Write without regret by Devil Inc. at 9:06:00 AM, Thursday, December 31, 2009
Semua orang akan cuba menulis bila menjelangnya hujung tahun. Entah apa signifikannya di situ. Pelik. Tapi sendiri pun menulis juga (-_-")

Aku gagal mencari diary baru untuk ditulis awal tahun nanti. Entah kenapa. Mesti mencari buku baru bagi menggantikan yang lama.


Tahun ini tidak membawa apa-apa makna yang besar untuk aku. Semuanya agak statik. Cuma bebanan kerja terasa bertambah. Yang lainnya... entah, aku rasa biasa-biasa.
Awal tahun ini, aku berazam untuk :

1. Turunkan berat badan
- Yeah, I do accomplished it but have gaining weight back (T__T)

2. Beli perabot baru untuk mak
- Sigh, this one memang teruk betul. Sampai ke sudah aku tak beli. Teruknyaaaa~

3. Kurangkan baran aku
- Aku rasa aku boleh control kot. Boleh kot? Hehehe XD

Haih, apa lagi azam aku ya? Boleh pula aku lupakan (-_-")

Tahun ini aku melonjak dari seorang yang agak diketepikan dalam hal kerja sehingga jadi sepenting-penting
[ agak penting juga la - takde le penting sangat pun XD ] staff dalam team Production. Sangat membanggakan. Terharu (T_T) Pengurus sangat memandang kebolehan aku sekarang. Haih, hebat pula rasanya. Hehe XD

Tahun ini aku berjaya pindah rumah.


Tahun ini aku berjaya habiskan bayaran untuk motor - lebih awal dari yang sepatutnya.


Tahun ini aku berjaya beli handphone baru XD


Tahun ini aku berjaya JV business dengan seorang teman [ dan harap-harapnya ada pulangan ]


Tahun ini aku berjaya menjadi ahlong tak bertauliah lagi.


Tahun ini aku berjaya accomplished semua kursus untuk pengesahan jawatan aku dan sedang tunggu masa untuk disahkan sahaja walaupun sebenarnya lambat betul nak sahkan tu (-_-")


Haih, tahun yang sungguh bermakna la kalau nak diikutkan sebenarnya.

Tahun depan aku nak apa pula ye?

Kahwin dengan kekasih separuh masa Stabilkan hidup.

Aku tak mahu menyimpan apa-apa azam untuk tahun depan. Cukup sekadar stabilkan hidup.

Sama macam wish aku masa hari lahir aku yang lepas - Cuma mahu menjalani hidup yang tenang. Cukup.

Selamat tahun baru semua~
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:22:00 PM, Monday, December 28, 2009
Mood aku secara automatik jadi teruk bila tahu kekasih separuh masa aku nak bertukar pejabat. Haih (T__T)

Kalau dia pindah nanti, aku tak boleh nak jumpa dia.

Kalau dia pindah nanti, aku dah tak boleh nak pergi ke blok dia dan cuci mata (-_-")

Kalau dia pindah nanti, takde orang nak bercakap manis dengan aku.

Kalau dia pindah nanti ...

Sedihnya (T___T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:49:00 PM,
Sepatutnya aku bercuti hari ini. Cuti sinaran. Tapi Khamis lepas kena tarik balik sebab Production hari Ahad dan hari Isnin kena buat product release.

Warghhhhhhhh~ (T___T)

Tak pasal-pasal kena cuti esok. Pagi nie bangun dengan sakit-sakit badan, dengan tak cukup tidur sebab semalam balik kerja pukul 10pm. Haih...~

Pagi-pagi buta lagi dah terkejar sana sini nak buat kerja. Takde makna nak Monday blues hari nie. Nie baru je siapkan semua kerja, selesaikan product release. Penat.

