Write without regret by Devil Inc. at 7:02:00 PM, Monday, September 27, 2010
Secara fizikalnya, abah memang seorang yang berbadan besar dan bermuka garang. Memang stok budak-budak lelaki kalau nak usik aku kat sekolah, fikir lapan puluh lapan darab lapan kali. Hehe. Abah memang garang tapi abah sangat menjaga aku. Dan aku, mempergunakan sifat dia yang satu tu kalau barang-barang aku kena rampas masa spot check. Kehkehkeh.

Peraturan memang tak membenarkan pemakaian barang kemas di sekolah. Tapi aku yang penuh kedegilan nie, memang seronok melanggar peraturan yang ada. Wajibnya aksesori aku masa tu adalah :

1. Cincin emas kecil - yang stok kecil betul sebab aku pakai dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah, yang mula-mula pakai dari jari telunjuk sampai dah tak muat jari kelingking tu tapi nak sumbat juga (-___-")
2. Gelang jed aku - abah yang bagi masa aku dari Tingkatan Satu

3. Gelang kaki perak dua utas - stok pakai kiri kanan kaki (-_________-")


Dan aku, memang yang menjadi kegemaran para pengawas yang ada untuk diperiksa setiap kali ada spot check. Barang-barang yang dirampas akan disimpan oleh PK HEM dan satu-satunya cara untuk ambil balik barang-barang tu adalah dengan membawa penjaga berjumpa PK HEM. Kalau tak, tunggu la sampai hujung tahun, baru boleh ambil. Tu pun kalau boleh la :P

Aku? Rampas la pukul berapa sekalipun tapi aku tau, tepat pukul satu petang, aku akan ambil balik barang-barang tu dengan abah dan selalunya, elok je keluar dari bilik PK HEM, memang aku terus pakai balik. Hahahahahaha :P

Abah sangat memberi kerjasama yang baik dalam hal-hal macam nie =D

Tepat pukul satu, aku akan meluru ke pintu pagar. Selalunya perbualan kami macam nie :

Aku : Abah, tadi pengawas dah rampas barang adik. Jom ambil balik
Abah : Dekat siapa?
Aku : Penolong kanan. Ala, cikgu tu abah kenal punya
Abah : Sekarang ke?
Aku : Yelah, sekarang

Dan perbualan di bilik PK HEM selalunya :

PK HEM : Pakcik, lain kali nasihatkan la anak pakcik nie, jangan la pakai barang-barang macam nie ke sekolah. Tak boleh pakai
Abah : Budak nie memang degil. Kita cakap kat rumah tak boleh pakai, dia degil
PK HEM : Ha, dengar apa bapa kamu kata? Lain kali jangan pakai lagi
Aku : Baik cikgu [ dengan reaksi muka tunduk macam menyesal gilaaaaa~ XD ]

Dan perbualan lepas tutup pintu bilik PK HEM selalunya :

Abah : Dengar apa cikgu tu kata
Aku : Yelah [ sambil memakai balik barang-barang yang diambil tu ]
Abah : Benda kecil pun nak rampas juga?
Aku : Cikgu, semua tak boleh pakai. Karang takut kena curi la apa la
Abah : Dah kalau kena curi, biar orang yang bawa tu tanggung la

Abah memang boleh sekepala dalam hal macam nie. Hehe (^___^)

Jadi, adalah sangat tak berbaloi usaha segala pihak yang mengejar aku dari blok bawah sampai ke atas, sanggup tunggu aku semata-mata nak merampas segala barangan tu, sampai ada yang khianat aku semata-mata tak puas hati dengan aku tapi dalam masa yang tak sampai lapan jam pun, aku dah boleh dapatkan semua tu balik dan pakai balik keesokan harinya. Kehkehkeh XD

* Okey, bocor rahsia masa zaman sekolah dulu :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:46:00 AM, Friday, September 24, 2010
* Mood untuk bercerita tentang abah masih menebal dalam hati. Jadi kamu akan baca banyak entry tentang dia selepas nie. Sila bersabar :)

Okey, sambung cerita aku yang makin nakal lepas masuk sekolah menengah.

