Write without regret by Devil Inc. at 12:17:00 AM, Tuesday, October 15, 2013
Sebelum ini, seram sejuk rasanya bila memikirkan bagaimana masa hadapan aku setelah aku meninggalkan zon selesa yang selama ini begitu enak didiami? Jujur, memang entah berapa ratus kali aku memikirkan betapa susahnya hendak meninggalkan zon selesa yang aman damai lagi sejahtera macam Kampung Pisang ini. Eh.

Berbolak balik rasanya hati bila mahu menukar haluan setelah hampir lapan tahun tidak mengasah otak. Hati dan minda nyata tidak selari dalam membuat keputusan kali ini [ dan selalunya memang begitu pun kan? ]

Banyak persoalan yang muncul di dalam otak, tertanya-tanya :

1. Mampukah aku menggalas tanggungjawab ini bersama-sama dengan pikulan tanggungjawab yang sedia ada?
2. Mampukah otak aku menyerap ilmu seperti otak kanak-kanak, seperti span menyerap air?
3. Mampukah aku menongkah arus yang ditunjangi oleh si muda belia belaka?

Serius memang aku teragak-agak dalam membuat keputusan. Tetapi aku rasa ini lah masanya untuk merubah keadaan, untuk mengubah sesuatu yang telah lama aku impikan.

Maka, dengan berat hati, dengan menggigil tubuh ini [ YA, itu lirik lagu New Boyz - Meraung :P ], aku nekad untuk mengharungi kehidupan baru aku - bergelar seorang pelajar. Haha :)

Maaf kerana tidak berterus terang mengenai kehidupan baru aku. Hanya segelintir saja yang mengetahui lantaran aku tidak begitu selesa untuk menghebahkan sesuatu yang masih belum di dalam genggaman aku. Ah, apa saja boleh berlaku kemudian hari. Maka, aku rasa lebih baik diamkan saja. Lagipun aku cuma menyambung apa yang tertangguh, bukannya menjulang duduk di takhta. Tidak ada apa yang mahu dibangga-banggakan.

Bila bermulanya kehidupan baru, baru aku sedar :

Bukan mudah untuk menjadi seorang yang agak berumur di kalangan si muda belia.
Bukan mudah untuk mendapatkan rentak belajar setelah lama meninggalkan.
Bukan mudah untuk menahan kantuk mata ketika sesi kuliah dimulakan.
Bukan mudah untuk mengenepikan tanggapan negatif kebanyakan pihak.

Tekanan yang datang bukan calang-calang, kadang-kadang makan dalam juga dibuatnya. Sudah lama duduk di zon selesa, dimanja, tetapi sekali dibuka mata melihat semua, nyata kehidupan yang dilalui kini bukan sesenang yang diimpi.

Tidur mula tidak menentu, makan juga mula bercatu.

Sungguhpun begitu, fikiran menjadi agak lapang kalau hendak dibandingkan ketika bekerja dulu. Tidak ada masalah bergaduh dengan jadual kerja, tidak ada masalah dengan orang atasan lagi. Cuma sekarang kadang-kadang lelah menghadap kerenah mereka-mereka yang berasa mereka yang paling tinggi kedudukannya, paling agung antara khalayak ramai. 

Ah, mana-mana pun wujud golongan tipikal begini. Mahu tidak mahu, telan kan saja.

Itu saja caranya.

Baru mula pun, sudah mengeluh. Entah bagaimana perjalanan yang akan datang. Harapnya dipermudahkan oleh-Nya.

Itu saja yang aku harapkan sekarang ini, itu yang selalu aku doakan usai solat, sepanjang waktu.

" Jika benar ini jalan yang ditetapkan untukku, maka permudahkannya untukku Ya Rahim "

Aja aja fighting! (^_^)V


P/s : Berdebar mahu peperiksaan awal bulan hadapan - tetapi aku tetap dengan perangai belajar di saat-saat akhir. Ah, bila mahu berubah! (=_=")

P/s/s : Selamat ulangtahun keempat Aed sayang :) Semoga sentiasa ceria dan akan menjadi anak yang solehah, yang akan memayungi kedua ibu bapamu di syurga kelak. Amin :')
 
Write without regret by Devil Inc. at 7:47:00 PM, Wednesday, June 26, 2013
Perbualan dengan seorang pegawai :

Dia : Ala... pizza yang hangpa duk makan tu. Apa ka nama dia. Dynamo?
Aku : Dynamo?
Dia : Bukan Pizza Hut kan? Apa ka... Dynamo lah!
Aku : Hoih, itu Dominos. Ada ka Dynamo pulak. Dynamo tu hat cuci baju buat pa!

Alahai! (=___=")

*Sungguh sedap kan? :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:12:00 AM, Friday, June 14, 2013
Sebenarnya, aku cuma mahu buat status ringkas sahaja di Facebook berkenaan hal ini tetapi aku takut menyinggung perasaan orang-orang tertentu, maka aku rasa lebih senang berbicara sendirian di sini.

Di sini sahaja ruang lingkup yang selesa untuk aku meluah apa yang berkeladak dalam fikiran aku.

Topiknya berkisar tentang ibu dan anak.

Bagi yang mengenali aku, sudah tentu tahu bahawa aku bukan seorang yang boleh bergaul mesra dengan kanak-kanak. Aku cuma boleh bermesra dengan kanak-kanak yang berumur di bawah satu tahun dan syarat paling utama adalah sebelum dia mendapat 'kaki'. Hahaha.

Jujur, aku tidak punya ikatan kimia yang baik dengan kanak-kanak.

Ah, mungkin disebabkan aku seorang anak bongsu, maka aku lebih selesa bersendirian dan bergaul dengan orang yang lebih berumur. Dan ya, aku memang selesa begitu walaupun umur aku sudah menanjak ke alam dewasa.

