Entah kenapa rajin sangat membelek balik blog teman-teman sejak akhir-akhir ini. Rajinlah sangat walhal cakap sajalah tidak ada kerja hendak dibuat :P
Tiba-tiba terbaca komen lama aku dalam satu entri :
" Semua orang punya sisi bahagia yang berbeza masa ketibaannya. Kamu juga akan temuinya :) "
Tiba-tiba kagum dengan kebolehan diri sendiri kerana telah mengeluarkan ayat yang sebegitu bernas. Hahaha. Riak pula. Astagfirullahal 'azim~ [ Mode : menginsafi diri sendiri ]
Si teman bercerita tentang azam tahun baru dan dia masih tidak berpunya ketika itu. Aku kemain mengomen untuk memberikan semangat lah konon. Heh.
Bila difikir-fikirkan semula, betul juga. Usah dicemburu dengan kebahagiaan yang lain, semua orang akan tiba saat untuk menikmatinya, cuma berbeza sela masa - antara cepat atau sebaliknya.
Bukan tidak dicemburu kepada yang telah bahagia dunia, tipulah kalau aku katakan tidak tetapi lama kelamaan aku mula sedar diri - Allah tidak memberikannya ketika ini HANYA untuk kebaikan aku semata.
Bersangka baiklah dengan Dia.
Biar ada yang mengata,
Mencela,
Mencaci nista,
Biarkan.
Tidak akan Allah menguji hamba-Nya,
Hanya kerana untuk sesuatu yang lebih baik baginya.
Sesungguhnya, perancangan Allah itu sebenarnya lebih baik. Pembetulan. Bukan lebih baik, sebenarnya YANG TERBAIK.
Post a Comment