Write without regret by Devil Inc. at 10:36:00 AM, Wednesday, January 27, 2010
Aku bukan tak pernah rasakan begini masa zaman sekolah dulu. Aku rasa kalau tak silap dalam Tingkatan Dua dulu. Bangun je pagi-pagi, aku rasa memang - " Okey, thats it. Aku benci dengan perempuan "

Secara tiba-tiba. Hoh... menakutkan. Hahaha.

Tapi sungguh, masa tu aku memang bencikan perempuan dan aku sangat mengelakkan diri dari bergaul dengan mana-mana perempuan. Kalau cakap pun, memang bunyi tak berapa nak ikhlas. Hahaha. Sampai kena tegur dengan kawan aku masa tu. Hehehe.

Siap boleh join kelab anti-perempuan. Gila betul (-_-")

Masa tu aku seronok membuli perempuan. Ya, masa tu aku bergaduh dengan kawan sekelas dan telah berjaya melepaskan sedas dua penampar. Aku ingat lagi masa tu siap ponteng kelas Kemahiran Hidup. Haha.

Kan aku ada bagitau yang aku suka main lastik yang dibuat dari getah dan pelurunya cuma kertas? Masa tu aku target perempuan la. Haha. Jahat Nakal betul (^_~)

Setahun juga aku berkeadaan macam tu.

Dan sekarang aku tiba-tiba rasa hormon lelaki aku memuncak balik. Sh*t.

Adakah disebabkan oleh kerenah perempuan-perempuan di sini? Jawabnya YA.
Adakah disebabkan bosan dengan kerenah perempuan? Jawabnya YA.
Adakah disebabkan mahu bertukar menjadi lelaki? Chis, takkan YA pulak. Haha XD

Tapi aku betul-betul membenci perempuan di saat nie. Takkan aku mahu setahun begini?

Aish... macam mana nie? (T___T)

 
Write without regret by Devil Inc. at 12:02:00 PM, Tuesday, January 26, 2010
Seriously, aku tak punya mood yang baik minggu nie. Sekali lagi selepas sepanjang minggu lepas aku lemau.

Seminggu lagi.

Aku harus melalui seminggu yang lemau lagi.

Lemau sungguh la~

P/s : Any idea nak baiki aras mood aku?
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:30:00 PM, Monday, January 25, 2010
Baru tadi bersembang dengan seorang kawan sekolah pasal kerja. Dia tertekan sebab terpaksa berurusan dengan orang pejabat dia yang banyak kerenah. Biasa la kalau dah kerja dengan orang yang menguruskan dokumen, memang banyak yang tak puas hati. Aku dulu kerja dengan dokumen, pening kepala juga dibuatnya.

Aku bukan pekerja yang terbaik, jauh sekali nak menjangkau ke tahap tu aku rasa tapi sekurang-kurangnya aku cuba. Yeah, bukan sikit orang yang mengata, tau je la mulut orang macam mana kan? Aku tepikan segala cakap-cakap di belakang dan teruskan apa yang dibuat sebab aku tau apa yang aku buat tu betul.

Disebabkan bergaul terlalu banyak dengan lelaki, jadi pergaulan aku lebih kasar, percakapan aku lebih sinis, teguran aku lebih terbuka.

Itu yang terjadi apabila aku dengan seorang pegawai aku yang berumur 40-an.

Aku bercakap dengan dia layaknya dia tu seorang kawan. Aku tau dia pegawai senior tapi aku tak membataskan perbualan aku dengan dia. Aku hormat dia macam abang aku mungkin. Kalau bapa tu... aku rasa tak boleh lagi kot?

Macam yang kamu tahu, aku seorang je perempuan dalam team Production. Di kelilingi lelaki yang melayan dia macam kawan sebaya, aku rasa akupun ada terpengaruh juga. Hehe. Cakap lepas tu biasa tapi kalau cakap bunyinya kasar, ada maksud di sebaliknya - mungkin aku tengah bad mood atau marahkan kerja-kerja dia yang kadang-kadang berterabur.