Sejak akhir-akhir ini, aku selalu terharu melihat belaian seorang ibu atau bapa kepada anaknya - terutama yang masih kecil, seperti bayi. Oh, ada kah ini bermakna aku sudah mahu kahwin? Heh.

 Serius, aku memang terharu melihat situasi begitu.

Bila si anak terlena di dalam dakapan, dicium tubuh yang nyenyak beradu itu tanpa jemu berkali-kali,  seolah-olah menyatakan - " Ibu terlalu sayangkan kamu duhai anak "

Bila si anak tersentak dari lenanya, ditepuk-tepuk manja untuk dia tidur kembali, seolah-olah menyatakan - " Pejam matamu, ibu sentiasa ada dekat denganmu "

Bila anak itu menangis, dia pasti dihenjut-henjut, dipujuk-pujuk, dibelai manja, seolah-olah menyatakan - " Jangan bersedih duhai anak, ibu ada di sini "

Bila si anak meleleh-leleh air liurnya, pasti dilap penuh perlahan, seolah-olah menyatakan - " Anak ibu kena sentiasa cantik, ibu tidak suka nampak comot "

Bila si anak comot dengan tumpahan minuman dan makanan, pasti dibersihkan dengan gelak-gelak kecil si ibu, seolah-olah menyatakan - " Alahai anak ibu, betapa comelnya kamu walaupun ada kotoran di muka "

Ah, kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingnya.

Bapa?

Bila si anak terlena di bahunya, perlahan tangan akan menepuk-nepuk supaya anak terus lena, seolah-olah menyatakan - " Jangan risau, ayah akan menjaga kamu "

Bila si anak terkekek-kekek ketawa melihat si bapa mengagahnya, si bapa makin galak mengagah, seolah-olah menyatakan - " Jangan bersedih sayang, ayah akan sentiasa menceriakan kamu "

Bila si anak terjatuh apabila bertatih berjalan, si bapa akan cepat-cepat meluru mengangkatnya, seolah-olah menyatakan - " Jangan khuatir, ayah akan menjaga kamu dari terluka "

(╥_╥)

Maaf. Terus terang aku tidak nampak elemen-elemen sebegitu ketika melihat situasi-situasi berkenaan. Malangnya, otak aku cuma berkisar tentang orang tua - iaitu mak dan abah aku.

Bila nampak si anak ditepuk-tepuk ibunya, aku terfikir - " Pernahkah aku mendodoikan tidur mak dan abah aku? "

Bila nampak si anak dicium-cium ibunya, aku terfikir - " Bila kali terakhir aku mencium mak dan abah aku? " 

Bila nampak si anak tidur lena dalam dakapan ibunya, aku terfikir - " Pernahkah aku tidur dalam dakapan mak dan abah aku? "

Bila nampak si anak yang menangis sedang dipujuk-pujuk, aku terfikir - " Pernahkah aku membuat mak dan abah menangis dan tidak mengesat air mata mereka? "

Bila nampak si anak comot yang sedang dilap ibunya, aku terfikir - " Pernahkah aku melayan mak dan abah selembut itu? "

Walaupun ada buat, tetapi rasanya bagai tidak cukup. Setelah separuh jiwa aku pergi - abah kesayangan - aku rasa makin rasa kehilangan.

Kadang-kadang aku rasa macam aku tidak cukup berikan kasih sayang yang ada kepada mereka. Ah, tidak termampu rasanya selama hayat kita.

Dan masa-masa itu lah, aku terlalu merindui abah. Sangat.

Semoga kita dapat bercinta dengan ibu bapa kita sampai ke syurga hendaknya :')




 
Write without regret by Devil Inc. at 7:08:00 PM, Thursday, June 13, 2013
Hampir kesemua pintu masuk ke dalam bahagian aku memerlukan penggunaan pas masuk - iaitu pas nama masing-masing. Ala-ala macam Touch 'N' Go lah.

Bosan hendak touch pass sebelum membuka pintu sebab terlalu banyak pintu untuk pergi ke arah makmal (=___=")

Situasi pada suatu hari sebelum balik :

Tangan aku di atas card reader sambil membuat bunyi - " Beepppp "

Kawan yang sedang menunggu untuk keluar, mula terpinga-pinga bila aku tidak membuka pintu lagi.

Aku gelak-gelak kecil sambil berkata - " Ingatkan boleh tadi. Mana tau dalam tapak tangan ada cip "

(=_________=")

Ya, kenyataan poyo tersebut berjaya membuatkan keadaan macam ada bunyi cengkerik.

Krikkk... krikkk...

 
Write without regret by Devil Inc. at 5:23:00 PM, Thursday, May 16, 2013

Perkara paling terakhir yang aku rasa aku hendak buat di internet adalah mencari gambar cara-cara mengikat tali kasut (╥_╥) 

Aku pun tidak tahu kenapa tiba-tiba aku terlupa macam mana hendak mengikat tali kasut. Serius.

Kan baru-baru ini aku ada beli sneakers baru. D.a.m.n. Aku betul-betul lupa macam mana hendak buat (=_=")

Maka solusi yang terbaik adalah :

1. Bawa sneakers ke pejabat
2. Google : cara-cara mengikat tali kasut
3. Tengok gambar atau video sambil mempraktikkannya.

Pathetic sungguh (=_____=")

Macam mana boleh lupa entah. Sobs (╥_╥)

 * Ini lah gambar yang membantu aku hari itu. Sneakers aku sekarang diikat gaya Hidden Knot. Aiceh :D

 
Write without regret by Devil Inc. at 5:10:00 PM,
Adalah normal kalau pagi-pagi semua orang yang bekerja tertekan dengan kad perakam waktu [ BACA : punch card ]. Lambat satu saat boleh merubah segalanya. Ha keles ayat aku. Hendak menyatakan betapa pentingnya kad diketik masuk [ BACA : punch in ] tepat pada masanya.

