Write without regret by Devil Inc. at 12:56:00 PM, Wednesday, March 31, 2010
Baru je nak berjoget cuti panjang tapi tiba-tiba aku kena kerja pula hujung minggu nie. Chez~ Hangin betul dibuatnya. Nak skip tak boleh sebab minggu nie team aku yang buat, jadi boleh cuba segala methods yang difikirkan boleh menjana kejayaan untuk siri kali nie. Wahaha. Hisyk... tapi bila difikirkan pasal cuti, rasa down betul dibuatnya.

Khamis dan Jumaat aku akan berada di Perak, petang Jumaat aku akan balik Bangi, Sabtu dan Ahad aku kerja, petang Ahad aku akan balik ke Perak semula, Isnin hingga Rabu aku akan berada di Perak dan akhirnya, petang Rabu aku akan balik ke Bangi.

Ha, boleh faham tak planning aku macam mana? (-_-")

Tak kisah la kamu faham atau tak, satu fakta yang kamu patut faham - hidup aku bakal kelam kabut hujung minggu nie. Huhu (T__________T)

Aku tak punya masa untuk mengemas rumah seperti yang dirancang tapi aku akan cuba untuk kotakan janji tu.

Aku rasa lunyai aku minggu nie~

 
Write without regret by Devil Inc. at 12:03:00 PM, Monday, March 29, 2010
Yosh, akhirnya minggu nie tiba juga~! Yattaaaaaaaaa~ (^_^)V Happy betul aku nak menunggu minggu nie. Mana taknya, minggu nie bakal menjadi minggu cuti yang panjang untuk aku. Aku bercadang mahu cuti dari Khamis nie sampai la ke hari Rabu depan. Yosh~ XD

Dah lama rasanya aku tak balik ke rumah pada hari Sabtu. Aku sendiripun dah terlupa bila kali terakhir aku balik hari Sabtu. See? Itu menyatakan memang dah tersangatlah lama sampai empunya badan pun boleh lupa. Haha =P

Bukannya aku merancang nak bercuti ke mana-mana tapi aku mahu habiskan cuti aku di rumah. Aku mahu mengemas rumah kat sana pula. Dah lama tak kemas elok-elok. Nak harapkan mak, makpun bukan larat nak mengemas macam dulu. Jadi, inilah masanya aku menjadi bibik kat rumah. Hehe XD

Haih, tak sabar rasanya nak bercuti panjang~
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:22:00 PM, Monday, March 22, 2010
Wuah, lama betul tak update. Hehe. Cerita terbaru aku? Takde la baru sangat tapi dalam dua minggu lepas punya cerita. Kira baru la tu. Lain la kalau cerita dua tiga bulan lepas (-_-")

Ceritanya, masa tu aku baru balik dari kerja, dalam pukul 7pm. Masa baru keluarkan kunci rumah dari beg, kakak rumah sebelah tegur.

" Baru balik? Eh, akak nak tanya. Apa yang berbau dari rumah kamu? Kamu ada pasang apa-apa ke? "

Ha? Cuak sekejap. Aku rasa takde kena mengena dengan dapurpun sebab rumah aku memang takde dapur. Haha. Bocor rahsia XD

Aku tanya - " Eh? Ada bau ke? Bau apa? "

Otak dah tak boleh nak fikir apa. Blank. Fikir rumah aku terbakar ke? Ada suis meletup ke lepas tu keluar bau asap?

Kakak tu cakap - " Akak bau wangi "

Ha? Wangi? Aishhhhhhh... lain macam nie.

Kakak tu sambung - " Ada pasang apa-apa dalam master bedroom ke? Bau dia sampai bilik akak. Wangi betul "

Huh... lega gila bila dengar.