Orang cuma nampak luaran, nampak di saat aku marahkan dia. Tang bila layan elok, menaipkan segala kerja dia, takde pula yang nampak, takde siapa pula mahu puji.

Adat manusia, cuma nampak keburukan.

Bohong la kalau dalam pejabat kamu sendiri tiada puak-puak yang mengata sana sini. Tapi aku straight forward. Kalau tak suka, kamu boleh nampak jelas di air muka aku yang aku bencikan kamu. Kalau tak suka, aku takkan melayan kamu. Yelah, kadang-kadang terlepas juga satu dua pandangan, satu dua kutuk mengutuk tentang orang lain tapi takde la teruk mana rasanya. Rasanya la. Hehe.

Tertekan bila ada yang mengata aku tak hormatkan dia walhal kamu tak tau situasi apakah yang ada di antara kami semua. Kalau kamu pandang segala segi, kamu akan tahu apa yang aku maksudkan.

Kamu tau tak ada yang melayan dia lagi teruk dari aku?

Haih... tertekan pula dibuatnya. Perempuan... biasa la. Sentiasa mencari salah, suka cakap belakang. Depan-depan buat baik, buat muka manis tapi belakang... erm... Allah je yang tau.

Jangan nilaikan orang dengan apa yang kamu nampak sedangkan kamu tak tau apa-apa pun berkenaan perkara tu.

Jangan.
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:36:00 PM, Thursday, January 21, 2010
Baru je berkira-kira nak angkat beg dalam pukul 5.30pm tadi - konon nak terus balik sebab tengok awan kat luar dah gelap.

Baru je pegang handphone yang tengah dicas, dengar bunyi bising kat luar. Macam hujan.

Haih, memang hujan dah. Lebat pula tu (T_T)

Dan kerana hujan lebat la aku tengah menaip entry nie menggunakan jari yang ada warna biru-biru sikit gara-gara bermain dengan stamp pad Pakya tadi. Haha.
 
Write without regret by Devil Inc. at 2:51:00 PM,
Termasuk yang baru lepas nie, aku rasa lebih lima kali aku restart Mozilla. Bodoh betul. Satu hari nie buat hal. Tengah menaip je, tiba-tiba akan hang, lepas tu bila Task Manager kata Not Responding.

Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

Akibatnya, aku kena end task dan restore balik. Tapi nanti karang buat hal balik.

Bodoh.

Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

Walhal takde la buka banyak sangat web. Chez. Panas hati betul dibuatnya.

Tak pasal-pasal aku kena online YM kat handphone aku. Mujur handphone sangat moden. Ececece XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:32:00 PM, Tuesday, January 19, 2010
Tengah bosan tak buat apa tadi, aku surf net dan cuba mengisi masa dengan membelek blog orang. Aku dapat nie dari satu blog tu tapi aku tak ingat dah blog yang mana sebab dah banyak sangat yang aku tengok - takkan aku nak buka balik satu persatu semata-mata untuk tengok balik post yang aku copy dan paste nie. Huhu. Maaf la empunya blog kalau terbaca. In case kamu terbaca post ini, terima kasih atas info yang sangat berguna nie - kamu tahu siapa kamu yang aku maksudkan.

Dia bagi info pasal jerawat dan sistem tubuh badan. Apa maknanya jerawat kalau tumbuh dekat :

Dahi
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat, pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.

Hidung
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

Dagu
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Pipi kiri
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Pipi kanan
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

Pada badan ( belakang atau depan )
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Hurm...? Aku rajin kena dekat hidung dengan badan. Tapi lately memang dekat badan agak kronik. Wuah... sistem perkumuhan aku ada masalah ke? Aiyarkkkk~ (T__T)

Aku sebenarnya baru berazam nak minum air dengan hebatnya. Dulu, aku minum sekurang-kurangnya dua liter sehari. Sekurang-kurangnya. Tapi lately, memang aku dah jarang consume air - aku cuma minum masa aku makan je. Kalau tak makan, nak habiskan sebotol air mineral kecil tu pun payah sebenarnya.