Mengantuk nie (*__*)
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:34:00 PM, Thursday, December 24, 2009
1. Bekas kekasih saya :
- Erkkk... boleh cerita pasal kekasih separuh masa tak? (-_-")

2. Saya sedang mendengar :
- Cuba : Faizal Tahir

3. Mungkin saya patut :
- Keluar berpoya-poya kat luar sekarang sebab tengah takde kerja XD

4. Saya suka :
- Kesunyian sebab ia membuatkan saya tenang

5. Sahabat-sahabat baik saya :
- Kak Wan santek [ aku confirm dia sengih kalau baca ], Aie, Aja, kekasih separuh masa, Astro, DVD player, mp3 player dan akan datang PSP dan PS2 [ sahabat baik tak penting bernyawa kan? =P ]

6. Saya tak faham :
- Kenapa orang mesti bertanya - " Kau bila nak kahwin? " setiap kali jumpa. Kalau sponsor takpe juga (-_-")

7. Saya kehilangan :
- Handphone Nokia 6600 dekat Hospital Ipoh semasa tidur di koridor

8. Ramai yg berkata :
- Saya nie sombong

9. Makna nama saya :
- Erk... tak nak bagitau. Nanti tau pula apa namanya. Hahaha XD

10. Cinta itu adalah :
- Indah. Cinta boleh membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

11. Di satu tempat seseorang sedang :
- Belek Facebook?

12. Saya akan cuba :
- Mengurangkan sejumlah kg dari berat sekarang. Gambatte~ (^_^)V

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- Mengarut

14. Telefon bimbit saya :
- Blackberry Nokia E72

15. Bila saya terjaga dari tidur :
- Saya akan sambung tidur balik

16. Saya paling meluat bila :
- Orang makan berdenting sudu dan garfu, berdenting bunyi gigit sudu, minum pun berbunyi (-_-")

17. Pesta/parti adalah :
- Sesuatu yang sangat bising. Tak sesuai untuk saya.

18. Haiwan paling comel yg pernah saya jumpa :
- Teddy bear saya yang bernama Hazriq. Sangat comel. Erk... teddy bear = beruang kan? Haiwan juga kan? =D

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- Masa baby. Tak kenal apa, takde dosa.

20. Hari ini :
- 24th of December 2009 bersamaan hari Khamis

21. Malam ini saya akan :
- Membelek guide info Astro dan tengok cerita apa yang best untuk ditengok

22. Esok pula saya akan :
- Kerja walaupun sebenarnya esok public holiday (T__T)

23. Saya betul2 inginkan :
- Set bilik tidur yang mewah lagi cantik untuk saya bergolek-golek masa nie

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi tadi :
- Saya suka tengok cermin mata baru saya XD

25. Pusat membeli belah atau arked permainan :
- Bukit Bintang dan Low Yatt yang akan diserang awal minggu depan sebab nak beli PSP =D

26. Makanan barat atau jepun :
- Erk... dua-dua boleh? Barat saya suka chicken chop. Jepun pula sushiiii~

27. Bilik yang terang atau gelap :
- Gelap. Lebih mendamaikan.

28. Makanan segera adalah :
- Makanan kegemaran saya. Nak kurus macam mana kalau meleleh air liur tengok benda-benda macam nie (T_T)

29. Ayat terakhir yang anda kata pada seseorang :
- " Eh, bukan cuti ke hari nie? " - kepada seorang RO yang secara tiba-tiba terjah bilik nie =D

30. Siapa yang anda mahu tag :
- Ada sesiapa rajin nak jawab?
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:52:00 AM,
Ramai yang bertanya pada aku - " Kenapa tak enable comment? "

Aku malas nak enable. Entah kenapa. Baru terbuka hati nak enable. Eleh, macam ada yang rajin nak menjenguk sangat ye tak? Hehehe =D

Aku tampal balik box untuk Shout Out. Jadi, sesiapa pun boleh bercakap kat situ. Kalau kamu sedar, Shout Out testing aku pun bulan February lepas. Nampak sangat aku dah lama tak gunakan. Hehehe.

Marilah active berblogging.
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:17:00 PM, Wednesday, December 23, 2009
Wuah... aku ada cermin mata baru wooo. Kehkehkeh. Last sekali aku tukar cermin mata baru adalah... erm... [ Tgk, lama sangat tak berganti sampai lupa bila last sekali tukar ] (-_-")

Last sekali aku tukar dalam lima tahun lepas kot. Lama betul. Sepatutnya orang yang pakai cermin mata nie kena tukar setiap dua tahun sekali. Tapi disebabkan aku takde duit, aku kena bertangguh buat cermin mata baru.