Dari Tingkatan Tiga, aku cuma naik bas untuk pergi sekolah je. Balik abah akan jemput. Tak pernah gagal lagi. Tepat pada masanya. Abah akan menunggu seawal pukul dua belas setengah tengah hari, waktu lunch dia.

Masuk Tingkatan Empat, aku dah pandai nak duduk seharian dalam cyber cafe. Balik pukul satu petang, nanti aku akan keluar balik ke pekan, ikut abah keluar pergi ke kerja balik dalam pukul dua. Abah balik kerja pukul lima, akupun balik sekali.

Kalau nak meronggeng sampai ke bandar Ipohpun, aku kena pastikan aku balik sebelum pukul lima. Kalau tak, mesti kena bambu dengan abah.

Abah garang. Serius, aku memang takutkan dia. Bukan jenis yang memanja-manjakan sangat anak. Kalau salah, memang kena pukul. Takde kompromi di situ. Dan aku, jenis yang penuh dengan kedegilan, memang selalu kena dengan abah. Tapi adat lelaki, dah habis pukul-pukul, timbul penyesalan, baru nak dipujuk balik. Dan selalunya, aku akan dipujuk manja :')

" Mana abah tak marah, adik degil sangat. Memang la kena. Abah sayang adik, sebab tu abah marah "

Tapi adat orang, lepas kena bukan nak beringat. Degil juga. Hihi :">

Pernah aku kemalangan, dilanggar motor semasa nak melintas jalan dengan basikal depan masjid tengah pekan masa Tingkatan Satu. Aku dibawa ke bahagian kecemasan. Masa luka dicuci, berkali-kali aku ditanya siapa bapa aku sebab pihak hospital nak memaklumkan kepada dia tapi akupun berkali-kali menggeleng, tak mahu abah diberitahu hal nie. Takut kena marah.

Ada seorang attendan tu kenal dengan abah. Katanya - " Lah, tu ke abah kamu. Patut la kamu takut sangat "

Semuapun kenal dengan perangai abah yang satu tu (-__________-")

Tapi seminggu lepas tu, bila luka dah kering, aku lupa semua. Meronggeng juga ke pekan lagi dengan basikal. Hehe :P

Semakin menanjak ke umur dewasa, aku makin nakal, makin banyak helah. Okey, kamu memang anak yang baik, yang menurut kata tapi bukan aku. Aku jenis yang degil, panas baran - sama macam abah.

Aku selalu kata - adik beradik aku termasuk aku, ada empat orang. Campur mak dengan abah, jumlahnya enam orang. Tapi kami semua seolah-olah terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan abah, satu kumpulan lagi dengan mak. Sebelah abah, ahlinya anak ketiga iaitu abang aku dan aku sendiri. Kumpulan mak ada abang aku yang sulung dengan kakak aku.

Sebelah mak penuh dengan kesejukan. Orang-orangnya baik hati, lembut hati, yang jenis kalau kena aniayapun dia akan cakap - " Takpe, biarkan orang buat, nanti Tuhan akan balas "

Tapi sebelah abah, panasssss. Orang-orangnya jenis yang degil, panas baran, cepat naik darah. Boleh sangat la kalau nak dijadikan kawan untuk bergaduh. Hehe. Sebab tu kami - aku, abah dengan abang - tak boleh duduk dekat lama-lama, nanti mesti nak bertekak. Hehe =D

Tapi aku dengan abah, tetap menjadi kesayangan dia. Ke mana je dia pergi, aku tetap mengekori.
 