Pernah baca tak artikel apa akibatnya kalau badan kekurangan air? Bagi aku, minum air banyak nie berfungsi untuk singkirkan toksin. Tak payah membazir duit nak beli yang mahal-mahal untuk buangkan toksin tu. Minum je air, minima dua liter sehari, Insyallah toksin akan keluar dari badan. Sangat menjimatkan. Try la.

Pernah sehari aku minum sampai lapan liter. Sangat hebat walaupun aku terpaksa ke toilet lima belas minit sekali (-_-")

Memang terbukti ada baiknya minum air kosong sebaik saja bangun dari tidur tapi aku tak boleh nak buat la. Aku mesti pastikan aku gosok gigi dulu baru boleh minum. Yeah, satu kerugian tapi aku betul-betul tak boleh masukkan apa-apa di dalam mulut selagi aku tak gosok gigi dan mandi pagi. Macam mana tu? (T_T)

* Tapi aku terfikir, macam mana ada orang boleh makan terus lepas bangun dari tidur tanpa gosok gigi. Tak geli ke? Eew~ O_O

Lepas baca artikel tu tadi, aku fikir - " Ya, mungkin sistem perkumuhan aku ada masalah sekarang sebab memang aku kurang minum air " dan aku fikir, artikel tu macam wake up call untuk aku - mengingatkan diri aku yang aku kena minum air sebanyak yang mungkin mulai sekarang untuk buang segala toksin yang ada dan membersihkan sistem dalaman aku.

Sebenarnya bukan susah sangat nak minum air tapi aku rasa kalau kamu bukan seorang yang suka minum air, memang itu merupakan satu tugas yang tersangat susah untuk kamu.

Sehingga artikel nie ditulis, keseluruhan air yang aku minum hari nie lebih kurang tiga liter. Wuah, satu kejayaan hari nie memandangkan semalam aku cuma minum tak sampai satu liter pun. Aku rasa aku kena tingkatkan usaha lagi esok.

Gambatte~! (^_^)V

P/s : Tahukah kamu satu petua untuk kuruskan badan adalah dengan minum air? Bagi aku, banyak minum air = kenyang. Bila kenyang = kurang makan. Bila kurang makan = kurussss. Yeah, mari minum banyak air~ XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:56:00 AM, Friday, January 15, 2010
Hari nie hari bergotong royong kat Blok 23 sebab dah nak start pakai bangunan tu minggu depan.

Wuah... mari selinsing lengan baju dan mengemas.

Chaiyokkkkk~ (^_^)V
 
Write without regret by Devil Inc. at 4:54:00 PM, Wednesday, January 13, 2010
Seriously, mood aku nak bekerja hari nie tersangatlah teruk. Repeat : tersangatlah teruk. Haih... (T_T)

Dah seronok sangat cuti dua hari lepas kat kampung, bila nak start balik kerja, memang malas betul dibuatnya.

Arghhhhh, malasnyaaaaaaa~
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:16:00 AM, Sunday, January 10, 2010
Akhirnya, aku dapat balik rumah pada hari weekend. Aku lupa bila last sekali aku balik hari Sabtu dan menikmati cuti hujung minggu aku kat sini. Nampak sangat dah lama sangat tak balik hujung minggu (-_-")

Masa kat pasar malam tadi, ramai yang menegur [ dalam bahasa Perak ] - " Ate lamenye idak nampok kamu datang paso malam hari Sabtu nie ha, dah lame benor rasenye. Baru cuti ke hape? "

Hisyk... Nampak sangat dah berbulan tak menjengah pasar malam (-_-")

Aku suka bila dapat balik kat sini sebab bagi aku, di sinilah ketenangan. Ketenangan bagi jiwa aku. Ketenangan bagi fikiran aku. Ketenangan yang aku tak dapat dari mana-mana tempat. Ketenangan inilah yang aku mahukan.
Di sini, segala kekusutan aku confirm akan hilang. Memang ada sikit runsing bila memikirkan hal lain-lain tu, nak-nak pasal duit. Hari nie saja dah habis dekat RM500 (T_T) Tapi aku happy kat sini.

