Write without regret by Devil Inc. at 2:55:00 PM, Friday, July 30, 2010
Ya, aku tau aku dah lama tak menaip apa-apa kat blog nie dan sepanjang bulan Julai nie aku tengok entry aku kebanyakan berkenaan dengan tag, tag dan tag. Hahaha. Yelah, terpaksa jawab tag juga sebab dah lama yang bertangguh nak dijawab. Niepun ada lagi tag yang tak berjawab, tunggu bulan depan la jawabnya baru nak dipost. Haha.

Okey, kali nie kita akan bincangkan situasi bekerja. Ewah, macam rancangan pakar motivasi pula. Haha.

Serius, aku memang susah nak memahami orang-orang yang rajin merungut dia kebosanan di pejabat. Siap nak tayang kat wall Facebook - " Wei, aku bosannnnnn " - semata-mata nak menyatakan betapa dia bosan dengan kerja di pejabat.

Ya, aku sangat memahami perasaan tu tapi dalam masa yang sama aku tak faham juga. Macam mana tu (-___-")

Aku faham kamu bosan di pejabat.
Aku tak faham kenapa bosan?

Yelah, bukan semua orang tersangat sibuk di pejabat kan. Akupun bukan selalu sibuk. Kalau tiba masa aku tak sibuk, memang melengung juga dibuatnya. Dan sekarangpun aku hampir-hampir meniti titian melengung tu. Haha. Kronik. Tu gara-gara aku dah hampir mencapai dedahan dos tahunan.

Dedahan dos tahunan yang dibenarkan = 20 mSv
Dedahan dos aku sampai Jun 2010 = 17 mSv

Dah patut kena kuarantin. Karang sia-sia jadi mutan. Haha. Baru je dalam minggu lepas aku dan team Production pergi ambil darah, untuk diperiksa sel kromosom. Yelah, takut dah bertukar jadi Wolverine ke. Kata seorang teman -

" Kalau jadi Wolverine takpe, karang jadi Woljerine "

Miahaha XD

P/s : Tukar nama jadik Wolverina nak? :P

Main-main pula. Hehe. Okey serius. Disebabkan tugas-tugas rutin aku yang dah disekat, jadi kebanyakan masa aku sekarang memang melengung.

Aku bukan pekerja yang rajin tahap dewa-dewa. Ada masa aku akan pergi mengulor, ada masa aku akan tidur kat pejabat, ada masa aku akan merayau-rayau kat department orang lain sampai sejam dua, ada masa aku akan mengada-ngada memangku tugas orang lain pergi ambil surat, etc.

Tapi sungguh, kalau kamu berdekatan dengan aku, kamu memang tersangat susah nak mendengar aku kata aku bosan.

Katanya seorang teman memerangkap kembar siam aku - " Akak sangat menikmati hidup kot? "

Haha. Yelah tu kot. Sangat menikmati kehidupan.

Aku suka pergi ke pejabat. Yeah, mungkin sedikit bosan dengan rutin yang sama setiap hari. Bangun pagi - bersiap pergi kerja - pergi ke pejabat - kerja - ngulor - balik kerja. Dan rutin tu akan berpusing untuk keesokan harinya. Sama saja. Tapi aku suka pergi ke pejabat. Sama macam sekolah dulu. Seronok.

Dan mungkin kerana keseronokan itulah aku tak merasa bosan di pejabat. Sebab tu aku tak faham kenapa ada yang merungut bosan. Okey, memang kamu takde kerja tapi kamu punya internet kan? Siap boleh menjerit kat wall kebosanan tu di waktu pejabat, maknanya kamu boleh surf net dengan kelajuan yang sangat membanggakan berbanding dengan aku yang nak surf pun fikir lapan puluh lapan kali. Tu belum lagi masa surf Facebook yang dibuka pada masa-masa tertentu je.