Write without regret by Devil Inc. at 4:08:00 PM, Thursday, September 23, 2010

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Apabila tiba ke penghujung ikatan janji dengan Pencipta kamu, maka kematian akan datang menjemput. Ianya tidak akan awal sesaat mahupun lewat sesaat. Tepat pada masanya, tetap pada janji-Nya.

Apabila Malaikat Izrail datang untuk menjemput kamu 'pulang', maka tinggallah segala kenikmatan dunia, kemanisan hidup, orang-orang yang disayangi, dan lain-lain.

Dan pada tanggal 11hb September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H, hari Sabtu, pukul 12.00 tengah hari, pergilah seorang kesayangan hati dijemput 'pulang' oleh Penciptanya. Seorang kesayangan hati yang digelar 'abah'.

Maaf, aku belum ada kekuatan untuk menggelarkan dia sebagai 'arwah' sebab aku rasa dia masih dekat dengan aku, masih ada di sisi aku. Maaf.

Dari hitungan tarikh lahir yang berdaftar, abah meninggal pada umur tujuh puluh lima tahun. Tapi biasalah, dulu-dulu, zaman Jepun, semua orangpun asyik bertukar tarikh lahir, abahpun tak terkecuali. Ikut hitungan yang sebenar, umur abah dah menanjak ke lapan puluh dua tahun.

Tua dah abah.

Aku pernah bercerita tentang abah kat sini - http://soalnyaaku.blogspot.com/2009/10/kawan-baik-aku-seorang-lelaki-kamu-pula.html

Abah dulunya bekerja sebagai Attendan Hospital di Bilik Mayat. Seram bunyinya kan? Dari kecil, aku dikelilingi oleh kawan-kawan abah yang majoritinya orang-orang yang bekerja di hospital juga. Aku menjadi figura kecil yang sangat popular di kalangan kawan-kawan abah masa tu sebab aku macam jadi pengawal peribadi khas abah - ke mana saja abah pergi, di situ ada aku. Dan kadang-kadang mak boleh menghela nafas lega dengan adanya aku di sisi abah untuk jadi mata-mata dia. Hehe :)

Ayat " Ke mana saja abah pergi, di situ ada aku " tu yang mahal sebenarnya. Ke mana je abah pergi, aku mengekor walaupun ke tempat kerja (O____O) Serius. Namapun bilik mayat. Namapun dah seram, belum lagi kalau duduk dalam. Abah sibuk buat post mortem, aku pula sibuk main air, berlari-lari atau buat hal sendiri kat tepi. Tak tau la pula kalau aku pernah kacau dia buat kerja. Seingat aku belum lagi la aku duduk menempek tepi mayat tu masa tengah di-post mortem. Huhu =P

Dan kerana pekerjaan abah tu la, aku mula lali dengan lampu merah ambulans yang berkelip-kelip di luar rumah pada tengah-tengah malam - memanggil abah untuk buat post mortem.

Kalau abah gerak sikit je, aku dah mula bingkas bangun mengekor. Belum lagi tengok abah tiba-tiba bersiap lawa sikit, aku mula merengek nak ikut. Tak dibagi ikut? Bersedia la untuk dengar raungan yang boleh memeritkan telinga. Hehe :)

Dan kerana perangai aku tu la, aku digelar 'anak manja abah' - seorang budak perempuan kecil yang rajin bertenggek di dalam raga motor kapcai Honda C70 lampu bulat, yang selalu melalak bila diusik-usik oleh kawan-kawan abah yang selalu mengacah-acah nak pukul abah ke, nak bawa balik abah ke (-____-")

Sungguh, kenangan tu sangat-sangat-sangat manis untuk dikenang :')

Abah pencen masa aku baru masuk Darjah Satu. Masa aku dalam Darjah Dua, abah kerja dengan koperasi. Setiap kali dengar bunyi motor abah dari kejauhan, aku akan meluru ke pintu pagar nak menyambut dia. Dan kerana tu la, kaki aku berparut sebesar duit lima kupang gara-gara kaki terlekat kat ekzos motor masa abah baru balik kerja (T___T)

Abah tak pernah merungut kesusahan dia mencari nafkah untuk menampung aku yang baru nak menapak dalam alam persekolahan walaupun kadang-kadang aku yang memang berpeel " nak apa semua kena dapat ". Anak bongsu la katakan. Semua kena ikut kehendak dia (-___-")

Abah tak pernah gagal membeli kasut sekolah putih cap Bata dua pasang setiap kali nak masuk sesi persekolahan baru untuk aku.