Tak nak balik Bangi la macam nie. Boleh tak?
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:50:00 AM, Friday, January 8, 2010
Petang nie aku mahu balik kampung. Aku tak balik since Krismas hari tu sebab aku kerja. Tersangatlah berkorban sebenarnya.

Aku rindukan rumah kat sana sebenarnya. Rindu sangat-sangat. Rumah aku bukan rumah kampung, bukan rumah papan. Rumah keluarga aku adalah sebuah rumah teres kos rendah yang berkeluasan kecil. Sungguhpun kecil, tapi kat rumah tu la aku membesar. Aku sangat suka rumah aku. Eleh, siapa tak suka rumah sendiri kan? Hehehe XD

Aku dibesarkan di pekan yang sangat kecil. Sangat-sangat. Takde hiburan macam karaoke, takde supermarket besar macam Giant, takde kedai makan besar macam Kayu Nasi Kandar, takde restoran makanan segera hebat macam Pizza Hut. Sangat kecil. Aku pasti kamu boleh bayangkan betapa kecilnya pekan aku.

Dulu, masa aku kat Shah Alam, aku selalu mengelak nak balik rumah. Selalu bertangguh nak balik. Kalau sepatutnya aku balik hari Jumaat, dah dekat nak malam hari Jumaat tu baru aku call abah bagitau aku nak balik Sabtu pula. Kadang-kadang sampai balik hari Ahad pun ada. Sikitpun tak terlintas di fikiran perkataan menyesal, tak kenangkan pun mak yang bersusah payah masak semata-mata mengenangkan anaknya nak balik. Sikitpun tak. Betapa keringnya hati aku dulu.

Sejak abah sakit, aku mula menggalas tanggungjawab menjaga keluarga. Aku mula sedar betapa beratnya tanggungjawab tu. Aku mula menghargai setiap pengorbanan walaupun sekecil-kecil pengorbanan.

Pernah sekali, aku baru sampai ke pekan, aku balik malam masa tu. Aku jalan nak cari teksi sebenarnya. Sampai ke satu simpang nak ke kedai yang berdepan dengan stesen bas, aku nampak ada seorang makcik dengan pakcik nie macam tunggu orang.

Makcik tu tanya aku - " Nie baru sampai ke? Dari mana? "

Aku jawab - " Saya dari KL, baru je sampai "

Makcik tu cakap - " Makcik tengah tunggu anak makcik nie. Dia dari Penang. Sikit lagi dia sampai la "

Aku saja buat ramah - " Ooo... dia belajar ke kerja kat sana? "

Makcik tu balas - " Belajar. Cuti sekarang nie. Tu yang dia balik "

Tak lama lepas tu, aku nampak satu bas berhenti kat luar stesen bas. Ramai yang turun. Ada seorang perempuan jalan menghala ke arah aku dan makcik tu. Aku tau tu mesti anak dia.

Belum sepatah ayatpun keluar, aku tengok dia peluk mak dia, salam cium tangan ayah dia. Aku tengok makcik tu peluk erat sangat, cium pipi anak dia kiri kanan bertalu-talu. Macam dah lama sangat tak jumpa.

Terharu (T___T)

Tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku, mungkin nie yang mak rasa setiap kali aku balik. Tiba-tiba rasa sangat menyesal sebab pernah kecewakan diorang. Tiba-tiba rasa aku sangat jahat sebab tergamak buat mak abah macam tu. Sedih sangat (T_T)

Balik tu aku peluk mak aku erat-erat, aku cium pipi abah lama-lama. Rasa macam mahu menebus segala kesilapan aku selama nie.

Yeah, pertemuan dengan makcik tu telah membuka mata aku. Betapa besar pengajaran yang aku dapat dalam masa sesingkat tu.

Sejak aku kerja kat Bangi, aku tak pernah failed lagi balik tiap-tiap minggu. Okey, maybe missed tiga empat kali tapi angka tu kecil lagi. Yurp, memang penat berulang tiap-tiap minggu tapi penat tu sangat berbaloi setibanya aku di rumah, bila melihat muka abah mak.

Aku tak pernah jumpa ketenangan setenang di rumah. Kat sini, segala kekusutan aku hilang secara automatik.

