Write without regret by Devil Inc. at 1:14:00 PM, Sunday, March 20, 2011
Teman,
Mengapa aku tiada setiapkali kamu mendapat berita gembira,
Mengapa aku tiada setiapkali kamu tertawa,
Mengapa aku tiada setiapkali kamu diulit bahagia,
Mengapa aku tiada di dalam setiap babak kegembiraan, babak kebahagiaan kamu.

Teman,
Mengapa aku mesti ada setiapkali kamu berduka,
Mengapa aku mesti ada setiapkali kamu mengalirkan air mata,
Mengapa aku mesti ada setiapkali kamu berasa kecewa,
Mengapa aku mesti ada di dalam setiap babak kedukaan, babak kesedihan kamu.

Teman,
Mengapa setiap kesusahan yang kamu alami,
Kamu hanya nampak aku ketika itu,
Mengapa bila tiba detik kegembiraan yang kamu rasa,
Aku diketepikan begitu sahaja,
Mengapa aku hanya wujud untuk kongsian kesedihan kamu,
Mengapa aku hanya diperlukan di saat begitu.

Teman,
Kadang-kadang aku bertanya kepada diri sendiri,
Untuk apa aku berdiri di sisi kamu,
Untuk apa aku setia dengan kamu,
Untuk apa aku seorang yang memandang kamu,
Sedangkan kamu sendiri tidak pernah mengendahkan aku.

Teman,
Sesaat kemudian aku mendapat jawapan,
Wujudnya aku untuk menenangkan kamu,
Wujudnya aku untuk menyeka air mata kamu,
Wujudnya aku untuk berdiri di sisi kamu,
Wujudnya aku untuk menghilangkan resah gelisah kamu,
Biarpun,
Kamu tidak pernah memandang aku,
Kamu tidak pernah memerlukan aku,
Kamu tidak kisahkan aku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku akan selalu di sini,
Untuk jadi teman baik kamu,
Untuk jadi peneman kamu,
Untuk jadi segalanya buat kamu.



*Kadang-kadang, segala pengorbanan kita tidak pernah dihargai tetapi kita, tetap akan berdiri di situ, setia melakukan segala untuk dia, biarpun tidak akan dihargai untuk selamanya.
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:04:00 PM, Tuesday, March 15, 2011
Nota : Aku mahu beritahu seringkas yang mungkin kepada kamu semua :)

Aku sedar sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kekalutan, terlalu banyak khabar angin yang berlegar-legar bila kejadian kononnya kemalangan kuasa nuklear di Jepun sana telah meletup dan bakal menyebarkan kesan radiasi kepada penduduk di sini.

Antara msg paling popular sejak kelmarin yang singgah di dalam peti msg aku :

" A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's an acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know "

Owh teman-teman, jangan risau, jangan takut. Tiada hal sebegitu akan berlaku di sekitar kamu. Kemalangan kuasa nuklear tersebut adalah berpunca daripada pelepasan gas Hidrogen ke udara dan letupan tersebut adalah hasil tindak balas di antara Hidrogen dan Oksigen.

Hasil tindak balas tersebutlah yang menyebabkan letupan terjadi, bukannya loji kuasa nuklear tersebut yang meletup.

Disebabkan jarak antara negara kita dan Jepun sangat jauh, jadi kebarangkalian untuk radiasi tinggi sampai ke tempat kita tersangatlah rendah. Aku ulang, tersangatlah rendah.

Jadi, jangan risau ya teman-teman?

Untuk mendapatkan segala info dengan lebih lanjut, kamu boleh layari :

1. Http://www.iaea.org
2. Http://www.nisa.meti.go.jp
3. Hotline Pusat Maklumat Radiologi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 1-800-888-7999

Jadi, jangan sebarkan perkara yang entah dari mana sumbernya untuk tidak menimbulkan panik.

Sekian, terima kasih :)


 
Write without regret by Devil Inc. at 6:07:00 PM, Monday, March 14, 2011

Sudah lama mahu menaip tentang ini tetapi entah mengapa asyik bertangguh (-__-")

Umum tahu apa yang berlaku di Jepun sana. Tidak perlu aku mengulas panjang seolah-olah wartawan di tempat kejadian. Kamu boleh Google, YouTube, dll. untuk mengetahui perkembangan di sana.

Sejak akhir-akhir ini aku tengok ramai manusia yang semakin kurang rasa sensitiviti. Ya, mungkin kamu rasa kamu seorang yang kelakar dan sangat disukai orang ramai tetapi bagi aku, ini bukan saat-saat untuk kamu menunjukkan sifat kelakar kamu itu.