Ada seorang pegawai di tempat aku nie, dia masuk kerja pukul 830. Selalu bertembung dengan dia di tempat letak kenderaan pada pagi hari. Aku memang tabik spring dengan dia sebab walaupun jam menunjukkan lagi sepuluh saat sebelum pukul 830 - yang mana sepuluh saat itu adalah waktu yang mencukupi untuk berlari memecut ala-ala Usain Bolt - tetapi dia boleh slow and steady berjalan ala-ala YB kawasan sambil bermuka selamba.

Dan seperti yang dijangka, dia akan ketik pukul 831.

Oh ya, adakah aku terlupa untuk memberitahu? Ya, dalam seminggu paling kurang sehari dia akan buat macam tu.

Hendak kata jauh rumahnya, tidak juga. Lagipun sudah lebih dua puluh tahun dia berkhidmat di sini, mana mungkin tidak boleh mengagak masa dan jarak perjalanan.

Mengada lebih saja tu. Hehe. Tetapi aku memang tabik spring lah dengan dia dalam bab tenang di saat-saat genting macam itu. Huhu.

Waktu-waktu kritikal bagi orang yang bekerja adalah lima minit sebelum masuk waktu bekerja masing-masing - sama ada yang pilih waktu bekerja pukul 730, 8 atau 830. Paling kritikal kalau lagi dua tiga minit sebelum masuk waktu. Silap-silap kalau ada kucing melintas masa itu pun boleh dilanggarnya. Kalau Michael Schumacher tengok, memang boleh ternganga lah dibuatnya. Hahaha.

Kemahiran meletakkan kenderaan adalah siapa cepat dia paling depan. Kira kalau lambat, memang berderet lah ke belakang, jadi orangnya kena berkejar jauh lah. Haha.

* Pemandangan kereta berderet ini adalah biasa setiap hari bekerja :D

Sepatutnya tidak boleh meletakkan kenderaan di hadapan blok tetapi kalau sudah darurat macam ini, memang tidak boleh hendak kata apa lah kan. Hehe.

Kalau diperhatikan, orang-orang yang selalu datang tepat pada masanya memang orang-orang yang biasa. Dan err... termasuk aku. Hahahahaha.

Kami [ merujuk kepada orang-orang yang selalu datang tepat pada masa ] - selalu perhatikan orang-orang yang datang dalam sekitar waktu yang sama. Akan ada seorang dua yang datang lagi dua tiga minit sebelum waktunya, maka mereka-mereka ini lah yang akan menjadi penanda aras untuk kita. Kalau nampak dia baru sampai, kira boleh relaks lah, KIT KAT kan ada. Eh. Kira boleh relaks lah, tidak perlu tergopoh-gopoh kejar hendak ketik kad.

Ayat paling popular kalau nampak orang-orang yang macam itu :

" Eh, dia baru sampai ke? Oh sempat lagi nie "

Hahahaha :D

Kami memang selalu perhatikan si penanda-penanda aras ini lah. Kira kalau tersempak masa hendak ke pejabat pun sudah boleh relaks sebab tahu mesti sempat ketik pada waktunya.

Keji kan? :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:49:00 AM, Tuesday, April 30, 2013
Situasi semasa ditemuduga baru-baru ini :

Penemuduga : Penolong Pegawai Farmasi nie ada di mana ya?

Dengan penuh keyakinan aku menjawab :

" Dekat Farmasi "

Oh yeah! Dan dari kejauhan aku rasa macam boleh nampak jawatan itu makin samar-samar :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:47:00 PM, Friday, April 12, 2013
Tadi, kawan aku bertanya - " Kamu pernah berjumpa dengan Aaron Aziz tak? Sombong tak? "

Dengan penuh keyakinan yang tinggi, aku menjawab :

" Pernah. Ada dekat Bangi. Poster dia dekat YourGurt. Sombong juga dia tu. Senyum pun tidak dilayan. Berlagak gila kot dekat dinding tu sengih-sengih sambil pegang bekas YourGurt "

*Tak rasa sakit hati ke kalau tengok muka sengih-sengih macam nie tapi dia tak nak senyum dekat kita? Kecil hati I tau :P



 Serius aku tidak pernah jumpa lagi artis sombong macam ini. HAHAHAHAHA :P

 
Write without regret by Devil Inc. at 3:33:00 PM, Tuesday, April 9, 2013
Kadang-kadang, aku selalu rasa hidup ini tidak adil.

Kenapa ada perbezaan dalam taraf hidup?
Kenapa mesti ada orang miskin, kaya dan kaya gilaaaaaaaaaaaaaa?

Kenapa dia ada tetapi aku tidak?

Kenapa dia senang tetapi aku tidak?

DAN...

KENAPA ORANG LAIN BOLEH PAKAI SNEAKERS CANTIK-CANTIK TETAPI BILA AKU HENDAK, SAIZNYA TIDAK ADA?!

Sobs (╥_╥)

Putus asa mahu mencari sneakers.

Terima sahaja hakikat bahawa kamu memang berkaki com3l, dan memang susah untuk berjumpa dengan saiz yang sesuai.

(╥_╥) (╥_╥) (╥_╥) (╥_╥)(╥_╥)
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:40:00 PM, Wednesday, March 27, 2013
Walhal baru sahaja bercerita tentang tempat makan, lagi mahu cerita benda sama (=___=")

Baru sahaja tengah hari tadi makan di sini :



Nama restorannya - Homst Recipe [ Chinese Muslim Restaurant ]

Seperti nama nya, maka apa lagi makanan yang ada di situ. Sudah tentu lah yang berorientasikan masakan cina. 

