Aku lagi suka panggil dia Adiat.
Aku kenal novel dia secara kebetulan. Masa tu tahun 1995. Kedai buku kat tempat aku buat sale. Novel pertama dia yang aku beli - Cinderella `94. Bermula dari tu la aku mula gigih mengumpul novel dia tapi rasanya tak banyak dah dalam simpanan aku sebab banyak yang hilang dipinjam kawan tapi tak dipulang (T__T)
Sanggup naik turun bas ke Ipoh gara-gara mencari novel-novel dia. Masa Tingkatan Empat, aku beli buku Lagenda Budak Setan yang setebal seribu muka surat dan berharga RM35. Satu harga yang agak mahal untuk pelajar macam aku. Yelah, tambah dengan tambang lagi, dah berapa harganya tu? (T___T) Tapi dek minatkan sangat si Adiat, tak berkirapun :)
Novel setebal tu aku habiskan dalam masa sehari setengah - selepas ditolak waktu tidur dan makan. Hehehe XD
Owh, pernah baca tak pasal aku hadiahkan buku tu kat kawan chatting aku? Sila baca entry lama aku. Cari sendiri. Haha.
Pertama kali aku berjumpa secara live dengan dia masa aku belajar dulu. Ada pameran buku dekat Foyer Menara SAAS dulu. Dah tak nampak dah gerai buku lain, terus menuju ke arah booth Adiat je. Dapat melihat dia secara live depan mata rasa macam best gila masa tu. Hebat habis la dapat jumpa si Adiat nie. Rasa macam jumpa artis ternama masa tu =D
*Aku rasa mata aku macam mata Shin Chan masa bersembang dengan dia. Mata Shin Chan = mata bersinar-sinar masa dia nak dapatkan sesuatu :">
Masa tu dapat autograph, dapat nombor telefon untuk dihubungi kalau ada apa-apa pertanyaan. Rasa hebat gila. Hehehehe.
Teringat zaman belajar dulu, masa buat assignment dulu pun, aku bergaduh dengan budak kumpulan aku untuk pilih dia sebagai subjek untuk ditemuramah. Haha (-_____-") Sanggup geladah balik buku lama untuk cari buku yang diautographkan si Adiat nie semata-mata untuk contact dia balik pasal assignment nie. Puhhh... pengorbanan tu :P
Sesi temuramah tu diadakan kat rumah dia. Rumah dia? Perghhhh... nu atas bukit. Satu-satunya rumah kat atas bukit tu. Dikelilingi dengan sangkar binatang-binatang macam ular sawa, burung, itik, etc. Dah macam mini zoo.
Rumah dia memang menakutkan kalau tengok dari jauh tapi yelah, dah minat, rasa kagum aje masa tu. Haha. Aku faham jiwa dia sukakan sesuatu yang artistik. Dah nama jiwa penulis. Rumah dia dibina dengan bata merah. Unik sebenarnya. Masa aku datang, ada lagi rumah kecil di sekeliling rumah dia - yang dia katakan sebagai rumah untuk melepak - tak siap lagi, masih dalam pembinaan. Katanya, dia bina sendiri rumahnya dan apa yang ada di sekeliling dengan bantuan kawan-kawan.
" Saya bina rumah nie sedikit demi sedikit sampai la kamu tengok apa yang ada sekarang "
Sungguh, aku kagum dengan keazaman dia tu.
Senampak dari mata kasar aku, isi rumah dia tak mewah. Takde perabot baldu, takde karpet yang dipijak boleh tenggelam tapak kaki. Yang ada cuma perabot lama - tinggalan arwah nenek, etc. Boleh dikatakan masa masuk ke dalam rumah dia, rasa macam masuk ke rumah zaman lama. Sangat menenangkan.
Tengah-tengah rumah boleh ada lesung kayu - yang orang dulu pakai untuk asingkan kulit padi (-____-")
Aku rasa bilik paling moden pun dalam rumah tu adalah bilik yang dia khaskan untuk home theatre dia. Hehe :)
Dalam tujuh ke lapan kali aku ke rumah dia, aku tengok kehidupan dia sangat transparent. Maknanya apa yang kamu lihat, tu la sebenarnya yang ada. Dia tak menyorokkan apa-apa. Takde nak bertalam dua muka dengan orang yang datang. Macam mana dia dilayan isteri yang aku panggil Kak Yatie, macam mana dia melayan kerenah anak-anak, dan aku juga berkesempatan join dia ambil anak-anak dari sekolah, pergi makan bersama dan hantar anak dia ke kelas piano.
Masa kawan aku tengok habuk dekat frame gambar ke, atau habuk kat tempat lain, spontan dia kata - " Isteri saya jarang mengemas, yelah, banyak barang yang nak dilap "
Paling kelakar masa dia bagi kitorang minum air Coke. Disuruh kitorang buka tin kitorang dengan alasan dia tak nak kitorang dapat hadiah yang ada pada penutup tin tu. Yelah, kalau dapat kereta, tak ke melepas dia. Kejam kan? Hehehe =P
Berdepan dengan dia, aku tak perlu berprotokol. Cuma santai. Lagaknya macam bersembang dengan kawan, bukan dalam sesi temuramahpun. Rasanya jarang nak jumpa orang macam nie kan?
