Write without regret by Devil Inc. at 3:40:00 PM, Tuesday, June 26, 2012
Aku sendiri pun tidak habis fikir tentang apa yang aku ingin taipkan ketika ini. Aku cuma menaip apa yang terlintas di dalam fikiran. Secara spontan. Ketika ini, semua nampak relevan lah, konon sangat hebat menaip tetapi bila dibaca kemudian hari, nanti dikatakan merepek semata. Hehehe :D

Aku rangkumkan segala yang mahu diceritakan dalam satu entri sahaja. Senang walhal cakap sajalah malas hendak menaip panjang.

Tidak ada cerita panjang hendak dibebelkan ketika ini, jadi senang untuk buat tajuk-tajuk pendek. Macam ulasan.


Kata-kata indah 

Entah kenapa aku terlintas dengan ayat yang pernah diberikan kepada seorang teman dahulu :
" It may take only a minute to like someone, only an hour to have crush on someone, and only a day to love someone BUT it will take a lifetime to forget someone "

It will take a LIFETIME to forget someone

Mahalnya harga untuk dibayar hanya untuk melupakan seseorang.


Muhasabah diri : Belajar untuk meredhai segalanya :)


Semangat

Sekarang, rasanya aku sangat kurang bersemangat melakukan sesuatu - baik dari segi kerja rutin, mahupun sebaliknya. Kenapa ya? (-____-)

Kadang-kadang, terfikir mahu kembali aktif menulis seperti dahulu tetapi bila pegang sahaja pena, idea melayang entah ke mana (╥_╥)

Kena kuat semangat selepas ini. Aja aja fighting~! (^___^)V


Terkini

Baru-baru ini, aku sangat bersemangat membantu teman lama dalam majlis perkahwinannya. Sudah lama merencana, cakap-cakap kosong sedari zaman sekolah lagi. Sungguh, aku gembira dengan perkahwinan dia - sesuatu yang memang diluar jangkaan sebenarnya. Selepas ini, tinggal aku seorang bujang trang tang tang lah nampaknya  


Okey, ayat itu sangat tidak membantu. Heh.

Sungguhpun penat, dengan tidak cukup tidur, segala maha kelam kabut yang timbul, akhirnya aku berjaya menyelesaikan apa yang dijanjikan.

Aku pula yang terlebih terharu masa dia diakadkan. Emo. Ambil feeling pengantin

Teman, semoga berbahagia sampai ke syurga hendaknya kamu. Barakallah :')


P/s : Haih, kena fikir apa yang hendak ditulis selepas ini (=___________=)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment