Write without regret by Devil Inc. at 2:28:00 PM, Friday, August 20, 2010
Kalaulah aku pilih sekolah asrama dulu,
Kalaulah aku belajar sungguh-sungguh dulu,
Kalaulah aku tak pilih dia dulu,
Kalaulah aku lebih rajin dulu.

Kalau...

Seronok membayangkan segala kemungkinan yang ada hanya dengan perkataan 'kalau' tu.

Kamu juga pernah bayangkan kehidupan kamu dengan perkataan tu kan? (^___^)
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:17:00 PM, Wednesday, August 18, 2010

Ulangan kata kawan aku - " Kawan senang je nak dapat, kat mana-mana pun ada "

Sesenang tu je nak dapatkan seorang kawan. Bersembang tak sampai setengah jam dalam bas pun boleh jadi kawan. Senang je kan?

Akupun melalui fasa tu. Fasa senangnya mencari kawan. Aku rasa kamu juga begitu.

Aku memang kaki chatting masa zaman sekolah dulu. Jadi memang aku ramai la kawan-kawan chatting. Mula-mula dulu boleh buat satu album gambar kawan-kawan chatting. Dulu, kalau nak berchatting, siap bagi alamat rumah bagai, lepas tu nanti tukar-tukar gambar. Dah namapun ramai kawan chatting, banyak la gambar yang aku dapat. Sampai sekarang ada lagi dalam simpanan. Kamu boleh tengok macam-macam rupa dalam tu. Yang besar, kecil, tinggi, rendah, gemuk, kurus. Macam-macam ada.

Bila bertahun berlalu, boleh kira berapa orang je yang masih kekal dan yang kekal tu pun macam makin terhakis. Yelah, semua orang ada kehidupan mereka sendiri. Jadi, cuma berbalas msg kalau ada kesempatan.

Rindu zaman chatting dulu (T___T)

Ada seorang dua yang aku kenal, yang masih berhubung sampai sekarang, memang aku tak pernah jumpa. Memang ada bertukar gambar tapi kan berbeza rupa kalau dah lebih sepuluh tahun. Memang aku tak pernah jumpapun tapi jadi kawan sampai sekarang :)

Sesenang tu nak cari kawan.

Dari zaman chatting mIRC, YM, aku berubah masuk dalam chatting blog dalam tiga tahun lepas. Cara yang sama, cuma medium yang berlainan. Kat situ juga aku berjumpa kawan baru. Tak pernah berjumpapun sampai sekarang. Ada yang merajuk sebab aku tak nak mms gambar aku (-______-")

Bukan aku tak mau tapi memang aku jenis tak suka orang kenal aku sedalam tu. Maaf la.

Tapi jangan la sangsi keikhlasan aku berkawan dengan gambar seremeh tu. Jangan nilaikan aku dari segi tu. Kadang-kadang ikhlas tu tak boleh nak ditunjuk dengan benda-benda macam tu kan.

Lepas tu kenal pula kawan-kawan yang berjual online dan masih ada yang dihubungi sampai sekarang :)

Nampak? Sesenang tu mencari kawan sebenarnya tapi sesusah tu juga la untuk mempertahankannya.

Aku akui, aku mungkin bukan kawan yang baik, sebaik yang dimahukan semua orang tapi sekurang-kurangnya aku cuba menjadi kawan yang baik.

Maaf kalau aku pernah menyakiti dengan kata-kata yang menyinggung hati.
Maaf kalau aku pernah berkasar dengan kamu.
Maaf kalau aku pernah membuatkan kamu berkecil hati.
Maaf atas setiap satunya.

Maaf.


Macam yang aku msg kat seorang kawan semalam :

Kite tak dapat jadi kawan baik yang boleh kongsi susah senang awak,
Kite tak dapat jadi kawan baik yang boleh berhuha-huha dengan awak,
Kite tak dapat jadi kawan baik yang boleh kongsi apapun dengan awak,
Kite cuma boleh jadi nie je, jadi kite cuba jadi kawan yang baik dalam hal nie :')


Sungguh, tu je yang aku mampu lakukan dan aku janji aku boleh melakukan sebaik mungkin.
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:15:00 PM,

Semua orangpun ada kawan. Aku, kamu, semua orang.

Macam seorang kawan aku kata - " Kawan senang je nak dapat, kat mana-mana pun ada "

Tapi soalnya - boleh pakai ke kawan tu? Betul ke kawan tu boleh dipakai untuk jangka masa panjang, masa susah senang nanti?

Ada seorang kawan, dia publish dekat wall Facebook aku - " Dulu ramai yg menjauhiku. Kata mereka aku gemuk. Tak kacak. Bukan 'taste'. Aku pasrah, aku redha. Tp sekarang, antara 2 samada mereka sendiri semakin gemuk atau pn mereka memilih pasangan yang seperti aku.

Tula, org tua2 da pesan, jgn kata tak nak. nt itulah juga yg kita perolehi. itu jugalah yg kita sayangi. btul x? "

Aku kenal dia dah lama, sangat lama - dari zaman sekolah rendah lagi. Memang dari zaman sekolah rendah, dia dah membesar bagai johan. Masa tu, dia tak memiliki paras rupa yang boleh dikategori sebagai comel gila - yang boleh membuatkan orang datang nak cubit-cubit pipi.

Aku takde la rapat sangatpun dengan dia masa sekolah rendah sebab aku kelas depan, dia kelas belakang. Aku cuma pernah sekelas dengan dia masa Darjah Dua hingga Tiga kalau tak silap. Lepas tu dah kelas lain-lain. Sampai naik Tingkatan Empat, baru aku sekelas dengan dia balik. Masa tu aku mula rapat balik dengan dia sampai sekarang nie :')

Okey, aku faham. Dia bukan seorang yang menarik, dia bukan anak orang kaya, dia bukan mempunyai kebijaksanaan yang hebat, dia bukan siapa-siapapun. Dia cuma kadang-kadang poyo sikit [ okey, aku tau aku bakal dibelasah oleh dia lepas dia baca nie :P ], jiwang karat dan kadang-kadang hampir semua perempuan pun dia suka. Semua, tu termasuk aku. Haha.

Ingat lagi masa Tingkatan Tiga, disebabkan aku selalu berjumpa dengan kawan-kawan aku kat blok lain, yang kebetulan seorang tu ada sekelas dengan dia. Boleh dikatakan hari-hari dia nampak aku la kiranya. Satu hari dia datang dekat dan cakap - " Aku suka kat kau "

Mau tak terperanjat aku dibuatnya. Tapi dengan nada gurau yang agak kasar - " Tak nak aku orang macam kau, mati hidup balik sepuluh kalipun aku tak nak kat kau "

Kasar bunyinya kan? Tapi nada aku takde la keras sangat sampai memalukan dia, takde la cakap melaung-laung sampai satu koridor boleh dengar (-____-") Tapi aku ingat, kerana insiden tu la aku lagi rapat dengan dia. Sangat rapat. Kami boleh bercerita apa saja, boleh kongsi apa saja.

Aku bersekolah sama dengan dia. Aku ikut perkembangan dia - dari zaman sekolah rendah sampai menengah. Aku kadang-kadang perhatikan macam mana layanan orang terhadap dia. Aku sedar ada perempuan-perempuan yang menjauhi dia, seolah-olah jijik dengan dia. Okey, dia suka kamu tapi kamu tak suka dia. Apa salahnya kamu berterus terang dan berkawan macam biasa je. Ya, aku tau tak semua orang boleh buat macam tu tapi kamu tak perlu meminggirkan dia macam tu sekali.

Pernah aku pergi beraya dekat rumah seorang kawan perempuan masa sekolah dulu. Dia kata - " Tak payah la jemput budak tu, aku geli dengan dia "

Sampai ke tahap tu. Dan dia, yang sedar kehadiran dia tak diundang, cuma menunggu aku dengan kawan-kawan lain depan rumah je. Yelah, dah orang tak sudi, takkan nak menonong-nonong masuk dalam rumah orang kan?

Aku rasa dia sendiripun puas dah dengan penolakan orang terhadap diri dia, dah sampai ke tahap lali dah.

Bila dia publish ayat tu kat wall aku, aku teringat balik kisah-kisah zaman sekolah dulu dengan dia yang macam aku ceritakan tadi. Kadang-kadang aku fikir, kriteria apakah yang kamu mahu sekiranya seseorang tu mahu jadi kawan kamu?

Kacak macam Farid Kamil?
Kaya macam Donald Trump?
Bijak macam Bill Gates?
Popular macam Anuar Zain?

Itu ke kriteria yang kamu mahukan? Kalau dia gemuk, pendek, busuk, tak pandai, takde kerja hebat-hebat, dia tak boleh jadi kawan kamu?

Dan macam yang kawan aku kata, dulu orang ketepikan dia dan sekarang, orang-orang tu la yang dapat paku buah keras - semua yang dijijikkan dulu, datang balik ke diri sendiri. Kalau tak datang lagi, tunggu masa je. Mungkin bukan datang pada kamu, bukan pada pasangan kamu, mungkin pada anak-anak kamu kemudian hari. Siapa tau?

Tu la, mak aku kata - " Jangan ejek orang, nanti kena diri sendiri. Biar apa orang nak kata, nanti Tuhan akan balas "

Nanti Tuhan akan balas. Aku ingat setiap patah ayat tu.

Kawan tak perlu hadir dalam pakej yang lengkap kerana kamu akan saling melengkapi, sama macam pasangan kamu nanti. Sebab tu orang kata, pasangan kamu tu boleh jadi kawan baik kamu.

Kadang-kadang, yang tak lengkap tu la sebenarnya lebih baik untuk kamu.

Tak perlu nak besar kepala hanya kerana kamu dah kerja bagus-bagus sekarang walaupun status kamu cuma cikgu sekolah rendah, kenal orang-orang besar yang berpolitik bagai, ada pendidikan tahap PHD, kahwin dengan orang-orang hebat, etc. sehingga kamu mula menolak seorang kawan yang tak seberapa nie sedangkan kamu dulu pun asalnya setaraf macam dia.

Dan aku bangga dengan kawan aku tu, dari tak punya apa-apa, akhirnya dia sekarang menginjak ke kehidupan yang lebih baik daripada kawan-kawan yang meminggirkan dia. Sungguh aku bangga.

Macam yang aku selalu pesan kat kawan-kawan aku - " Takpe kalau tak ramai kawan, asalkan yang ada tu kau tau boleh dipakai kemudian hari "

Takpe la kalau takde kawan ramai sekalipun, yang penting, yang tinggal tu kamu tau kamu boleh bergantung harap dengan dia semasa kamu susah senang kemudian hari nanti.

Kawan-kawan, kita janji, kita kawan sampai mati ya? :)
 
Write without regret by Devil Inc. at 7:47:00 PM, Friday, August 6, 2010
Erks, adakah tajuk entry aku berbunyi lucah? Haha XD

Semalam, tunang kawan aku - yang sudah pastinya perempuan (-____-") datang bertandang ke rumah atau lebih baik aku katakan datang menumpang tidur di rumah aku. Dia sampai dalam pukul 1130, masa aku tengah hampir-hampir tersengguk mengantuk. Haha =D

Dah namanya tetamu datang rumah, mesti la kena layan dia bersembang. Sembang punya sembang, dah pukul 1. Menunggu dia habis mandi dan menggosok baju, tau-tau dah pukul 130. Aku melelapkan mata dalam pukul 2 macam tu la.

Disebabkan dia dah kata dia nak kena bangun pukul 430 sebab nak gerak dari Bangi dalam pukul 530. Diorang tak nak masuk dalam jam. Dan aku terpaksa la buat alarm awal sebab takkan la budak nie nak tengok aku tidur dengan ketidaksenonohan yang nyata masa dia nak masuk bilik air dalam bilik aku kan. Huhu~ (-___-")

Aku tersedar dalam pukul 420. Sambung golek dulu =P Bangun balik dalam 435. Tengok bilik budak nie cerah. Eh, dah bangun ke? Aku tak tau dia tidur bergelapan atau dalam cerah sebab masa aku masuk tidur tu, memang aku terus masuk bilik. Aku ketuk pintu bilik, dengar bunyi orang bangun dari katil. Sah, dia tidur dalam cerah. Hehe :)

Sambil menunggu dia habis mandi, aku lepak depan tv tengok Spontan dan gosok baju kurung yang nak dipakai pagi nie. Sementara menunggu incik tunang datang menjemput, aku berbual dengan dia. Incik tunangnya sampai dalam pukul 550.

Dan aku, terus jadi tak boleh tidur. Dah cerah mata. Dengan penuh kesegaran di pagi hari, aku pergi mandi dan bersiap.

Dan dengan hebatnya pukul 740 aku dah punch setelah merempit dengan hebatnya pagi nie. Haha. Serius, dah lama aku tak merempit macam nie pagi-pagi. Masa waktu masuk kerja aku pukul 8 dulu pun tak seawal nie punch. Kagum pula. Miahaha :P

Sungguh, pagi nie rasa adrenalin aku memuncak. Rasa sangat hebat. Sangat bersemangat mau buat semua kerja.

Chayokkkkk~~
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:25:00 AM, Tuesday, August 3, 2010
Kadangkala aku tersenyum bila melihat ada manusia-manusia yang bersungguh-sungguh bertalam dua muka semata-mata untuk mengambil hati orang lain. Betapa mereka sanggup bersikap hipokrit untuk menjadi orang yang disukai orang lain.

Bukan kata aku tak pernah buat macam tu tapi secara automatik aku akan berasa tak selesa sebab aku tau aku bukan jadi diri aku sendiri. Dan sungguh, aku tak faham macam mana manusia-manusia hipokrit tu boleh selesa berkeadaan macam tu untuk satu jangka masa yang lama. Aku cuma boleh jadi hipokrit tak sampai dalam masa seminitpun, nanti boleh nampak daripada air muka aku yang terang-terang tak selesa berkeadaan macam tu.

Sungguh, aku tabik dengan manusia-manusia nie.

Semua orang akan melalui fasa perubahan. Akupun sama. Tapi fasa perubahan tu tak menuntut kamu menjadi seorang yang hipokrit. Jadi diri sendiri. Apa susah. Lain la kalau perubahan demi kebaikan kamu, tu dah kira fasa perubahan lain :)

Akupun dah berubah. Dulu kecil sekrempeng, sekarang membesar bagai johan. Haha. Tapi rasanya perangai aku, tingkah laku aku, tak berubahpun. Masih yang kamu kenali dulu. Seorang yang banyak cakap, jalan macam ribut, kaki rempit, etc. Haha.

Ayat pertama seorang kawan yang baru je berjumpa aku kelmarin. Seorang yang aku tak berjumpa dah dekat sepuluh tahun. Dia kata -

" Alamak, kau tak berubah betul dari sekolah dulu. Jalan macam gangster lagi "

(-____-")

Tapi tu la yang aku dengar dari orang lain - yang aku masih macam dulu. Kadang-kadang rasa bersyukurpun ada. Aku masih tak melupakan asal usul aku, aku masih ingat dari mana asalnya aku.

Ya, mungkin kehidupan aku tak segah kamu. Kehidupan aku cuma biasa-biasa saja, takde cerita menarik untuk kamu kisahkan. Tapi yang penting, aku ingat siapa diri aku, aku ingat siapa kawan-kawan aku, aku ingat setiap satunya.

Yang penting, aku masih berpijak atas paksi yang sama.

Sungguh com3l tengok ada orang yang berpura-pura berbaik dengan kamu - hanya semata-mata mahu membanding-bandingkan kehidupan terkini antara dia dengan kamu sedangkan sebelum nie bertegur cuma sepatah dua. Tu mujur kalau bertegur. Kalau tak...?

Berbuat baik dengan orang lain,
Jangan kerana harapkan balasan,
Jangan kerana mahu menyibuk,
Jangan kerana terikutkan orang lain,
Jangan kerana mahu membodek,
Jangan kerana ada niat lain.

Dan jangan berubah kerana untuk memuaskan hati orang lain. Macam aku kata - " Ini aku, kamu kena terima seadanya aku "

Ya, kamu kena terima seadanya kamu. Boleh faham maksud aku?