Write without regret by Devil Inc. at 2:14:00 PM, Friday, October 30, 2009
Kata orang, lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Betul ke? Hmm...~ Sejauh mana kebenaran tu?

Aku membesar dengan adanya seorang lelaki di sebelah aku. Haih, tu abah aku la ngek~! =D Betul la, aku anak abah. Semua orang kata macam tu. Masa kecik dulu aku tak pernah berenggang dengan abah. Ke mana abah pergi, aku pun ikut menjongket. Ha, tau makna menjongket? Cari la sendiri =D

Masa tu, orang kata aku bodyguard abah. Hahaha. Mata-mata mak. Hehehe. Tapi sungguh, ke mana je abah pergi, aku akan ikut. Walaupun sampai ke bilik mayat.

Bilik mayat?

Yelah. Ingat aku tipu ke? Abah aku dulu kerja bedah mayat wo. Cool kan? 1 pekerjaan yang aku betul-betul tabik selain penggali kubur. Seram wo. Hohoho.

Okey, boleh berhenti berasa seram dan berbalik pada cerita aku. Heh~

Masa kecik dulu, aku selalu kena usik dengan kawan-kawan abah - dari nurse sampai ke amah [ bukan amah si pembantu rumah tu, dulu attendan hospital pompuan dipanggil amah ], dari drebar sampai tukang sapu, semua usik aku. Dah la aku masa kecik dulu cengeng, cepat je melalak bila kena usik. Jadi bayangkan nasib aku masa tu (-_-")

Habit aku masa sekolah dulu kan, aku suka benar berkawan dengan lelaki. Pelik kan? Tapi aku selesa berada di kalangan lelaki berbanding perempuan. Pergi kenduri pun dengan abah, makan dekat meja lelaki (-_-")

Darjah 3 dulu boleh join budak lelaki main sumpit kat sekolah. Sumpit yang dibuat dari straw dan peluru dia cuma batu-batu kecil yang dikutip tepi jalan tu. Hahaha. Nakal sungguh.

Budak-budak lelaki masa sekolah rendah dulu akan ingat aku, seorang perempuan rambut bertocang yang ligat meligan sambil angkat kain. Eiy, aku pakai seluar track suit la time tu. Kain dalam tak main okey? =D

Masa Form 2, aku boleh join budak lelaki main lastik. Peralatannya cuma getah dengan peluru yang dibuat hasil lipatan kertas. Lagi bagus kalau dapat tiket bas. Pedihnya boleh keluarkan air mata. Hahaha. Akibatnya, aku kena kejar dengan guru disiplin.

* Aku tau aku dah lari topic dan aku akan perbetulkan sekarang. Hoh~

Aku dah lama kenal kawan baik aku yang seorang nie. Aku sekelas dengan dia masa Darjah 2. Masa tu aku tak baik lagi dengan dia. Kawan biasa-biasa. Sehingga la menginjak ke Form 4. Aku sekelas dengan dia. Start dari tu aku baik dengan dia sampai sekarang.

Dia peneman aku bila aku rasa nak marah, dia pendengar aku bila aku rasa nak mengadu.

Aku tak tau dia boleh temankan aku lagi ke tak kalau dia dah kawen nanti. Mana ada perempuan yang tahan kalau tau suami dia bersembang dengan perempuan lain kan? Aku risau juga. Aku harap dia akan jumpa seorang perempuan yang akan faham akan perhubungan kami.

Aku pentingkan diri?

Yeah... memang. Hehehe =D

See? Aku boleh berkawan baik dengan seorang lelaki. Kamu pula?
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:40:00 AM,
Apa perasaan kamu bila mengetahui kamu dibohongi?

Apa perasaan kamu bila orang yang membohongi kamu adalah kawan baik kamu?

Apa perasaan kamu bila keikhlasan kamu tidak mendapat balasan yang setimpal?

Apa perasaan kamu?

Aku? Speechless.

Semalam, dalam sekitar pukul 8.30pm, masa tengah hujan lebat kat luar, aku dapat satu msg dari seseorang - " Sy nk jjr dgn kamu blh x? "

Dalam ayat penuh - Saya hendak berlaku jujur dengan kamu boleh tak? [ assume kamu seorang yang tak tahu bahasa pendek sms, aku perjelaskan untuk kamu =D ]

Aku balas pendek - " Kenapakah? "

Dia membuka bicara - " Sbnrnya, nama sy bkn *** *******. Kt opis org panggil sy *** "

Aku terdiam. Tak tahu mahu bagi respon apa kepada dia.

Aku tanya - " Nape br skang nk b'trs trg? "

Dia kata - " Sy dh lama nk bgtau tp sy takut "

WTF. Aku nie makan orang ke yang nak ditakutkan sangat?