Dah takde kerja, pandai-pandai cari kerja.
Dah ada internet, pandai-pandai cari web dan surf.
Dah ada pc, pandai-pandai cari game dan main.

Sekurang-kurangnya, kebosanan kamu tu dibayar tau tak? Bersyukur la sikit. Nie tak, merungut bosan je. Takde kerja karang baru tau...~
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:56:00 AM, Monday, July 19, 2010
1. How tall should he be?
Tinggi menggalah. Hahaha. Serius, aku mesti takat dada dia :P

2. What hair colour should he have?
Blonde? Haha. Aku pilih yang agak keperangan sikit

3. What kind of personality should he have?
Baik hati :)

4. Older or younger?
Younger? Karang orang kata anak ikan pula. Haha. Mestilah tua.

5. What film actor should he most be like?
Owh... kan bagus kalau macam... Hugh Jackman. Handsome dowh~ (*____*)

6. What singer should he most be like?
Anuar Zain. Dia seharusnya menyanyi, mendodoikan aku setiap kali aku nak tidur =D

7. Do they need to cook?
Yurp, jatuh tahap WAJIB.

8. What is his best body part?
Lips? Okey, aku gatal. Haha.

9. What car should he drive?
BMW 7 Series Honda Civic yang paling terbaru dalam pasaran

10. What one thing completely turns you on?
Bila dia merenung dengan penuh kemanjaan. Aiceh~

11. Who was the guy in your mind when you’re doing this survey?
Eh... kenapa aku terfikir perempuan masa nie? Wei D, kau telah berjaya mempengaruhi fikiran aku. Haha XD

12.Tag people to do this survey too
Tak nak tag la. Letih. Jawab rajin la :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:36:00 AM, Friday, July 16, 2010
Kadang-kadang, kita akan secara auto datangnya dengki dalam hati bila dengar kesenangan orang lain. Auto, bukan sengaja okey? =D Tapi tu la yang aku, eh... apasal pula aku seorang je, aku rasa semua orangpun ada perasaan nie kan? *Ececece... tak nak mengaku lagi tu :P

Dengki Seronok dengar orang nie sambung belajar, beli rumah, dapat kerja best, etc. Bila pandang diri sendiri, rasa kosong pula. Rasa macam tak lengkap pun ada. Apa lagi yang aku mahukan dalam kehidupan?

Namapun manusia - mana pernah rasa cukup. Aku belajar dalam subjek Ekonomi dulu yang mengatakan human needs are infinity. Sentiasa mahukan kelebihan. Bila gaji kamu cuma seribu, kamu cuma mampu pakai Viva. Tapi bila gaji kamu menanjak lima ribu, Viva tu kamu pandang lagi ke? :)

Kawan-kawan di sekeliling aku punya kerja yang bagus-bagus, punya tunang, punya suami, punya isteri, punya anak-anak yang comel, punya kehidupan yang bagus.

Bahagia rasanya dengar.

Dulu, pernah juga merungut betapa tidak adilnya kehidupan tapi sejak datang ke sini, alhamdulillah, rasanya tak pernah lagi merungut apa-apa.

Aku pegang satu ayat je - " Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untukmu "

Kadang-kadang pakej kesenangan yang datang dalam bentuk yang kecil tu lebih baik kan? :)

 
Write without regret by Devil Inc. at 7:27:00 PM, Thursday, July 8, 2010
Aku baru terbaca dalam surat khabar yang menyatakan :

" Kuasa magis mekap mampu mengubah wajah seseorang wanita. Daripada wajah yang polos pucat tanpa secalit warna, ia boleh bertukar kepada wajah jelita yang memukau setiap orang. Perubahan wajah yang bergantung kepada produk mekap ini sebenarnya memerlukan sentuhan yang pakar dan arif dalam bidang solekan "