*Keles bahasa aku. Urban sangat :P

Asalnya lokasi restoran ini ada lah kedai mamak. Aku pun tidak pasti apa nama kedai mamak itu sebab jarang makan dekat situ. Tahu-tahu sahaja sudah ditutup, selepas itu bertukar jadi kedai baju, tup-tup jadi restoran ini pula (=___=')

Oh, bangunan ini ada lah tempat membeli belah paling popular di sini. Warta nama nya. Kalau orang di sini rasa Warta ini sudah macam Jaya Jusco. Tidak pernah kurang orang. Pelik aku. Hehe :P

Restoran ini, hendak dikatakan baru buka pun tidak, kalau aku datang ke sini selalu lalu di hadapan sahaja. Tidak terfikir pun mahu masuk, apatah lagi mahu makan di sini.

Tetapi bila mana sudah bosan dengan kedai makan yang ada, maka atas saranan pegawai aku yang stok kaki makan juga, aku pun datang lah ke sini tadi.

Menu nya boleh tahan banyak - rambang mata juga. Mujur perut ada isi roti masa pukul sebelas pagi tadi. Kalau tidak, mahu memesan dengan kadar nafsu syaiton. Wahaha :P

Pelayan nya pula bagus - siap boleh beri cadangan makanan apa yang sedap. Gamaknya dia tidak sanggup melihat aku yang rambang mata belek menu yang setakat berapa kerat muka surat sampai sepuluh minit :D

Aku memesan :

1. Nasi putih
2. Sup bebola daging
3. Baby kailan masak belacan
4. Daging itik stim
5. Ketam cengkerang lembut masak telur masin

Nampak tidak ketamakan kehalobaan aku di situ? :D

Pendapat aku? 

1. Masakan ketam itu memang sangat sedap. SUPER SEDAP :) [ Punya lah sedap sampai underline ayat tu :D ]
2. Baby kailan nasak belacan pun sedap - memang lari dari rasa masak belacan yang aku selalu makan dekat mana-mana kedai.

Yang lain, biasa sahaja tetapi tetap sedap. Terasa hendak mencium tangan tukang masak. Hahaha :D

Lain kali boleh datang lain. Hoyeah! :)


P/s : Aku masih tidak faham mengapa setiap kali makanan sampai ke meja, mesti ada orang ambil gambar - yang mana aku rasa itu SANGAT menjengkelkan aku.

P/s/s : Maaf, aku bukan setipikal golongan itu. Harapnya tidak akan menjadi salah seorang daripada golongan itu kemudian hari. Amin.
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:53:00 PM,

Bagi yang mengenali aku, tentu tahu aku memang kaki makan. Ya, aku memang suka makan dan sebab itu lah aku demok Sobs (╥_╥)

Aku suka pergi ke restoran-restoran baru - hanya semata-mata mahu mencuba makanannya. Kata orang : kalau tidak mencuba, mana tahu sedap atau tidak makanannya. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tidak, anggap sahaja tidak kena dengan selera di tekak. Mudah. Lain orang, lain citarasanya. Kan? :)

Dan bertuahnya tinggal di sini kerana bersepah tempat makan dan kebanyakan tempat makan yang ada di sini adalah restoran cawangan. Jadi senang hendak ketemu Restoran Tupai-Tupai, Secret Recipe, Tutti Frutti, Wong Solo, JM Bariani, Wadihana, dll. Tidak perlu bersusah payah berjalan jauh untuk mencari cawangan yang terdekat.

Mana tak demok kalau macam tu (╥_╥)


Kalau di sini, aku rasa aku sudah boleh dinaiktaraf ke pelanggan VVVVVVVVVVIP kalau masuk ke restoran ini :



Sebab rajin sangat datang ke sini. Boleh dikatakan hampir 80% makanan dalam menu aku sudah cuba. Sedap :) Dan ya, aku bakal ke sana lagi esok sebab hendak pergi ambil cermin mata yang dihantar untuk dibaiki minggu lepas. Kebetulan restoran Wadihana Islamic Steakhouse cuma selang beberapa pintu kedai sahaja dari kedai cermin mata tersebut. Ini semua taktik murahan hendak pergi makan :P

Aku memang suka bab-bab Jalan-jalan Cari Makan sebab suka mencuba restoran baru. Memang teruja lebih lah kalau nampak restoran baru - mesti hendak cuba juga. Sedap atau tidak makanannya, itu belakang cerita :P Cuma sejak akhir-akhir ini aku jarang buat macam tu sebab tidak pergi ke mana-mana dan selalunya malam aku duduk di rumah.

Baru-baru ini, kebetulan semasa misi mencari sneakers, jadi ambil kesempatan pergi makan-makan. Masa itu lah baru hendak melepaskan dendam kesumat sebab sudah lama tidak makan di luar.

Aku pergi ke :







Sungguh, makan itu memang sedap. Hehe :D

Kebetulan minggu lepas, pergi ke Midvalley Megamall hanya semata-mata untuk makan. Keles kau Jah. Hahahaha. Masa jalan-jalan cari tempat makan, tiba-tiba ternampak lah satu restoran baru di bahagian Ground Floor. Baru lah untuk aku yang jarang turun ke situ sebab dekat situ memang tidak ada apa-apa yang menarik melainkan tempat makan sahaja. Nampak kedai ini :




Perkataan SEOUL FOOD itu memang menggamit kaki untuk masuk ke dalam. Lagipun kali terakhir aku makan makanan Korea adalah pada tahun 2009. Susah sedikit hendak mencari restoran makanan Korea. Ini bila sudah jumpa, teruja habis lah konon hendak mencuba makanan baru. Feeling macam di Korea gitewww ;)

Disebabkan aku bukan seorang yang poyoan tahap cipan mengambil gambar makanan, maka rajinkan diri anda untuk pergi ke halaman sesawang berikut untuk melihat gambar makanan yang ada : 

http://www.dubudubu.com.my/

Aku ambil set Combo Soondubu Jigae yang ada :

1. Nasi.
2. Tiga hidangan sampingan - Kimchi, sayur kacang panjang dan tauge besar.
3. Semangkuk ayam dan daging Soondubu Jigae dengan kuah yang aku rasa macam kuah ramen. Haha.