Kanta cermin mata aku sangat mahal disebabkan power cermin mata yang tinggi - kena nipiskan. Kalau tak, memang segedabak cermin tertempel atas muka (T_T) Kos menipiskan mengikut bilangan indeks memang memakan duit (-_-")

Baru-baru nie aku check mata aku balik dan hasilnya menunjukkan power cermin mata aku dah naik dan silau aku pun naik. Perghhhh. Silau tu aku memang dah jangkakan sebab sejak akhir-akhir nie aku susah nak fokus dengan cahaya. Tapi power naik tu... haihhh (-_-")

Cermin mata aku sekarang nie pun dah sumbing sikit - gara-gara jatuh kat atas lantai pejabat tahun lepas. Jadi, aku cadang nak buat cermin mata baru la.

Kalau survey dekat Bangi nie, kanta cermin mata aku saja akan berjumlah RM700++. Belum masuk frame lagi (T_T) Sekarang, kamu boleh bayangkan kenapa aku sangat bersusah payah nak kumpul budget untuk buat cermin mata? (T_T)

Last choice adalah kedai cermin mata kat kampung la jawabnya. Kedai cermin mata pertama aku. Empat cermin mata aku dibuat di kedai nie. Cuma last cermin mata aku buat kat England Optical sebab terdesak sangat. Itupun aku habiskan dekat RM1k (T_T)

Selang dua kedai dari kedai cermin mata tu ada kedai cermin mata baru. YES. Bukan Year End Sale tapi kedai tu namanya YES. Kedai baru tak bermakna murah. Aku pernah survey harga. Kanta aku saja kalau buat kat kedai tu, aku kena bayar RM700++ juga. Chez~ (T_T)

Namapun kedai kat kampung, jadi jangan expect kedai nie sangat fancy, banyak display macam kat England Optical, etc. Jenama yang ada bukan yang terkenal sangat. Boleh sangat la nak membudget kan.

Bincang punya bincang, kanta aku saja dah RM350. Perghhh...~ Jenama yang sama, indeks yang sama macam aku survey dekat England Optical, dekat kedai biasa di Bangi nie. Aku buat keputusan nak beli kat situ je. Murah pun murah.

Bila dah total semua, jumlahnya RM600. Dia bagi diskaun disebabkan customer lama, lagipun dah lama kenal, jumlah yang perlu aku bayar cuma RM500 =)

Aku minta bayar sedikit demi sedikit. Yelah... aku mana ada duit nak bayar sekaligus. Mujur tuan kedai sangat memahami. Terharu betul. Tenkiu uncle~ (T__T)

Dan hari nie, aku langsaikan semua bayaran dan ambil cermin mata.

" Awak nampak macam orang pandai kalau pakai cermin nie "

Haih, bangga sungguh la dengar walhal sebenarnya aku memang bermuka cermin mata - yang pakai apapun nampak sesuai je.

Walaupun rasa semua benda nampak tinggi masa nie, yelah, nak sesuaikan mata dengan power baru tapi aku tetap rasa best.

Nampak bijak kan? XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:38:00 AM, Sunday, December 20, 2009
Masa Hari SHE nanti ada kempen derma darah. Aku tengah bersembang dengan Kak Munira dengan Pakya pasal kempen nie.

Derma darah?

Ngilu bila dengar sebenarnya. Statement dalam iklan derma darah - " Saya takut jarum " memang bertepatan dengan situasi aku sebenarnya (-_-")

Aku ngeri bila tengok jarum - sengeri dengar bunyi mesin korek gigi tu. Haha. Sebab tu aku tak boleh nak jadi jururawat. Chez... alasan (-_-")

1st time darah aku diambil adalah masa aku pergi Poliklinik kat Kuala Terengganu, masa aku induksi tahun lepas. Staff nurse yang ambil darah aku masa tu tergelak tengok aku pejamkan mata dan berpaling masa dia nak ambil darah.

" 1st time ambil darah ke? "

Aku anggukkan saja. Takde suara yang keluar.

" Sikit je. Macam kena gigit semut "

Bila dia masukkan jarum tu, aku berdesir. Tipu betul. Mana macam gigit semut. Semut gigit tak sakit macam tu (T___T)

Tadi, Kak Munira kata - " Jarum ambil darah tu lagi besar tau. Boleh nampak lubang jarum tu "

Haihhhhhh (-_-")
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:01:00 PM, Friday, December 18, 2009
Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Salam Maal Hijrah 1431H.
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:30:00 PM, Thursday, December 17, 2009
Hari nie aku jadi Orang Kaya Baru [ OKB ]. Tiba-tiba rasa nak beli semua barang. Hahaha.