Manusia-manusia yang kurang rasa sensitiviti inilah yang menulis status di Facebook, Twitter, blog, forum atau apa jua medan perbualan - menulis tentang di manakah peranan watak-watak seperti Ultraman, Sailormoon, Doraemon, dll. di dalam situasi begini.

Owh, sungguh tidak kelakar.

Sungguh, aku bencikan rasa kurang sensitiviti kamu itu. Sangat.

Mungkin kamu rasa kamu tiada seorangpun kenalan, tiada seorangpun saudara mara kamu yang terlibat di dalam situasi itu tetapi rasanya kamu masih seorang manusia bukan? Seorang manusia yang sepatutnya ada rasa perikemanusiaan.

Terfikirkah oleh otak kamu yang kecil itu apa rasanya kalau kamu yang berada di dalam situasi itu dan orang lain pula berbuat demikian terhadap kamu? Apa perasaan kamu di ketika itu?

Sesungguhnya, manusia diberikan otak dan akal untuk berfikiran rasional tetapi untuk orang-orang begini, sayang... otaknya bukannya letak di atas kepala, tetapi di kepala lain - kepala lutut.

* Semoga segala-galanya berjalan baik untuk mereka semua di sana. Amin.
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:37:00 PM,
Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 5 people to be tagged.


(To do this, copy and paste this note, erase my answers and enter your own, tag people then click publish post.)

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Air masak. Baru saja telan.
2. Last phone call: Khidmat pelanggan Astru :D
3. Last text message: Cik Azira. Itupun pasal email di tempat kerja tiba-tiba tidak berfungsi.
4. Last song you listened to: Berjuta Batu - Alleycats
5. Last time you cried: Err... semalam. Masa tengok cerita Guzaarish - Hrithik Roshan dengan Aishwarya Rai :">

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: Ha?
7. Been cheated on: Ya. Banyak sangat.
8. Kissed someone & regretted it: Err... belum pernah lagi :P
9. Lost someone special: Yurp, abah :'(
10. Been depressed: Hidup ini kan penuh dengan tekanan? :)
11. Been drunk and threw up: Tidak dan tidak mungkin~!

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Hitam
13. Merah
14. Jingga

THIS YEAR HAVE YOU: (2011)
15. Made a new friend: Ya :)
16. Fallen out of love : Belum lagi kot? :D
17. Laughed until you cried: Ya, bila cerita kelakar sangat :D
18. Met someone who changed you: Ya
19. Found out who your true friends were: Ya, dia selalu ada di sisi dari dulu lagi
20. Found out someone was talking about you: Orang akan sentiasa bercakap tentang kita - tanpa sedar atau tidak. Kan?
21. Kissed anyone on your friend's list: Senarai teman yang mana satu? Kehkehkeh :D
22. How many people on your friends list do you know in real life: Ha, bukan sudah ditanya ke tadi? Senarai teman yang mana satu?
23. How many kids do you want?: Dua belas orang Empat orang cukuplah *Gatal*
24. Do you have any pets: Dulu, keluarga aku bela kucing semasa aku kecil. Selepas kucing itu mati, mak haramkan pembelaan mana-mana binatang di dalam rumah :P
25. Do you want to change your name: Ya, sila tukarkan pangkal nama saya kepada Tengku, Raja :P
26. What did you do for your last birthday: Sambung tidur sampai ke tengah hari
27. What time did you wake up today: 5.50 pagi :D
28. What were you doing at midnight: Malam semalam ke? Baca komik sebelum tidur :)
29. Name something/someone you CANNOT wait for: Bila server internet lembab sangat (-___-")
30. Last time you saw your Mother: Baru saja minggu lepas :)
31. What is one thing you wish you could change about your life: Hendak belajar sungguh-sungguh dari Darjah Satu lagi :P
32. What are you listening to right now: Soley Soley. Haha XD
33. Have you ever talked to a person named Tom: Tom Cruise? Heh. Mana ada.
34. What's getting on your nerves right now: Menjawab soalan-soalan ini. Boleh? :P
35. Most visited webpage: Email rasmi di tempat kerja. Hari-hari kena buka. Haha :D
36. Whats your real name: Tengku Entah, kamu tahu bukan? :D
37. Nicknames: Adik [ ahli keluarga yang panggil ], Shah [ budak-budak zaman chatting panggil ]
38. Relationship Status: Masih mencari. Boleh begitu? :P
39. Zodiac sign: Sagittarius
40. Male or female?: Mestilah perempuan :)
41. Primary school: Tidak mahu beritahu :P
42. Secondary school: Tidak mahu beritahu juga :P
43. High school/college/university? : Tidak mahuuuuu beritahu :P
44. Hair color: Entah, hitam kot? Tapi nampak macam perang sedikit /:)
45. Long or short: Panjang
46. Height: 1.53m
47. Do you have a crush on someone? : Tahun ini belum lagi. Haha XD
48: What do you like about yourself?: Sangat baik hati :)
49. Piercings: Ya, di telinga
51. Righty or lefty: Kanan

FIRSTS :
52. First surgery: Pembedahan kecil di kaki masa berumur dua puluh tahun
53. First piercing: Darjah Dua. Kawan baik abah, si tok mudim yang tindikkan.
54. First best friend: Err... alamak, siapa ya?
55. First sport you joined: Main lompat getah. Hehe XD
56. First vacation: Masa kecil dulu kira ke?
58. First pair of trainers: Erks... kasut sekolah? :D
59. Eating: Makanan untuk bayi kot? :P
60. Drinking: Susu ibu. Wahahahaha :D
61. I'm about to: Tulis entri lain di dalam blog ini :)
62. Listening to: Iqamat
63. Waiting : Hendak keluar dari perut mak? :D
64. What kids?: Belum lagi
65. Get Married?: Akan datang :P
66. Career?: Kerja di kedai komputer a.k.a cyber cafe

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: Mata
68. Hugs or kisses: Dua-dua. XOXO :D
69. Shorter or taller: Tinggi
70. Older or Younger: Tua
71. Romantic or spontaneous: Spontan tapi romantik. Boleh? :P
72. Nice stomach or nice arms: Bila ada perut cantik, sudah tentu lengannya juga cantik. Kan? :)
73. Sensitive or loud: Sensitif
74. Hook-up or relationship: Hook-up? Tidak sama sekali
75. Trouble maker or hesitant: Rasanya dua-duapun tidak suka (*__*)


HAVE YOU EVER:
76: Kissed a stranger: Tidak
77. Drank Hard Liquor: Tidak dan tidak akan
78. Lost glasses/contacts: Setakat ini belum lagi. Cuma kadang-kadang tersalah letak saja :D
79. Sex on first date: Erks?!
80. Broken someone's heart: Ya, rasa menyesal sangat-sangat
82. Been arrested: Ya. Haha. Tapi bukan oleh incik polislah :D
83. Turned someone down: Ya
84. Cried when someone died: Ya. Watak kartun matipun boleh menangis juga :')
85. Fallen for a friend?: Ya :P

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: Tidak. Selalu meragui diri sendiri. Haha :P
87. Miracles: Sangat-sangat-sangat
88. Love at first sight: Ya :)
89. Heaven: Ya
90. Santa Claus: Tidak
91. Kiss on the first date: Tidak
92. Angels: Ya, ya dan ya :)

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: Tidak
95. Did you sing today?: Ya, lagu Soley Soley masa hendak pergi kerja tadi :P
96. Ever being cheated by somebody?: Mestilah pernah
97. If you could go back in time, how far would you go?: Zaman kanak-kanak riang ria Ribena :)
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: Erm... Erm... Erm... Hahaha :P
99. Are you afraid of falling in love?: Tidak sama sekali :)
100. Posting this as 100 truths?: Ya, bukankah telah dijawab kesemuanya? :)


*Okey, siapa mahu jawab? Mahu tag Anoi dengan adik Sarah lah :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:58:00 PM, Friday, March 11, 2011
Kelmarin, seorang teman datang mengadu kepada aku.

Dia : Aku rasa hidup aku susah sekarang

Aku :
Susah? Kenapa?

Dia :
Hidup aku tidak seperti orang lain

Aku :
Maksud kamu? [ angkat kening ]

Dia :
Susah sebab aku rasa kerja aku semakin membebankan

Aku :
Biasalah, namapun kerja bukan? Mana ada kerja senang

Dia :
Aku rasa gaji aku tidak setimpal dengan kerja-kerja aku

Aku :
Tetapi aku rasa, padanlah dengan jawatan kamu yang bertaraf pegawai itu. Kalau kamu orang bawahan macam aku, mungkinlah tidak setimpal macam yang kamu rasa

Dia :
Sudahlah gajipun sedikit. Sudahlah banyak perkara yang aku hendak buat

Aku :
Apa yang kamu hendak bayar? Kereta kamu kena dibayar berapa ringgit sebulan?

Dia :
Persona itu ayah aku bayarkan, akupun tidak tahu berapa ansuran bulanannya

Aku : [ Senyum ] Hurm, jadi apa yang kamu kena bayar? Sewa rumah? Bukankah kamu duduk dengan keluarga kamu?


Dia :
Ya, nasib baik bukan? Kalau aku duduk di luar, mesti aku kena bayar duit sewa
Aku : Jadi, apa yang kamu rungutkan lagi? Apa yang kamu kena bayar? Duit PTPTipu PTPTN kamukah?

Dia :
Duit ansuran separuh ibu aku yang bayarkan

Aku :
[ Menghela nafas panjang ] Jadi, apa masalahnya lagi? Kad kredit kamu terlebih belanjakah?

Dia :
Tidak. Bulan lepas baru saja ayah aku selesaikan bilnya

Aku :
!@#@%$&^(**(+_ [ Rasa hendak mencarut bebel panjang-panjang ] Jadi, apa yang kamu rungutkan lagi?

Dia :
Itulah. Gaji aku sedikit sangat kalau hendak dibandingkan dengan kerja-kerja aku

Aku : [ Terdiam sendiri ]


Jujurnya, aku tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon apa lagi terhadap si teman. Jujurnya, aku tidak memahami apa kesusahan yang dia tanggung ketika itu.

Perihalnya si teman :

1. Belajar di MRSM
2. Melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Master, sedang berkira-kira mahu melanjutkan ke peringkat PHD
3. Tidak menunggu lama selepas tamat pelajaran, hanya sekitar dua tiga bulan sahaja sebelum mendapat kerja tetap, bukannya kontrak mahupun sambilan
4. Sekarang berpangkat gred 41 dan umurnya masih di bawah tiga puluh
5. Duduk di rumah ibu bapa yang terletak cuma 15 minit dari tempat kerjanya
6. Memakai kereta Persona yang dibayar oleh bapanya yang bekerja sebagai kontraktor
7. Separuh dari duit pinjamannya dibayar oleh ibunya yang masih bekerja sebagai pensyarah
8. Cuma dua beradik sahaja - seorang abang dan dia
9. Mempunyai deretan kad kredit di dalam tas tangannya
10. Berhubungan dengan seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat ternama

Boleh nampak kehidupan yang bagaimana dilalui oleh dia?

Maaf teman, aku sungguh tidak memahami kesusahan apakah yang sedang kamu lalui sekarang.Ya, mungkin benar kata dia - gaji yang sedia ada tidak berbaloi dengan bebanan kerja dia. Aku rasa, ramai yang merungutkan perkara ini.

Tetapi, kalau dilihat semula, aku rasa dia seharusnya bersyukur dengan kehidupan yang dia ada. Bagi aku, gaji yang hampir mencecah empat ribu sebulan setimpal dengan kerja-kerja dia. Tetapi mungkin, gaji itu belum cukup untuk dia menampung kehendak dia.

Benarlah kata orang tua - " Makin besar periuk, makin besarlah keraknya "

Mungkin, ya mungkin, dia punya masalah tersendiri, yang aku sendiri tidak dapat memahami dengan fikiran seringkas aku. Tetapi, dari satu segi, dia seharusnya belajar bersyukur hidup dia tidak serumit orang lain.

:)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:13:00 AM, Wednesday, March 9, 2011
Dalam hidup ini, cuma ada dua kemungkinan untuk kamu :

1. Kamu mempergunakan orang lain untuk kepentingan kamu sendiri
2. Kamu dipergunakan orang lain untuk kepentingan mereka sendiri

Semua orang tidak mahu dipergunakan - tiada siapa yang mahu tetapi dalam masa yang sama, kamu sanggup mempergunakan segala yang berkaitan untuk mencapai matlamat kamu. Malangnya, kamu jarang perasan kamu dipergunakan oleh orang lain.

Pening? :D

Kadang-kadang, kamu sedar kamu dipergunakan tetapi kamu sendiri tidak kisah dengan keadaan itu. Sayangnya, orang yang mempergunakan kamu itu tidak menghargai apa yang kamu lakukan demi dia. Kan? (T__T)

Okey, sebelum aku memeningkan kamu dengan penggunaan ayat yang akan semakin berbelit-belit, baik aku berhenti di sini dulu. Heh :)
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:11:00 PM, Monday, March 7, 2011
Ini apa punya tag da. Hehe. Tapi mahu jawab juga ;)


* Ini desktop terbaru yang dikemaskini dari minggu lepas :D


* Dan ini kertas dinding [ BACA : wallpaper ] yang akan bertukar setiap hari :D

Com3l tak? :D Okey, sekarang mahu tag adik Sarah, Anoi, Zie, D. Sila jawab :D