Abah tak pernah lewat membayar yuran bas sekolah aku dan masih ada buku yuran bas sekolah tu dalam simpanan dia sampai ke akhir nyawa dia. Aku tak faham kenapa disimpannya. Mungkin ada nilai sentimental disitu untuk dia :')

Teringat memori masa nak beli kasut sebelum masuk ke Tingkatan Satu. Masa tu aku dah berkenan dengan satu beg kecil. Ala, yang jenis kalau kamu tarik je tali tu, beg tu akan terjerut sendiri kat bahagian atas. Boleh imaginasikan bagaimana rupa beg tu? (-____-") Tak kisah la kamu boleh imaginasikan ke tak tapi beg tu la yang sangat menggamit perhatian aku masa tu. Tapi abah tak mahu belikan dengan alasan beg tu kecil, nanti nak simpan buku tak boleh banyak-banyak. Aku dengan muncung panjang lima enam depa keluar dari kedai tu.

Dan keesokan hari, bila abah balik kerja, abah bawa balik beg tu. Sangat terharu (T_____T)

Dan bila meniti zaman persekolahan menengah, semakin banyak belanja yang kena dikeluarkan tapi belum pernah lagi aku dengar abah merungut untuk keluarkan duit untuk persekolahan aku. Yang dia merungut kalau aku beria nak pergi ikut rombongan sekolah yang memang terang-terangan dibantah. Penyudahnya, memang masa zaman sekolah dulu, satu rombongan sekolah pun aku tak pernah ikut. Huhu~

Betapa tabahnya lelaki yang bergelar abah tu menyara aku :')
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:24:00 AM, Friday, September 3, 2010
" Takkan kamu menghargai kesenangan kamu pada masa akan datang sekiranya kamu tak melalui saat-saat kesusahan sekarang "

Ya, mungkin sekarang kamu susah tapi masa depan, siapa yang tahu kan?

Hidup nie bukan 24/7 senang. Ada masa kamu kat bawah, ada masa kamu akan berada di puncak. Takpe la kalau susah sekarangpun. Sekurang-kurangnya bila kamu senang nanti, kamu takkan lupa kesusahan kamu dulu dan bila kamu jatuh susah balik, kamu takkan rasa sesusah mula-mula dulu. Sekurang-kurangnya, pengalaman susah kamu tu boleh membantu kamu menghadapi situasi susah kamu tu.

Susah betul banyak sangat perkataan susah nie (-____-")

Tapi sekarang nie, manusia banyak lupakan kesusahan yang pernah dilalui bila dah senang. Pendek kata, lupa diri. Tak sedar dulu kamu tu comot, busuk. Bila dah besar, dah kerja bagus-bagus, dah pakai kereta lawa-lawa, pandang rendah dekat orang lain.

Aku mengaku aku percayakan karma. Apa yang kamu buat hari nie, esok lusa kamu akan dapat balasannya. Tambah lagi, sekarang Allah bayar tunai di dunia lagi untuk setiap apa yang kamu lakukan, tak payah nak tunggu balasan dekat akhirat nanti.

Kalau hari nie kamu senang, jangan lupa diri. Ingat, hidup tu macam roda. Sekejap je nak turun ke bawah balik.

Bila kamu berada kat atas, jangan lupa pandang bawah. Jangan sampai nanti kamu berseorangan kat atas sana, takde siapa nak mendekati kamu.