Aku nak beli barang keperluan :

1. Jaring + langsir untuk tutup dapur
2. Dawai untuk sangkut langsir
3. Set bilik tidur
4. Peti ais
5. PSP dengan PS2 XD [ barang keperluan ke nie? =P ]

And the list still go on.

Jom shopping~

 
Write without regret by Devil Inc. at 3:02:00 PM, Monday, December 14, 2009
Hari nie aku buka mata je dah pukul 8.30am. Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~
 
Write without regret by Devil Inc. at 4:25:00 PM, Saturday, December 12, 2009
Aku betul-betul nak nasihat yang sangatlah berguna untuk menghilangkan kulat-kulat pada perabot kat rumah aku sekarang.

Aku rasa rumah baru aku nie lembap le, almaklum la rumah tepi sekali.

Hari tu aku terperasan yang ada kulat-kulat halus nak mula tumbuh. Cuak. Aku ingat dengan lap macam tu je dah boleh hilang la. Tapi baru je semalam tengok ada balik (-_-")

Macam mana nak hilangkan nie? Tolong~
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:21:00 AM, Thursday, December 3, 2009
Baru je semalam berjoget sebab happy sangat, hari nie rasa sedih sangat. Betul la kata orang. Kalau happy, jangan happy sangat sebab nanti mesti ada benda sedih nak jadi (T__T)

Terus terang, aku memang seorang yang mudah berasa rendah diri. Aku kurang keyakinan diri. Tersangatlah kurang. Really.

Aku kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang, untuk communicate dengan orang. Sebab tu la masa sekolah dulu aku reti panjat pagar je, tak reti nak berpidato depan orang (-_-")

Bagi yang mengenali rapat, personally memang aku seorang yang banyak cakap. Kata member, aku cakap macam bullet train, tak tau bila nak stop. Haha. Mak aku pun cakap macam tu. Mak kata, aku ikut mulut orang yang membelah mulut aku masa kecil dulu. Ye ke? (-___-")

Lepas sekolah, aku macam membina satu tembok besar antara aku dengan orang lain. Aku tak berapa rapat dengan orang lain masa tu. Pelik. Perkara pertama yang aku sedar, bila ada seorang kawan bertanya - " Eh, apasal aku tak pernah dengar kau bahasakan diri aku? Kenapa bahasakan diri kita? "

Aku cuma akan berbahasa diri sebagai aku bila bercakap dengan kawan sekolah sahaja. Diulangi - SAHAJA. Selain dari tu, jangan harap nak dengar aku bahasakan diri aku sebagai AKU. Yang keluar dari mulut - kite. Yurp, aku selesa bahasakan diri aku sebagai kite.

" Kite tak tau pun "
" Kite jarang buat macam tu "
" Kite tak suka pun "

Kite.

Aku selesa gunakan ganti diri tu. Bermula dari chatting sampai la aku dah masuk alam pekerjaan sekarang. Kite.

Teringat masa sekolah dulu, masa sembang dengan cikgu kaunseling. Dia kata - " Kamu tahu tak apa bezanya kalau kamu gunakan aku, saya, kami sebagai ganti diri kamu? "

Aku dengan confidentnya menjawab - " Bezanya dengan siapa kita bercakap. Kalau dengan cikgu, takkan saya nak bahasakan diri aku pula? Lagipun aku tu kasar bunyinya "

Cikgu tu balas - " Memang aku tu kasar bunyinya tapi tu dari segi penggunaan bahasa je. Tapi kalau dari terms psikologi, kalau kita bahasakan aku dengan orang lain, itu menyatakan kamu dah sangat selesa dengan orang tu. Kalau kamu gunakan saya, kamu masih lagi menjarakkan diri dengan orang tu, kamu masih tak terbuka untuk bercerita apapun dengan dia "

Aku terdiam sekejap.