Dan dengan tamak halobanya, aku pesan Topokki - kek beras. Pelayan tanya :

" Nak tak pedas ke, sederhana ke atau pedas? "

COME ON. Mesti lah pedas. Berlagak betul :P Tunjuk macho lah konon boleh makan makanan pedas walhal tidak tahu kepedasannya tahap mana. Tibai sahaja. Hahaha.

Air? Untuk keselamatan, baik pesan air mineral sahaja. Lagipun kebanyakan pilihan air ada lah Teh - yang mana aku memang tidak minum pun.

Satu-satunya benda yang aku rindu bila makan makanan Korea ini ada lah pada sudu nya.


Sudu yang memang panjanggggggg. Sukaaaa! (^____^)V

*Aku terfikir - dekat mana mahu mencari sudu macam itu di sini. Sobs.

Maka, sesi melahap makan pun bermula.

Hendak kata makanannya terlalu sedap pun tidak juga, tetapi tidak lah sampai jatuh ke tahap tidak sedap. Biasa sahaja. Mungkin sebab citarasanya telah diubah mengikut selera orang Malaysia sedangkan sebelum ini, Kimchi yang aku pernah makan lebih pedas dari yang ada di restoran ini.

Kalau sudah teringin sangat hendak makan makanan Korea, maka di sini boleh dijadikan pilihan.

Ah, minggu ini mahu meneruskan misi mencari sneakers. Mari mencari tempat makan baru :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:54:00 PM, Thursday, March 21, 2013
Sungguhpun aku berbadan macam Godzilla, malangnya saiz kaki aku tetap kecil dan com3l. Aiceh :P Mencari saiz kasut yang berpadanan dengan saiz kaki memang salah satu benda yang paling menyusahkan aku.

Kalau ikut perkiraan, kaki aku bersaiz 5.5. Ya, 5.5.

Sampai ke tahap, aku pernah mengajukan soalan bodoh :

" Kalau dari kurus hendak gemuk, ada ubatnya.
Kalau dari gemuk hendak kurus pun ada ubatnya.
Kalau dari saiz kecil hendak besar pun ada ubatnya.
Kalau saiz kaki kecil, ada ubat tak nak bagi besar? "

Hahahaha XD 

Bila pergi ke mana-mana butik, kasut saiz kanak-kanak paling besar adalah 5 - yang mana kalau aku pakai, memang sudah tentu muat-muat sahaja di kaki. Manakala kasut saiz orang dewasa pula paling kecil selalunya adalah 6 dan sudah tentu lah longgar di kaki aku.

Sadis (╥_╥)

Selalunya orang akan kata - " Apa susah, kasut perempuan kan berlambak "

Itupun satu masalah juga untuk aku. Kaki aku jenis kembang - maka tidak ada potongan cantik seperti kaki perempuan lain. Kalau pakai kasut potongan kaki perempuan, memang rasa mencerut sedikit dan itu SANGAT tidak menyelesakan aku.

Maka, solusi yang terbaik adalah memakai sneakers - yang memang sangat selesa dari zaman sekolah lagi. 

Peduli lah apa orang mahu kata - tidak femininin lah, tidak masuk dengan pakaian lah, dll. Yang penting, aku selesa.

Aku jenis yang jarang membeli kasut. Selalunya aku akan beli sepasang dua untuk dilenjan habis-habisan. Bila sudah lunyai, baru mencari kasut yang lain.

Memandangkan sandals aku memang sudah lama dipakai [ tetapi belum lunyai lagi ], jadi aku sengaja mengada-ngada mahu mencari kasut yang lain dan ya, kali ini aku mahu mencari sneakers lagi sebab sneakers yang lama memang sudah buruk.

Sengaja membelek gambar-gambar sneakers di laman sesawang dengan harapan akan terjumpa yang menarik.

Mahu sneakers yang begini *Demand* :D

Sebenarnya sudah lama berkenan dengan siri Converse Jack Purcell. Aku rasa rekaannya lebih menarik berbanding siri Chuck Taylor.

Siri Jack Purcell

Sudah lama tidak memakai kasut Converse, maka ini masa yang terbaik untuk mencari. Maka, dibelek segala alamat kedai Converse yang ada di serata Kuala Lumpur dengan harapan akan ketemu pilihan hati. Heh.

Misi mencari sneakers Coverse Jack Purcell bermula :

Percubaan pertama - Pergi ke The Mines tetapi cuma ada sebilangan kecil sneakers Converse siri Chuck Taylor di dalam kedai kasut biasa. MISI GAGAL.

Percubaan kedua - Pergi ke Sunway Pyramid. Ya, ada kedai Vans dan Converse di sana. Vans jenama pilihan yang kedua. Kalau tidak ada Converse, Vans pun jadi lah. Huhu. Malangnya, seperti di awal-awal perenggan tadi, masalah aku itulah yang menyebabkan segala pilihan kesukaan aku terbang bak dedaunan kering. Sobs (╥_╥)   MISI GAGAL LAGI.

Percubaan ketiga - Pergi ke Midvalley. Masih menghadapi masalah seperti di percubaan kedua tetapi ada saiz yang sesuai, cuma pilihan yang berlainan. Mujur pilihan yang ada masih menarik dari segi rekaan. Dan ya, mujur masih boleh dapat siri Jack Purcell. Haha :D MISI BERJAYA!