Jujurnya, aku tak pakai mekap pun. Tak reti sebenarnya. Haha (T____T) Pernah juga cuba pakai tapi rasa muka macam nak meleleh ke bawah, rasa berat je. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana orang boleh tahan pakai mekap satu hari kat pejabat, siap touch up sebelum balik. Tak berat ek muka kamu tu? Huhuhu (-____-")

Memang, mekap tu boleh membuatkan muka kamu berseri tapi ada seri ke lagi kalau dah padam mekap tu? =D

Bukan tak menarik pakai mekap tapi kalau dah terlebih macam tampalan tepung gomak kat muka, kamu rasa masih menarik lagi ke? (-____-")
Aku pun ada kawan yang rajin bermekap tapi bila tengok dia padam semua mekap dia, perghhhhh... bukan la kata tak lawa. Tu melampau la kan. Tapi memang tak menarik la sebab nampak lebam sana sini - kesan bekas mekap tu. Tu lagi membuatkan aku fobia nak pakai mekap. Hehe (^___^)

Aku bukan pakar kecantikan, jauh sekali pandai bermekap. Jadi, tak boleh bagi komen lebih-lebih. Hohoho.

Kata kawan - " Tak mekap pun takpe tapi masa nak keluar rumah, wajib pakai eyeliner "

Mekap dengan wanita memang tak boleh dipisahkan. Kan?
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:06:00 PM,
* Dah lama aku nak menaip benda nie tapi tak bertaip. Kertas nie pun dah bersawang atas CPU aku. Haha.

Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhilah orang yang gemar mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.

Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka.

Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan.

Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa.

Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah taqwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.

Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.

Jika kamu berada di rumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada di tengah orang ramai, jagalah lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.

Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tanggannya sendiri.

Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu.

 
Write without regret by Devil Inc. at 9:18:00 AM, Wednesday, July 7, 2010
1. What is your name :
Nama tipu boleh? XD

2. A four letter word :
INTO

3. A boy's name :
Ikhwan. Hoho =D

* Dia sangat adorable okey? =D

4. A girl's name :
Insyirah - nama anak seorang coursemate masa aku belajar dulu :)

5. An occupation :
Inspektor pulis? (-___-)

* Tabik Inspektor Sahab~ =D

6. A colour :

Indigo. Yoshhhh~ (^____^)V

* Aku baru tau yang banyak warna Indigo (O_____O)

7. Something you wear :
Inner. Hoh, ada orang yang tak pakai ke? (-____-")

8. A food :
Ikan masin. Best seh (^__^)

* Meleleh air liur seh~

9. Something found in the bathroom :
Insect. Betul la. Aku jumpa lipas semalam wooo. Huhu~

* Bukan gambar lipas aku jumpa semalam. Kalau macam nie rupa lipas tu, aku confirm pindah dalam masa 24jam =P


10. A place :
Itali. Romantik lorh~

* Jom kahwin kat sini nak? =D

11. A reason for being late :
I bangun lambat. Hahahahahahaha~

12. Something you shout :
" Inilah makna kehidupan~ " - ayat yang kebiasaannya kamu akan dengar bila aku makan sesuatu yang memang tersangat-sangat dikehendaki ketika tu =D

13. A movie title :
Incredible Hulk. Huwarghhhh~



14. Something you drink :
Inner shine? Okey, aku tipu. Ice milo KAW - mamak punya~!

* Meleleh air liur~

15. A musical group :
Indigo? Okey, lain punya jawapan la. Hurmmm... Il Divo. Serius, aku memang sangat kagum dengan suara diorang :)



16. An animal :
Iguana. Tadi aku nak letak jawapan Iguana kat soalan apa yang ada dalam bilik air aku tapi nampak sangat menipunya. Rumah aku bukan zoo (-_____-")



17. A street name :
IOI Mall. Eh, ada kan nama Jalan IOI Mall? =P


18. A type of car :
Innova



* Okey, kepada sesiapa yang rajin, dipersilakan jawab tag aku. Aku tak larat nak tag sesiapapun masa nie =D