Aku kenal dia bukan bertahun lepas, aku kenal sekitar tahun nie. Secara kebetulan. Dia membuatkan aku punya teman untuk berbicara, untuk menyakat bila aku bosan, untuk meluah perasaan bila aku tertekan.

Mungkin bagi dia, dia cuma tipu nama. Tapi bagi aku, seluruh kepercayaan aku punah begitu saja. Aku takut aku dibohongi dengan entah apa lagi - aku takut nak bertanya lagi.

Tipulah kalo aku kata aku tak pernah ditipu selama berkawan. Nak-nak dengan kawan chat. Dulu kan aku addict dengan chatting. Ditipu dan menipu perkara biasa dalam chatting. Aku kalau dalam chatting, jangan harap nak tau apa nama sebenar aku, dekat mana aku tinggal. Hahaha. Tapi aku terus terang kenapa aku tak suka dua identiti tu didedahkan. Aku punya sebab aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku berterus terang terlebih dahulu. Kalau orang tu tak sukakan aku, dia boleh main jauh-jauh. Hehe. Tapi ada segelintir yang betul-betul baik dengan aku, bertuah la boleh dapat tau dua identiti tu. * Bertuah ke? =D

Percaya atau tak, aku ada sorang kawan chat yang aku kenal sejak umur aku 16 tahun dan kami masih contact sampai sekarang. Sekarang. Hebatkan? Aku ingat lagi gambar 1st yang dia bagi aku masa kitorang mula kenal dulu. Gambar dia dengan best friend dia. Comel. Hahaha.

Masa birthday dia yang ke 17 kalau tak silap, aku bagi dia 1 novel - Lagenda Budak Setan. Kamu pernah tahu kewujudan novel tu? Novel tu best wo. Aku minat betul dengan penulis dia - Ahadiat Akashah yang lately riuh pasal dia fight dengan ex-wife dia tentang nafkah anak. Eh, aku cerita pasal apa tadi? Okey, berbalik pada cerita asal. Aku bagi dia novel. Tebal wo novel tu, dalam 1000 muka surat. Bila dah tebal, mesti berat. Bila dah berat, bayaran untuk pos laju pun hebat juga la. Hehehe. Novel tu dia still ingat sampai sekarang - masih diungkit bila bersembang 2 - 3 bulan yang lepas. Kagum betul bila ada orang menghargai sampai ke tahap tu.

Tapi dia dah kahwin. Kalau tak, boleh mengurat (-__-")

Okey, berbalik pada cerita mula tadi. Aku sedih juga sebenarnya bila tahu aku kena tipu dengan dia sedangkan aku cukup ikhlas bila berkawan dengan dia, aku cukup jujur bila bersembang dengan dia. Tapi dia ...

Sedihnya (T____T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:17:00 PM, Monday, October 26, 2009
Salah satu perkara yang boleh buatkan aku jadi betul-betul tension adalah perkara yang berkait dengan handphone. Baru-baru nie handphone aku rosak. Secara tiba-tiba. Eleh, bila masa handphone nak rosak, dia bagi amaran dulu kan? (-_-")

Perkara pertama yang aku kesan handphone aku dah jadi bengong bila secara tiba-tiba bahagian msg aku kosong. Aku ada dalam 4 - 5 folder dalam msg tu tapi secara tiba-tiba semua tu hilang. Malam sebelum tu handphone aku dah habis bateri dan disebabkan kat rumah aku takde charger, aku kena charge kat office keesokan harinya. Aku ingat mungkin disebabkan handphone tiba-tiba habis bateri semalam, handphone jadi bengong tengah hari tu. Aku try off dan on balik handphone tapi sama juga. Aku off dan on balik lebih 10 kali dengan harapan handphone aku akan okey balik tapi sama jugak (T______T)

Mood aku memang dah swing betul hari tu. Rasa nak campak je handphone. Aku malas nak reply msg orang terus hari tu.

Yang membuatkan aku panas hati, malam tu pula, semua phonebook aku hilang, termasuk yang dalam sim. Warghhhhhhhhhhhhh~ Confirm dah bengong handphone nie. Sakit betul hati. Mujur ada handphone lama, boleh jugak la pakai sementara.

Aku masukkan sim ke handphone tu dan rasa nak sujud syukur time tu bila tengok sim memory aku tak hilang. Lega. Tapi phone memory aku dah 'selamat' dah. Hilang dekat 150++ contacts dalam tu. Hampeh.

Aku mula berkira-kira nak dapatkan handphone baru. Handphone apa yang best ye?

Aku dah jemu dengan handphone yang ada keypad sebab aku dah bertahun pakai handphone macam tu.

Aku dah jemu dengan handphone touch screen sebab aku dah setahun pakai touch screen.

Aku minat dengan handphone keypad QWERTY. Contoh terdekat - Blackberry.