Dan aku rasa aku hendak mencari sneakers yang kedua. Berkemungkinan minggu hadapan. Di mana? Oh aku tidak tahu. Mungkin ke One Utama, mungkin juga di sekitar Kuala Lumpur.

Misi mencari kasut akan bersambung.

Aja aja fighting!

 
Write without regret by Devil Inc. at 7:08:00 PM, Wednesday, February 27, 2013
Ah, baru sekejap tadi bersembang dengan seorang teman tentang berjalan-jalan.

*Maksudnya - pergi berjalan-jalan ke satu-satu tempat hanya semata-mata untuk mencuci mata melihat orang, melihat barang-barangan, dll.
**Berapa banyak perkataan berganda daaa :P

Tiba-tiba baru tersedar - " Alahai, lamanya tak pergi berjalan "

Serius. Aku sendiri sudah terlupa kali terakhir aku pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Ah, bila ya? Huhuhu (╥_╥)

Jujurnya, aku memang seorang yang homely - seorang yang suka duduk di rumah. Mungkin disebabkan didikan mak abah yang jenis tak bagi aku keluar tanpa ada alasan kukuh. Apa yang ada di rumah sebagai hiburan hanyalah peti televisyen dan radio. 

*Sekarang boleh faham kenapa aku suka tengok televisyen? :D

Jadi, aku agak ketagih menonton televisyen sebenarnya. Sampai lah sekarang (=_=")


Aku boleh berbaringan sepanjang hari dengan menonton televisyen sahaja sebagai hiburan. Ya, SAHAJA. Jadi, ya, aku memang tidak akan ada masalah kalau duduk di rumah sepanjang hari :)


Berbalik ke topik asal - ya, aku rindu mahu pergi berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Mahu berjimba-jimba di Jalan Petaling, Plaza Lowyatt, Bukit Bintang, dll. Oh, rindu.


Tetapi, persoalan yang paling utama - BILA hendak pergi ke sana?


*Mencongak-congak dalam kepala (>___<')
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:03:00 PM, Wednesday, February 20, 2013
Ya. Edisi menjawab tag datang lagi.


1. Where were you 3 hours ago?
- Depan pc - menjawab tag yang sebelum ini

2. Who are you in love with?
- Incik Z - ya, itu nama tilam aku :P

3. Have you ever eaten a crayon?
- Entah. Serasanya tidak.

4. Is there anything pink within 10 feet of you?
- Ya. Kulit buku nota aku.

5. When is the last time you went to the mall?
- Dua minggu lepas.

6. Are you wearing socks right now?
- Ya.

7. Do you have a car worth over $2,000?
- Belum ada kemampuan untuk itu lagi. Sobs.

8. When was the last time you drove out of town?
- Err, tak ada lesen nak memandu kereta. Sobs lagi.

9. Have you been to the movies in the last 5 days?

- Tidak. Sudah lama tidak pergi menonton wayang di pawagam.

10. Are you hot?
- Ya. Panas sebab penyaman udara macam kurang berfungsi hari ini.

11. What was the last thing you had to drink?
- Air kosong.

12. What are you wearing right now?

- Baju kurung dan baju sejuk.

13. Do you wash your car or let the car wash do it?
- Kedai membasuh kereta kan ada :)

14. Last food that you ate?
- Nasi + gulai asam pedas + ikan keli masak sambal + sayur bayam = kenyang nak mampus :P

15. Where were you last week at this time?
- Masih di tempat yang sama - pejabat.

16. Have you bought any clothing items in the last week?
- Tidak.

17. When is the last time you ran?
- Err, minggu lepas kot. Sebab mencari pegawai di dalam bilik. Ahaha :D

18. What's the last sporting event you watched?
- Perlawanan bola sepak Manchester United minggu lepas.


19. What is your favorite animal?
- Kucing.

20. Your dream vacation?
- Korea. Heh :)

21. Last person's house you were in?
- Rumah kawan sepejabat.

22. Worst injury you've ever had?
- Tendon lutut koyak sebab terseliuh.

23. Have you been in love?

- Ya.

24. Do you miss anyone right now?
- Ya.

25. Last play you saw?
- Tiada.

26. What is your secret weapon to lure in the opposite sex?
- Aaa... soalan apakah ini?!

27. What are your plans for tonight?
- Tengok televisyen dan tidur.

28. Who is the last person you sent a Facebook message or comment?

- Mesej si com3l Aizam, komen entah.

29. Next trip you are going to take?
- Tiada perancangan buat sementara waktu.

30. Ever go to camp?
- Tidak dan tidak akan.

31. Were you an honor roll student in school?
- Malangnya... tidak. Sobs.

32. What do you want to know about the future?

- Bila hendak mati. Boleh buat bekal amal banyak-banyak.

33. Are you wearing any perfume or cologne?
- Tidak.

34. Are you due sometime this year for a doctor's visit?
- Belum lagi.

35. Where is your best friend?

- Dalam kubur.

36. How is your best friend?

- Kok dalam kubur, takkan bercuti pula kan?

37. Do you have a tan?
- Tidak.

38. What are you listening to right now?
- Baru bercadang hendak mendengar CNBlue - Hey You.

39. Do you collect anything?
- Ya. Duit syiling.

40. Who is the biggest gossiper you know?
- Ramaiiiii sangat :P

41. Last time you got stopped by a cop or pulled over?
- Polis tu belum pernah lagi lah. JPJ ada. Tahun lepas.

42. Have you ever drank your soda from a straw?
- Mesti lah :)

43. What does your last text message say?
- " Okey "

44. Do you like hot sauce?
- Ya. Pedas itu nikmat.

45. Last time you took a shower?
- Pagi tadi sebelum pergi kerja.

46. Do you need to do laundry?
- Ya tapi dasar pemalas, apapun tak boleh :P

47. What is your heritage?
- Berharap berasal dari Korea. Boleh? :P

48. Are you someone's best friend?
- Mungkin. Kalau tidak pun, aku masih boleh jadi kawan yang baik :)

49. Are you rich?
- Tidak. Tidak mahu menjadi kaya sebab takut lupa diri.

50. What were you doing at 12AM last night?
- Masih menonton televisyen.
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:57:00 AM,
Apa kata aku gunakan kaedah menjawab tag untuk memecahkan kebuntuan aku dalam menulis sekarang ini? Cakap saja lah tak ada idea nak menulis

Mari menjawab tag :D *joget-joget*

1) The phone rings.What is your ring tone?
- Kim Jong Kook : Men Are All Like That


2) Did you go anywhere yesterday?
- Farmasi Guardian dan Dominos Pizza :)


3) Who was the last person you shared beds with?
- Err... mak kot.