Cikgu tu kata lagi - " Cuba kamu tengok kalau kamu bersembang dengan kawan kamu dan bandingkan kamu bercakap dengan pelajar kaum Cina, India. Bila dengan kawan kamu, kamu boleh berbahasa aku. Itu sebab kamu dah selesa dengan dia, kamu menyatakan yang kamu tak kisah berkongsi cerita dengan dia. Tapi kalau kamu dengan pelajar Cina, India, kamu berbahasa saya. Itu menunjukkan kamu masih ada jarak dengan dia, kamu tak rapat dengan dia "

Hu... betul ke? Cuba korang check macam mana korang membahasakan diri dengan orang lain?

Tapi sungguh, aku tak pernah membahasakan diri sebagai aku kepada orang selain dari kawan sekolah aku. Bila kamu mendengar aku membahasakan diri sebagai aku, kamu tahu dengan siapa aku bercakap masa tu.

Berbalik pada cerita tembok besar tadi. Aku mula merasakan ada jarak antara aku dengan orang lain masa tu. Walaupun aku sekelas, sebilik dengan orang tu tapi aku tetap rasa tak rapat. Lepas tu, aku jadi rendah diri. Aku tak rasa diri aku menarik, aku tak rasa aku cantik, aku tak rasa aku dikenali sesiapa. Aku lebih tenang menyendiri, hidup dalam dunia aku sendiri.

Sekarang pun macam tu. Dengan situasi kerja aku yang sibuk di kala orang lain seronok bercuti, memang membuatkan aku susah nak bergaul dengan orang. Tambah kalau ada function ke, alahai... terasa sunyi. Aku tak reti nak bergaul dengan orang, aku tak reti nak melawa macam orang lain, aku tak reti nak bergurau senda macam orang lain.

Lepas tu, sekarang nie pula aku tengah konflik dengan seseorang tu. Bukan sesiapa, jauh sekali yang istimewa. Cuma seorang teman yang dekat di hati, melekat di fikiran. Hahaha. Dia menjauhkan diri secara tiba-tiba, akupun tak tau apa sebabnya. Pelik. Kalau bagitau awal-awal kan senang. Contoh ayat yang boleh digunakan :

" Saya tak boleh nak rapat dengan awak sebab nanti saya ada feeling kat awak "

Takpun,

" Saya takut nak rapat dengan awak sebab awak comel sangat nanti orang rumah saya marah "

Sekurang-kurangnya aku tau kenapa dia menjauhkan diri. Tapi sekarang nie aku terpinga-pinga. Dia menjauhkan diri, tak mengendahkan aku.

Dan yang pasti... dia berjaya membuatkan aku berasa tersangatlah rendah diri sebab aku fikir, mungkin aku tak cukup menarik untuk dia dekati, mungkin aku tak seindah yang dibayangkan, mungkin aku ada menyakitkan hati dia, mungkin aku buatkan dia takut nak dekat dengan aku lagi, mungkin -

Segalanya mungkin.

Dan segala kemungkinan itulah yang membuatkan aku makin rendah diri, makin rasa tak menarik, makin rasa kecil di mata orang lain.

Hari tu, masa dengar radio, aku terdengar Dr Fadzilah Kamsah kata - " Tak salah merendahkan diri tapi jangan sampai merendah-rendahkan diri "

Tapi sekarang nie aku rasa aku merendah-rendahkan diri. Macam mana aku nak built up keyakinan aku? Tolongggg~
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:12:00 PM, Wednesday, December 2, 2009
Yesterday is History, Tomorrow is Mystery, Today is a Gift, Thats why it is called PRESENT~!

Yurp, today is a GIFT. Seawal bangun dari tidur, kamu patut bersyukur yang kamu masih lagi hidup untuk satu hari lagi.

Mood aku sangat baik hari nie. Sangat-sangat baik. Sepanjang hari kamu boleh tengok aku senyum dan kadang-kadang tersengih sendirian. Bukan tak siuman tapi mood aku terlalu baik hari nie. Haih...~ (-_-")


Dah lama rasanya mood aku tak sebaik nie. Tiba-tiba hari nie jadi sangat baik disebabkan oleh... erm... aaa... tak nak ceritalah. Malu. Wakakaka =P

Aku rasa semua orang patut ada mood romantik hari nie. Betul.

Aku terasa nak terbang di awangan. Ececece~ Rasa hari nie tersangatlah membahagiakan walaupun sebenarnya mata aku dah tertutup masa menaip post nie. Hahaha. Rasa happy sangat sampai tak boleh nak tidur. Kronik betul.

Dah, jom sambung sengih balik =D