- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 1:25:00 PM, Monday, May 31, 2010
Sejak aku bekerja kat Mint, istilah Monday blues tu memang jarang sangat-sangat aku alami. Kebiasaannya, aku bekerja hujung minggu dan hari Isnin adalah hari untuk buat test semula kalau ada apa-apa yang failed hujung minggu tu. Dan selalunya hari Isnin adalah hari yang terkejar-kejar untuk aku.Macam hari nie la.Belum letak beg, dah ada yang memanggil. Kelam kabut buat kerja. Data failed lagi pagi nie dan disebabkan tu kena buat unidose untuk dihantar ke hospital. Empat kali buat pun failed juga. Tekanan pun bertambah.
Tiga syarikat yang nak ambil nie, semuanya dah datang. Sepatutnya boleh selesai awal tapi disebabkan dah failed memanjang, memang masa pun kena extend juga la (T_T)
Masa buat unidose untuk kali ketiga, perut aku dah berkeroncong dondang sayang. Lapar sangat-sangat tapi sabar juga la. Kena habiskan kerja dulu sebab semua orang pun dah tunggu.
Akhirnya, selesai juga dalam pukul 1pm tadi dan cuma dua daripada tiga syarikat je yang boleh dapat. Kasihan juga tapi tak boleh nak buat apa sebab benda yang diluar kawalan kita.
Nie nak rest kejap, lepas tu boleh pergi makan. Huhuhuhu~ (T____________________T)
Write without regret by Devil Inc. at 2:02:00 PM, Sunday, May 30, 2010
Sekarang nie cuaca dah tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Dulu, masa mula-mula aku masuk rumah nie, nak pasang kipas walaupun dekat no satu tu pun payah. Punya la nak menyatakan betapa rumah aku sangat sejuk. Rumah beriman la katakan XDTapi sekarang nie, kalau takde kipas, rasa tak boleh nak duduk dalam rumahpun. Punya la panas. Dah habis full pun panas lagi (T___T)Rumah aku cuma ada kipas kat ruang tamu je. Ada tiga bilik, satupun takde kipas. Memang apartment kat sini macam tu. Kipas kat ruang tamupun kira macam belas ihsan daripada tuan rumah la walaupun aku rasa macam dah membela kelawar dalam rumah. Punya la bising. Haha :PMujur dari rumah lama dulu, aku dah membeli kipas meja. Masa dekat rumah lama, aku beli yang bilah 14" je. Aku fikir untuk apa bilah besar-besar sebab aku pakai masa aku tidur je, kipas tu menghadap muka aku seorang. Lagipun masa tu, dalam bilik ada kipas siling. Jadi kipas berbilah besar amatlah tidak diperlukan ketika itu.Bila tiba masa kepanasan menggila macam nie, tiba-tiba rasa menyesal kenapa tak beli kipas bilah 16" masa tu (T___T)Kalau tiba tang panas tu, jangan cerita la. Memang aku rasa aku rapatkan kipas tu macam kipas tu boleh membelit rambut aku je. Punya la rapat macam tu sekali. Haha XDPernah terfikir nak pasang aircond tapi dengan rumah sekarang nie, aku tak rasa nak pakai sangat. Yelah, rumah sewa. Kalau rumah sendiri, senang pula nak tebuk sana sini nak pasang apapun. Nie rumah sewa. Nak pindah karang, jenuh nak memanjat tanggalkan balik. Perabot yang ada niepun aku dah tak tau macammana nak angkut kalau pindah nanti (*________*)Lagipun kalau pasang aircond, bil mesti melambung punya walaupun kamu pakai Panasonic Inverter sekalipun. Hoho. Jadi, untuk ekonomi dan kesejahteraan tidur malam aku, silalah membeli kipas biasa sahaja.Dan pilihan aku, aku nak beli kipas dinding. Hari tu dah tengok kipas yang pakai remote, macam best. Tak dapat aircond, feeling tekan remote kipas pun jadilah. Kira sama macam feeling tekan remote aircond la kiranya tu (-___-")Mari membeli kipas~
Write without regret by Devil Inc. at 2:05:00 PM, Thursday, May 27, 2010
Mode : Ayat Bahasa Malaysia penuh (=.=)
Aku mahu jadi seorang yang sempurna buat kamu tapi aku bukan malaikat, makhluk yang tak pernah gagal menurut kata. Aku bukan Muhammad, manusia sempurna ciptaan Dia.
Hidup ini sebenarnya satu perjuangan.
Kamu pernah dengar ayat itu bukan? Ayat tipikal.
Kamu berjuang untuk hidup, kamu berjuang untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang, kamu berjuang untuk menegakkan pendapat kamu, dll.
Aku? Berjuang untuk menjadi seorang yang sempurna di mata orang lain.
Yeah, aku punya kelemahan dan kekurangan. Semua orang pun punya sifat nan satu itu. Tapi ada segelintir pihak yang tak mahu menerima kekurangan itu. Mereka hanya mahu kesempurnaan tanpa menyedari kekurangan itu juga ada dalam diri mereka. Mereka tidak mahu mendengar sebarang alasan untuk ketaksempurnaan itu. Kadang-kadang aku terfikir - sempurna benarkah kamu untuk menilai kesempurnaan orang lain?
Mata orang lain tidak pernah gagal untuk menilai kamu. Itu fakta. Apa saja yang kamu buat pasti mendapat penilaian daripada orang lain - sama ada kamu sedar atau tidak. Perkara seremeh, contohnya cara kamu berjalan pun boleh dinilaikan. Contohnya :" Aku tengok si polan tu jalan kengkang betul "
Nampak apa yang aku cuba sampaikan?