4) Favorite drink?
- Air kosong. Serius.


5) Does the person you like know that you like them?
- Entah. Mana aku tahu orang fikir apa pasal aku.


6) Last time you talked to your mom?
- Malam tadi dekat ruang tamu.


7) Where are you right now?
- Pejabat.


8) If you HAD to kiss the last person you kissed, would you?
- YA. Sebab itu mak aku. Haha :D


9) Favorite gadget in the kitchen?
- Peti ais. Tapi masa penuh dengan makanan saja lah :P


10) Favorite pie?
- Aku tak pernah sukakan pie. Kenapa ya? /:)


11) How is your hair?
- Lembut dan wangi. Sebab semalam baru syampu.


12) Where's the last place you walked to?
- Pejabat am di pejabat


13) Last time you had a sleep over?
- Tahun lepas di rumah kawan baik, sebelum dia berkahwin :)


14) What are you doing?
- Mendengar lagu sambil melihat News Feed di Facebook sambil membaca sms sambil menaip komen pada status seorang kawan sambil menjawab tag. Berapa banyak sambil da :P


15) Have you been in a car accident?
- Tidak.


16) What is the last thing you said aloud?
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh - sebelum masuk ke dalam bilik.


17) Who's the 1st person on your missed calls list?
- Kakak kedai dobi.


19) What did the last text message you received say?
- FREE MMS Maxis :P


20) Last time you went to the beach?

- Err... alamak. Aku lama dah tak pergi. Rasanya kali terakhir masa induksi dekat Port Dickson dulu.


21) Story behind your friendster song?
- Mana pakai Friendster dah sekarang. Nampak sangat tag lama tak dijawab :P


22) What's bothering you right now?
- Nak makan dekat kedai mana tengah hari nanti.

DESCRIBE YOUR:
23) Wallet : Beg kecil berwarna merah jambu dan hampir bertukar warna sebab tak basuh. Haha.
24) Eyes : Aku rasa warna coklat. Ke mata aku kero? (=_=')

25) Life : Statik.

26) Doing this weekend to come?

- Kerja.

27) Wearing
- Baju kurung dan baju sejuk.


28)Wanting
- Bateri baru untuk telefon bimbit. Dah kong bateri aku. Huhu.


29) Listening to
- Crayon - G-Dragon


30) What do you smell like
- Err, wangi? Ahhh, ini semua POYO :P


31) Do you sleep sideways, facing up or down?
- Jatuh tahap WAJIB tidur di atas lambung kanan sebelum tidur. Tetapi macam-macam posisi selepas bangun (=_='')


32) Do you like seafood?
- YAAAA.


33) Do you play soccer?
- Tidak dan aku berharap aku tahu cara untuk bermain.


34) Do you consider yourself as a study freak?
- Tidak. Aku suka belajar last minute.


35) Do you speak another language other than English?

- Ya. Bahasa Malaysia yang berbagai-bagai loghat.

36) What did you do last night?

- Tengok televisyen.


37) What do you hate?
- Bila kena bangun pagi untuk pergi kerja dalam keadaan tidur yang tidak mencukupi. Haha.


38) Orange or apple juice?
- Selamanya oren.


39) Who were the last people you went out to lunch with?
- Err... aku lama tak keluar makan tengah hari nie. Sobs.


40) Last thing you ate?
- Extra Sugarfree Gum with Xylitol. Poyo nak taip penuh :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:40:00 PM, Wednesday, January 23, 2013
Aku rasa otak aku makin beku sejak akhir-akhir ini. Seolah-olah kosong tak ada apapun di dalamnya. Mahu menulis tapi aku makin parah dengan writer's block. Menulis cuma sepatah dua sebelum kehilangan kata untuk menyambung. (╥_╥)

Sejak akhir-akhir ini, aku juga makin kaku. Pasif sebenarnya. Aku cuma menjalani rutin seharian macam robot, cuma mengikut turutan. Aku mula menghindari orang sekeliling, tak mahu berbicara dengan sesiapa.

Ah, mungkin disebabkan baru-baru punya konflik dengan orang lain, yang membuatkan aku mula pasif dengan orang di sekeliling.

Penyudahnya, cuma menjadi 'ikan masin' di atas katil sambil menonton televisyen sepanjang hari.

*'Ikan masin' - cuma melepek tak buat apa-apa :P

Banyak sebenarnya yang mahu dikisahkan di dalam ini seperti dahulu tetapi itu lah - aku ada simptom writers' block :'(

Buktinya dari tengah hari tadi sampai sekarang nie [ ambil masa dalam hampir enam jam ], aku masih berteleku - menung mahu menyambung kata. Haha :)

 Oh, hari ini aku bekerja. Mengantuk sebenarnya sebab tak cukup waktu tidur. Jadi mata kuyu sambil menaip. Hehe :)





 
Write without regret by Devil Inc. at 1:20:00 PM, Tuesday, December 18, 2012


Kadang-kadang, aku berharap aku boleh putar masa kembali.
Ah, mana mungkin dapat berbuat demikian. Sesungguhnya, benda yang paling terjauh itu adalah masa lalu :)

Kadang-kadang, aku berharap aku punya segala kekuatan untuk memikul segala beban yang ada di dalam dunia ini.
Ya, kadang-kadang aku berharap begitu. Kadang-kadang aku rasa aku mampu tapi sebaliknya yang berlaku (T_T)

Kadang-kadang, aku berharap aku boleh buat sesuatu yang lebih baik dari sekarang.
Dan itu yang aku cuba lakukan setiap hari - biarpun tak ada yang menghargai. Tidak mengapa, Allah itu sentiasa ada untuk hamba-Nya.