Rasa sayang nak tinggalkan rumah tu bila assignment aku dah habis. Entah bila dapat jumpa dan berbual macam tu dengan dia (T___T)
Itu cerita tujuh tahun lepas. Dah lama. Tup-tup dengar pasal kes dia dengan bekas isteri dia dekat mahkamah. Tiba-tiba glamour pula si Adiat nie. Kagum sekejap =D Rasa macam tak percaya pun ada bila baca benda-benda macam tu. Owh, aku tak bias okey? Bukan kerana aku minat dia, aku nak berkata yang baik-baik je tentang dia.
Demi Allah, sepanjang pengalaman aku bergaul dengan Adiat secara live, aku betul-betul rasa berita tu mengarut. Kalau Adiat berbuat baik dekat anak dia si Aishah tu cuma untuk menimbulkan persepsi baik depan orang je tapi dah dekat belakang, dia tak pedulikan si Aishah, tu aku tak tau. Itu urusan dia, aku tak kisah. Tapi dari penilaian mata kasar aku, aku tak rasa dia macam tu pun.
Aku sendiri tengok :
Cara Aishah mencium tangan dia dan Kak Yatie setiap kali naik kereta bila dijemput balik dari sekolah.
Adiat kadang-kadang mengusap kepala Aishah masa dia mencium tangannya.
Layanan Kak Yatie yang berstatus ibu tiri Aishah masa makan di kedai - takde pilih kasih antara anak kandung dengan anak tiri.
Cara adik-adik tiri bergaul dengan Aishah.
Banyak lagi sebenarnya.
Kak Yatie sendiri tak pernah membahasakan Aishah sebagai anak tiri di depan kitorang. Apa yang aku dengar, dia membahasakan Aishah sebagai anak sulung keluarga tu.
Adiat juga begitu. Kalau anak-anak yang lain buat hal, contoh macam Adamboy buat perangai masa kitorang tengah shoot video temubual Adiat tu, memang depan-depan kitorang dilepuknya tangan si Adamboy dan kata - " Aishah, ambil adik nie. Papa ada kerja nie kan "
Bila baca berita yang mengatakan Adiat mengabaikan Aishah, aku tersenyum. Ya, mungkin Adiat bersalah dari segi undang-undang tapi aku rasa ada cerita disebaliknya - yang cuma empunya diri yang tau pasal tu. Bagi aku, Adiat dah cukup menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang papa. Noktah.
Aku tak mahu mengadili sesiapa dalam hal nie - baik Adiat sendiri, Kak Yatie, bekas isteri, anak-anak dia yang comel - Aishah, Athirah, Anisah dan Adamboy tapi ada baiknya kalau dibiarkan Adiat menjalani kehidupannya dengan tenang.
Terbaru, selepas sepuluh tahun lebih aku menunggu, akhirnya Lagenda Budak Setan direalisasikan ke layar. Sesuatu yang Adiat dah perkatakan sejak dari mula aku jumpa. Sesuatu yang aku dan dia pernah bualkan tujuh tahun lepas. Dia sendiri teruja nak filemkan cerita nie - boleh nampak dari reaksi dan mata bersinar-sinar Shin Chan dia. Hehe :)
Dan alhamdulillah, akhirnya aku pergi juga tengok kat GSC Midvalley. Agak terlambat bagi aku untuk tengok sebab aku sibuk dengan kerja tapi yang penting, tengok kan? :)
Aku tak mahu komen apa-apa pasal filem nie sebab aku bukan pengkritik. Aku tak arif pasal bidang perfileman. Jadi, biar mereka yang arif buat tugas nie.
Tapi bagi aku, untuk sesiapa yang belum tengok atau nak tengok lagi, sila la kosongkan fikiran kamu dari persepsi novel tu. Just sit, watch the movie and enjoy. Itu je.
Mungkin filem tu tak sebaik jangkaan semua tapi untuk kegigihan Adiat yang dah sekian lama berusaha untuk proses pengadaptasian nie, infinity thumbs up untuk dia. Dan aku memang berharap selepas nie, dia akan mula menulis macam dulu-dulu.
Itu cerita aku tentang Adiat.
Adiat, terima kasih kerana dengan buku-buku kamu, aku mula berjinak dengan dunia penulisan. Kamu inspirasi aku. Yeah, kamu seorang yang tak sempurna - punya kesilapan - sama seperti orang-orang yang menghakimi kamu sekarang tapi semoga kamu dan Kak Yatie tabah menghadapi segala tohmahan orang sekeliling. Semoga segala-galanya berjalan baik untuk kamu sekeluarga.
Amin~