Aku congak-congak, mungkin Blackberry Bold 9000 masih dalam kemampuan untuk dibeli. Member dah menghasut suruh beli HTC HD2 atau Touch Pro 2. Memang best tapi mahal sangat. HTC HD2 pula tak masuk pasaran lagi. Kalau dah masuk, boleh bayangkan harganya tak? (T_T")

Kalau aku beli Blackberry Bold 9000, bermakna aku kena tangguhkan pembelian peti ais dan set bilik tidur aku. Orang kata, baik beli handphone biasa. Alah... handphone apa sangat kegunaannya kan? Call, msg. Sama je.

Tapi aku dah mengidam sangat dengan Blackberry sejak tengok semua pegawai kat sini pakai Blackberry.

Kata member - " Pakai Blueberry je "

* Blueberry adalah handphone cap CSL (-_-")

Hari tu dah try belek E71. Body Titanium. Best juga. Tapi aku rasa aku lagi minat Blackberry tu.

Haih... macam mana nie? Nak korbankan hal lain semata-mata untuk kepuasan diri sendiri ke tak? (-_-)
 
Write without regret by Devil Inc. at 2:10:00 PM, Wednesday, October 21, 2009
Okey... subject kita pada hari nie adalah paparazzi. Paparazzi? Adalah kebiasaan untuk kamu bergosip bila berjumpa sesama sendiri - tak kisahlah topic apa sekalipun tapi akan terselit satu dua [ mujur kalau dapat satu dua je ] gosip tentang orang di sekeliling kamu atau lebih hebat kalau kamu kenal siapa yang digosipkan tu.

" Aku dengar si polan tu dah couple dengan si polan tu ye? "
" Kau tau tak yang si polan tu dah divorce? "
" Hari tu aku nampak si polan tu keluar dengan si polan tu. Dia main kayu 3 kot? "

Aku bukan kata aku benci gosip tapi aku kurang gemar untuk bercerita tentang orang lain. Maybe sebab kecik² dulu mak selalu pesan - " Jangan sibuk hal orang " Lagipun aku kan budak baik lagi comel, jadi kena ikut cakap mak. Hahaha XD Tapi sungguh... aku tak reti nak bergosip. Aku lebih tumpukan perhatian dengan dunia aku sendiri, aku tak ambil tahu sangat tentang apa yang berlaku di sekeliling.

Jadi, adalah normal untuk mendengar aku kata - " Eh, ye ke? Tak tahu pun~ " kalau kamu menyampaikan apa-apa cerita yang berunsur gosip atau tidak kat aku.

Aku tak faham kenapa orang musti mengambil kisah tentang orang lain. Kalau setakat ambil kisah orang tu sihat ke tak, tak kisah juga tapi kalau dah sampai ke tahap peribadi orang tu, bagi aku, itu melampau.

Perbualan masa acara menyusun meja dan bangku untuk program Bazar Ramadhan kat dewan mase Ramadhan lepas. Repeat : Ramadhan.

" Kau tau tak, si polan ni dah kahwin dua "
" Eh, bila masa? "
" Baru dalam bulan lepas ke apa ke. Bini no 1 tak dijaga sangat "
" Eh, yang si polan ni pulak dah cerai "
" Eh, betul ke? Dah cerai dah? "

Aku slow-slow keluar dari dewan tu. Sebab pertama, aku tak kenal langsung siapa yang diperkatakan oleh mak² orang dalam dewan tu.

* FYI, aku sorang je yang bujang dalam dewan tu (T___T)

Sebab kedua, aku tak berminat untuk menyelak helaian kehidupan orang sampai ke situ sekali. Chez... menyelak konon. Betul la. Jangan selak kain orang, jaga kain sendiri.

Paparazzi yang pathetic bagi aku adalah orang yang mereka cerita tanpa kenal orang yang diceritakan atau tahu apa yang mereka sedang perkatakan.

Pathetic sungguh.
 
Write without regret by Devil Inc. at 4:04:00 PM, Tuesday, October 20, 2009
Mint nie takde la besar manapun. Tambah lagi kitorang semua nie kerja dalam satu kawasan yang tertutup. Bergaul sesama sendiri. Jadi pergaulan yang ada tu cukup terbatas - susah nak jumpa orang luar. Yang menghubungkan kami dengan dunia luar semasa waktu bekerja cuma internet [ Chez... macam orang primitif pula ye? ]. Sebab tu bila time punch out je, semua orang meluru mencari kehidupan di luar sana. Hehehe.