Aku juga berjuang untuk mendapatkan kesempurnaan itu tapi lama kelamaan aku lelah. Lelah kerana setiap usaha aku itu tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. Kadang-kadang segala usaha tu macam dicurahkan ke longkang je.
Aku percaya, dekat pejabat, kamu akan jumpa orang yang kaki kipas, suka mengadu domba, dan lain-lain. Tidak pernah aku dengar satu pejabat itu tersangat aman daripada orang sebegini. Orang-orang yang beginilah yang sangat disayangi oleh orang atasan. Kamu yang menjadi orang bawahan akan menjadi semakin tertekan.
Aku juga percaya, dekat kawasan perumahan kamu, kamu akan jumpa orang-orang yang suka menyampai-nyampaikan cerita. Segala tindakan kamu akan jadi perbualan. Kamu yang kurang bergaul, akan menjadi bahan cerita untuk semua.
Kawan-kawan juga begitu. Jika kamu tidak boleh bergaul mesra, maka kamu akan dipulaukan.
Aku juga begitu. Sebab itulah aku katakan yang aku sebenarnya berjuang untuk menjadi seorang yang sempurna di mata orang lain.
Aku cuba menjadi pekerja yang baik.
Aku cuba menjadi jiran yang baik.
Aku cuba menjadi kawan yang baik.
Aku cuba menjadi anak yang baik.
Segala usaha cubaan itu, mungkin hasilnya nampak sempurna untuk aku tetapi di mata pihak yang lain, itu belum cukup sempurna bagi mereka.
Kadang-kadang aku terfikir - kesempurnaan yang bagaimanakah yang kamu mahu lihat daripada orang lain?
Sempurnakah kamu kalau kamu asyik mengadu fasal orang lain kepada pegawai kamu sedangkan kamu tidak boleh melakukan apa yang pegawai kamu arahkan dan cuma duduk bergoyang kaki sahaja di pejabat?
Sempurnakah kamu kalau kamu asyik menjaja cerita orang lain dan mencari kesilapan orang lain untuk diketawakan sedangkan kamu sendiri punya cerita buruk untuk disorokkan dari pengetahuan orang lain?
Sempurnakah kamu kalau kamu asyik memboikot kawan-kawan yang tidak boleh masuk dengan kumpulan kamu dan mengata di belakang mereka sedangkan kamu melenting bila kamu diboikot oleh pihak lain?
Sempurnakah kamu kalau kamu katakan bahawa kamu lebih menjaga keluarga kamu daripada orang lain sedangkan kamu asyik menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain?
Sempurnakah kamu kalau kamu asyik mencanangkan keburukan orang lain sedangkan kamu juga punya keburukan yang kamu sendiri tidak mahu orang ketahui?
Soalnya - Sempurnakah kamu?
Aku bukan manusia yang sempurna tapi aku cuba untuk menjadi yang sempurna untuk kamu :)
Write without regret by Devil Inc. at 6:51:00 PM, Wednesday, May 12, 2010
Aku dah berapa hari tidur lewat, selalu lelapkan mata dalam pukul 2 - 3am. Habit pelik aku yang aku sedar dari zaman sekolah rendah adalah sistem badan yang sangat ditentukan di hujung minggu. Tak faham? Aku perjelaskan untuk kamu XDAku sangat menjaga setiap sistem dalam hidup aku pada hari Ahad dan Isnin - hari permulaan minggu baru. Sistem yang dimaksudkan adalah dari segi pemakanan, waktu tidur, waktu bangun, kesihatan, mood, etc. Nie sebab keseluruhan minggu aku tu nanti sangat dipengaruhi oleh dua hari nie.Aish, aku memang failed nak terangkan dengan perkataan yang mudah (-_-")Contoh :Kalau aku lewat tidur hari Ahad atau Isnin, secara automatiknya aku akan tidur lewat minggu tu - tak kisah la aku memang penat sangat atau tak.Kalau aku demam hari Ahad atau Isnin, secara automatiknya aku akan demam minggu tu dan demam aku akan reda dalam hari Jumaat atau Sabtu.Kalau aku lewat bangun hari Ahad atau Isnin, secara automatiknya aku akan bangun lewat sepanjang minggu tu walaupun aku tidur awal malam sebelumnya.Boleh faham?Jadi, aku terpaksa jaga setiap sistem dalam hidup aku setiap hari Ahad dan Isnin. Tapi malangnya hari nie dah hari Rabu. Aku asyik lewat tidur dari hari Sabtu lepas, pukul 3am baru nak tidur, pukul 6am dah bangun = secara automatiknya aku mengantuk kat pejabat.Alahaiiii...~
Write without regret by Devil Inc. at 12:25:00 PM, Monday, May 3, 2010
Pergh... sekarang nie aku betul-betul tak punya masa untuk update blog bersawang-gelap-entah siapa nak baca nie. Haha. Kesibukan kerja menuntut sepenuh tumpuan aku. Belum lagi hal-hal kat Perak lagi. Haih...~ (-_-")* Ya... aku tau entry kali nie akan lambat upload gara-gara takde masa. Huhu~Start hari nie, aku bakal mengharungi dua minggu yang tersangatlah sibuk - berulang alik dari Bangi ke Perak. Dalam seminggu mungkin dua kali balik Perak. Duitpun melayang-layang bagai layang-layang terbang melayang (T_____T)Ha, aku rasa tu je la update aku. Malas betul nak menaip panjang. Hehe (^__^)P/s : Dah terlalu lama bertangguh, aku sendiri lupa apa yang aku nak ceritakan sebenarnya (-_-")