Dan paling aku berharap adalah aku menjadi rajin untuk menulis di dalam ini lagi. Wahahaha. Sebenarnya banyak cerita untuk dikisahkan di sini, tetapi sudah dasar pemalas, apapun tidak menjadi. Haha.

Ya, aku berharap aku akan jadi lebih rajin untuk menulis selepas in.

Aja aja fighting~! V(^__^)V
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:24:00 AM, Friday, August 24, 2012
Okey, sepatutnya aku menaip tentang ini sedari hari pertama bekerja selepas raya - hari Rabu lepas tetapi dasar pemalas, memang lambat lah :P

Ya, aku sudah mula bekerja pada hari Rabu, hari keempat raya :)

Aku rasa aku tidak perlu mengambil cuti hanya semata-mata untuk duduk di rumah. Tahun ini masih beraya di sini, jadi aku memang tidak ke mana-mana dan secara tidak langsung, aku tidak memerlukan cuti. Boleh jimat cuti sedikit :D

Disebabkan aku sudah terbiasa bekerja pada hujung minggu, maka datang bekerja pada waktu-waktu begini di mana semua orang bercuti panjang tidak mendatangkan masalah untuk aku. Jujur, aku lebih suka bekerja di dalam keadaan begini. Tenang.

Di pejabat masih sunyi sebab semua orang ambil cuti panjang, sampai hujung minggu ini. Minggu depan riuh lah balik sebab semuanya sudah kembali bekerja.

Dan ini situasi yang aku ceritakan di dalam status Facebook aku :


Jumpa entah berapa orang hari ini yang asyik mengulang ayat yang sama - " Buat apa kamu dalam pejabat tu, balik saja lah, semua orang pun buat macam tu "

Aku cuma senyum saja sambil menjawab pendek - " Tak apa, namapun kerja. Kena duduk di pejabat "

Bila tak tahan disogok dengan ayat yang sama, orang terakhir yang berkata begitu mendapat jawapan begini daripada aku:

" Tak apa. Nanti kurang satu soalan nak jawab dalam kubur "

*Tiba-tiba bunyi cengkerik*

:) 


Tak apa. Nanti kurang satu soalan nak jawab dalam kubur.

Maaf lah, aku bukan lah orang alim ulamak bijak bestari untuk berhujah tentang agama. Aku juga tidak layak untuk bercakap pasal integriti, pasal segala hadis berkaitan. Aku sendiri pun masih bertatih, banyak cacat celanya.

Aku faham di waktu cuti begini, ada yang ambil kesempatan untuk mengelat. Datang hanya semata untuk ketik kad perakam waktu [ BACA : punch card ]. Tipulah kalau aku sendiri pun tidak pernah buat, itu aku mengaku lah :P

Tetapi semua itu ada hadnya. Takkan lah hendak buat sepanjang masa begitu. Kadang-kadang terfikir juga berkat atau tidak rezeki yang diterima. 

Ada orang kata - " Alah, balik saja lah. Bukannya ada orang di pejabat, tak ada kerja pun. Baik balik tengok televisyen "

Memang lah tidak ada kerja pun sebenarnya tetapi aku suka duduk di pejabat masa-masa begini. Sunyi. Nasib baik ada internet. Risau juga tidak ada sebab dalam dua hari sebelum cuti panjang, internet buat perangai satu agensi. Nasib baik elok. Kalau tidak, mati kutu juga apa yang hendak dibuat di pejabat :)

Macam pengurus lama aku pernah cakap - " Tak apa kalau tak ada kerja di pejabat. Saya faham, bukannya kita banyak kerja macam bahagian lain tapi duduk saja lah di pejabat. Nanti orang tak mengata bukan-bukan "

Yelah, kadang-kadang nakal juga. Aku pergi juga mengular tetapi masih ditulis borang kebenaran keluar untuk dijadikan bukti yang aku keluar. Aku tidak akan keluar macam begitu sahaja. Ada juga kesedaran diri.

Tetapi, sudah namanya pun kerja. Duduk sahaja lah diam-diam di pejabat.

Ada yang komen - " Alhamdulillah... rezeki berkat "

Amin Ya Rabb.

Aku tidak tahu berkat atau tidak, itu Allah punya kira-kira :)

Aku tahu ada segelintir akan sok sek sok sek berkata yang aku menunjuk-nunjuk. Lillah tidak. Ikhlas aku cakap. Macam aku ikhlas datang ke pejabat sampai ke hari ini.

Ikhlas.

Ikhlas itu subjektif. Terpulang kepada pihak yang menilai. Kalau kita rasa kita sudah habis ikhlas, belum tentu orang lain pun berfikiran yang sama.

Kadang-kadang, sengaja aku menulis status begitu sebagai peringatan untuk aku kemudian hari. Yelah, kita manusia kan, ada kalanya terlupa. Jadi, anggap sahaja status itu untuk peringatan kepada diri sendiri.

Fikir positif sahajalah ya? :)




" Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan "
[ Surah Al-An'aam : 3 ]



* Oh oh oh, minggu depan sudah mahu pergi ke bengkel kajian kes di Genting Highland (*____*)