Dunia nie memang kecil - pergi manapun kemungkinan untuk kamu berjumpa dengan orang yang kamu kenal tu amat tinggi sebenarnya. Contohnya aku yang dah melepak kat McD area Puduraya, boleh lagi terjumpa orang Mint kat situ. Sesungguhnya dunia nie memang kecil. Huhu~

Bila dah tak berhubung dengan dunia luar sangat, jadi orang di dalam Mint nie lebih close atau aku katakan lagi busybody. Hahaha. Yelah, dah tak tau nak buat apa, jadi ambil tahu pasal orang dalam-dalam je. Sungguh. Try buat satu cerita dan kamu ceritakan kepada seorang pekerja dalam Mint. Seorang je. Itupun dah cukup. Dan kamu perhatikan berapa lama masa yang diambil untuk berita itu sampai balik ke telinga kamu. Aku berani bet, tak sampai satu hari. Percayalah. Cubalah kalau tak percaya cakap aku nie.

Kadang-kadang aku rasa aku duduk kat kampung je, yang mana orang tua semua tau bergosip je, dah takde kerja lain nak dibuat walhal aku nie duduk kat Bangi, bandar yang baru membangun.

Tempat maju mana sekalipun, mentaliti orang tu tetap takkan berubah kan?
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:19:00 AM, Friday, October 16, 2009
* Kat sini, orang dah biasa bahasakan Agensi Nuklear Malaysia tu Mint - ambil nama lama - Malaysia Institute of Nuclear Technology. Hohohoho.

Hari nie hari raya terbuka kat sini tapi aku tak terbuka hati langsung nak pergi. Alahai~ Kenapa?

1. Sebab aku ada kerja hari nie. Kena bancuh chemical.
2. Disebabkan aku kena bancuh chemical, aku tak boleh pakai baju kurung atau baju raya atau sekurang-kurangnya baju lawa untuk diperagakan depan orang ramai. Aku ada kerja. Takde makna aku nak bergaya-gaya dan endingnya baju aku berlubang atau bertompok kena asid hidroklorik pekat. Hampeh.
3. Aku kekok berada kat tempat yang ramai orang [ Ada sesiapa yang nak guide aku cara-cara untuk bergaul dengan lebih yakin? ]

Sebelum aku turun ke bawah, ada teman yang bertanya - " Tak pergi bawah ker? " Aku tak berani nak mengiakan atau menidakkan.

Tapi kena pergi jugak sebab kena desak dengan kakak kerani kat tempat aku (T_T)

Akibatnya - aku rasa macam alien bila ada kat bawah tu. Orang lain merelip pakai baju lawa tapi bila tang aku - perghhhhh~ memang tak boleh dibawa masuk majlis le gini =P


Terasa kecil betul bila ada kat bawah masa tu (T_T)

Patut duduk dalam opis diam-diam je, gatal sungguh nak pergi bawah tu jugak kenapa~
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:15:00 AM, Monday, October 12, 2009
Hari nie ada dua orang dari team Production - Pakya dengan One - pergi HSAJB - Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Nak menjawab dengan hospital la tu. Selalunya kan... kat kilang-kilang, orang QC paling dipersalahkan kalau ada apa-apa masalah tapi kat sini, aku hairan juga bila orang Production sokmo kena. Aktiviti tak cukup kena jawab, bila ada yang fail kena jawab, kenapa fail pun kena jawab.

Aku fikir apa fungsi orang QC dengan QA time nie. Pelik betul.

* Nak-nak orang QC, lepas buat test terus balik, takde nak bertanggung jawab dengan apa-apa lagi. Huh~

Aku nak ikut pergi JB gak tapi kereta dah tak muat - dah penuh.

Nak ikuttttttttttttttttttttttttttt~~~~ (T_______T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:40:00 PM, Thursday, October 8, 2009
Aku menyampah bila ada orang yang mengganggu jadual aku.

Aku benci orang yang menghuru harakan perancangan aku.

Aku benci orang mendesak aku.

Aku bencikan tekanan. Benci sangat-sangat.

Pergi duduk jauh-jauh la semua orang daripada aku. Tension betul.
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:00:00 PM, Friday, October 2, 2009
Pagi nie kitorang team Production ada mesyuarat tergempar - membincangkan pasal hal complaint dari hospital.

* Ala hospital nie... banyak cekadak betul~ (-_-")

Tak pasal-pasal kena belajar mengira hari nie. Step by step oh baby

Dah lama meninggalkan zaman kira mengira nie, memang blur dibuatnya. Dah rase macam nak exam - mari menjawab soalan matematik. Tu belum lagi ada separuh dari team yang blur - termasuk aku la tu blogger-emoticon.blogspot.com

Punya la nak mengira Decay Factor, aktiviti yang dijangka pada hari sekian-sekian, etc. = nak buatkan otak nie meletup (-_-")

Syok duduk gelak-gelakkan orang yang tak boleh nak jawab soalan, walhal sendiri pun terkedek-kedek mengira
blogger-emoticon.blogspot.comReminder : Sila biasakan diri menggunakan kalkulator saintifik tu~