarkan ayat yang sebegitu bernas. Hahaha. Riak pula. Astagfirullahal 'azim~ [ Mode : menginsafi diri sendiri ]

Si teman bercerita tentang azam tahun baru dan dia masih tidak berpunya ketika itu. Aku kemain mengomen untuk memberikan semangat lah konon. Heh. 

Bila difikir-fikirkan semula, betul juga. Usah dicemburu dengan kebahagiaan yang lain, semua orang akan tiba saat untuk menikmatinya, cuma berbeza sela masa - antara cepat atau sebaliknya.

Bukan tidak dicemburu kepada yang telah bahagia dunia, tipulah kalau aku katakan tidak tetapi lama kelamaan aku mula sedar diri - Allah tidak memberikannya ketika ini HANYA untuk kebaikan aku semata.

Bersangka baiklah dengan Dia.

Biar ada yang mengata,
Mencela,
Mencaci nista,
Biarkan.

Tidak akan Allah menguji hamba-Nya,
Hanya kerana untuk sesuatu yang lebih baik baginya.

Sesungguhnya, perancangan Allah itu sebenarnya lebih baik. Pembetulan. Bukan lebih baik, sebenarnya YANG TERBAIK.
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:40:00 PM, Tuesday, June 26, 2012
Aku sendiri pun tidak habis fikir tentang apa yang aku ingin taipkan ketika ini. Aku cuma menaip apa yang terlintas di dalam fikiran. Secara spontan. Ketika ini, semua nampak relevan lah, konon sangat hebat menaip tetapi bila dibaca kemudian hari, nanti dikatakan merepek semata. Hehehe :D

Aku rangkumkan segala yang mahu diceritakan dalam satu entri sahaja. Senang walhal cakap sajalah malas hendak menaip panjang.

Tidak ada cerita panjang hendak dibebelkan ketika ini, jadi senang untuk buat tajuk-tajuk pendek. Macam ulasan.


Kata-kata indah 

Entah kenapa aku terlintas dengan ayat yang pernah diberikan kepada seorang teman dahulu :
" It may take only a minute to like someone, only an hour to have crush on someone, and only a day to love someone BUT it will take a lifetime to forget someone "

It will take a LIFETIME to forget someone

Mahalnya harga untuk dibayar hanya untuk melupakan seseorang.


Muhasabah diri : Belajar untuk meredhai segalanya :)


Semangat

Sekarang, rasanya aku sangat kurang bersemangat melakukan sesuatu - baik dari segi kerja rutin, mahupun sebaliknya. Kenapa ya? (-____-)

Kadang-kadang, terfikir mahu kembali aktif menulis seperti dahulu tetapi bila pegang sahaja pena, idea melayang entah ke mana (╥_╥)

Kena kuat semangat selepas ini. Aja aja fighting~! (^___^)V


Terkini

Baru-baru ini, aku sangat bersemangat membantu teman lama dalam majlis perkahwinannya. Sudah lama merencana, cakap-cakap kosong sedari zaman sekolah lagi. Sungguh, aku gembira dengan perkahwinan dia - sesuatu yang memang diluar jangkaan sebenarnya. Selepas ini, tinggal aku seorang bujang trang tang tang lah nampaknya  


Okey, ayat itu sangat tidak membantu. Heh.

Sungguhpun penat, dengan tidak cukup tidur, segala maha kelam kabut yang timbul, akhirnya aku berjaya menyelesaikan apa yang dijanjikan.

Aku pula yang terlebih terharu masa dia diakadkan. Emo. Ambil feeling pengantin

Teman, semoga berbahagia sampai ke syurga hendaknya kamu. Barakallah :')


P/s : Haih, kena fikir apa yang hendak ditulis selepas ini (=___________=)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:31:00 AM, Thursday, June 21, 2012
Masa baca di Dashboard tadi :

Last published on Apr 10, 2011

Erks?!

Okey, tidak perlu buat muka siamang terkejut di kala ini. Itu kali terakhir aku menulis sebelum aku menghabiskan tag aku yang tidak habis-habis dari tahun lepas (-___-")

Nampak sangat tidak banyak cerita untuk diberitahu (╥_╥)

Ehem, sebenarnya ada saja cerita, tetapi entah kenapa malas menaip sampaikan status dalam Facebook pun malas nak kemaskinikan. Kagum bila ada yang bertanya - " Eh, kenapa kamu dah tak kemaskini blog, Facebook kamu? "

Oh, ada juga yang ambil tahu sebenarnya. Mode : terharu lebih (╥_╥)

Tentang kerja, jujurnya, aku sangat bersenang lenang ketika ini disebabkan tiada kerja-kerja rutin seperti yang dahulu untuk dibuat. Jadi, kebanyakan masa aku cuma dihabiskan dengan kerja remeh temeh, menonton drama Korea, dll. Sungguh tidak efektif.

Sekarang tidak lagi. Sejak bulan April lepas, kerja-kerja rutin kembali menjengah jadual. Tidak sibuk seperti yang lepas tetapi sekurang-kurangnya ada juga kerja, ada juga radioaktif untuk bermain. Hahaha XD

Sabar lah, aku cuba merajinkan diri untuk bercerita semula. Sabar ya? :D


ごめんなさい