Aku jawab - " Haah, memang pasang pewangi dalam bilik. Boleh bau sampai sebelah ke? Kuat betul "

Kakak tu kata - " Haah, bau sampai bilik akak. Kalau buka tingkap tu lagi kuat bau "

Aku masuk dalam rumah, buka je pintu bilik, semerbak bau keluar. Wanginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:50:00 AM, Monday, March 15, 2010
Jujurnya, aku tak punya mood yang baik untuk bekerja minggu nie disebabkan hal minggu lepas. Dan kerana mood yang tiba-tiba merundum tu la aku duduk memerap kat rumah hujung minggu lepas. Dua hari aku berlingkar depan tv, tak pergi ke mana pun. Selesa menghabiskan masa di rumah, tak mahu berjumpa sesiapa.

Ada yang bertanya - " Tak nak kerja hari Sabtu dengan Ahad ke? "

Aku cuma menggeleng. Tak punya mood untuk tu.

Semalam, bila mengenangkan kena bekerja hari Isnin, secara auto aku menghela nafas panjang. Berat. Aku tak nak kerja boleh tak? (T_T)

Berat je nak bangun pagi nie. Berat masa nak bersiap. Berat semuanya.

Aku sarung baju kurung yang aku dah gosok malam tadi. Ya, baju kurung. Selalunya aku akan pakai seluar slack tapi entah kenapa semalam aku niat nak pakai baju kurung. Selalunya aku cuma akan pakai baju kurung bila aku tak payah kerja kat belakang. Yelah, tak sanggup baju lawa-lawa lepas tu tau-tau dah berbunyi kat meter contamination tu. Huhu~

Hari nie aku pakai baju kurung bukan disebabkan aku tak payah kerja kat belakang tapi disebabkan aku nak menyatakan bahawa - AKU TAK NAK BUAT SATU PUN KERJA HARI NIE~!

Serius, aku malas nak kerja.

Aku cuba ceriakan diri sekarang nie. Ya, ceriakan diri.

Gambatte~~~~ [ rasa macam ekspresi ketika nie adalah : badan Shin Chan yang bergoyang-goyang. Haha XD ]
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:04:00 PM, Friday, March 12, 2010
Status YM aku :

" Misi bulan empat : claim cuti ganti minimum 10 hari. Ya, minimum "

Kadang-kadang lelah bekerja separuh mati tapi hasil kerja kita tak dihargai. Penat bersengkang mata, penat mendapat dedahan sinaran radioaktif, penat segala-galanya tapi satupun tak siapa nak pandang. Yang kuat mengulau, yang selalu lari dari kerja pula yang dipandang.

Tekanan sungguh.

Ya, aku bukan pekerja yang terbaik, cemerlang jauh sekali tapi sekurang-kurangnya aku cuba perbaiki diri, aku cuba laksanakan segala kerja-kerja aku dalam masa yang ditetapkan dengan baik tapi...

Seriously, mood aku nak bekerja kembali jatuh merundum. Aku tak punya semangat mahu kerja lagi walhal baru je aku bersemangat nak kerja baru-baru nie.

Aku rasa aku nak cuti lama. Lama sangat. Biar sampai setengah bulan aku takde. Lagi baik kalau terus sebulan. Dan lebih baik kalau dua bulan macam aku terseliuh dulu. Tu lagi baik. Lagi lama aku cuti, aku rasa aku lagi tenang sebab tak payah nak mengadap tekanan nie lagi.

Jadi, misi aku yang seterusnya adalah pulun buat OT bulan nie dan bulan depan, akan jadi bulan pertama julung-julung kalinya aku akan claim cuti gantian, bukan OT. Ya, cuti gantian. Minimum sepuluh hari. Ya, sepuluh hari.

Aku mahu semaksima yang mungkin bulan depan. Aku lelah nak mengadap persekitaran aku lagi.

Orang tu sedar tak, bila dia buat macam tu, semangat kakitangan nak kerja menjadi tersangat-sangat kurang? Sedar tak?

(T__________T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:20:00 PM, Wednesday, March 3, 2010
Minggu nie bukan minggu yang baik untuk aku. Minggu yang sangat suram.

Rasa mendung je kat luar sana.

Rasa malas je nak buat kerja.

Hmmm...~