Setelah penat dengan beban kerja kat sini, hari nie tiba saatnya aku nak ringankan otak kat kampung.

Yearghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~!!!
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:23:00 PM, Thursday, January 7, 2010
Pergh... minggu nie memang minggu yang m'uji keimanan aku untuk surf net. Dah la dua minggu tutup Production sebab nak maintainance Hotcell. Secara auto, aku takde kerja. Bila takde kerja, menghadap pc je la jawapnya.

Tapi bila line internet slow nak mampus, nak surf apapun tak boleh. Nak buka login page blogger pun gila lama nak tunggu. Perghhhhh... memang betul-betul menguji iman dibuatnya. Tekanan sungguh.

Melepek depan pc la jawabnya. Tak boleh nak surf apa. Hangin betul.

Sepatutnya time macam nie la boleh relax, takde nak fikir pasal kerja, boleh surf net tanpa ada mata memandang serong. Haha. Tapi time tu juga la internetnya nak kong la apa la. Haihhhhhh (T_T)

Tekanan-tekanannnnn~

Semalam, si Fakhri, pegawai aku surf net. Dia surf - www.peteranswers.com. Seriously best. Kamu tanya apa saja soalan, confirm dia jawab. Itupun kalau dia jawab la. Tapi sangat kagum la sebenarnya. Contohnya :

Fakhri tanya : Apa yang ada atas white board? [ white board dalam bilik nie la ]
Peter answers : RM10

Pergh... betul wo ade RM10 atas white board tu. Duit Dr Zul tampal suruh kitorang jawab kuiz.

Fakhri tanya : Tadi siapa bagi kalendar?
Peter answers : Kazmedis

Betul la, syarikat Kazmedisystem datang hantar kalendar tadi.

OMG~ O.O

Tiba-tiba aku teringat benda nie macam menakutkan je. Macam mana dia tahu semua benda cepat gila?

Fakhri tanya : Dr Zul asal dari mana?
Peter answers : Melaka

OMG~

Kagum sungguh.

Balik tu aku try juga, mana tau kot menjadi. Tapi hampeh.

Peter answers : You don't trust me enough!

Cap cikai betul. Geram betul.

Cuba korang try, mana tau ada luck dia boleh jawab betul. Tapi bila jawab betul, memang rasa spooky betul. Huhuhu~
 
Write without regret by Devil Inc. at 4:48:00 PM, Tuesday, January 5, 2010


Kalaulah macam nie setiap pagi... macam mana la aku tak liat nak bangun. Dah rasa macam duduk kat Genting dengan kabus macam nie. Hehehe XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:12:00 PM, Saturday, January 2, 2010
Yeah, bekerja di waktu orang tak bekerja memang menyeronokkan. Betul. Kamu boleh berlari-lari dari hujung ke hujung tanpa ada yang marah, kamu boleh cakap memekik-mekik tanpa pedulikan siapa nak dengar, kamu boleh menyanyi dengan begitu sumbangnya tanpa kisah siapa yang akan datang, kamu boleh berlagak macam satu pejabat ini kamu yang punya. Haha.

Jangan kisah pasal cerita-cerita hantu yang kamu dengar sebab bagi aku, selagi kita tak kacau dia, dia pun takkan kacau kita. Lagipun kamu cuma kerja, bermakna kamu mencari rezeki, bukannya kamu nak kacau dia pun. Tapi aku tengah menaip blog nie, macam mana tu? (-_-")

Kekasih separuh masa aku pernah cakap - " Eh, apa kata awak tukar je ke tempat lain. Saya tengok macam kerja awak nie bosan je "

Chez. Ada ke dikatakan bosan. Seronok apa main radioaktif. Erks, seronok ke? Okey, maybe pendapat tu keluar disebabkan side effect banyak sangat bermain radioaktif kot? Hahaha.

Memang la macam bosan bunyinya sebab bila waktu kerja biasa, team kitorang nie tak banyak kerja. Kerja biasa je - cuci Hotcell, buat packaging box, bancuh chemical. Habis cuci Hotcell, takkan nak tidur dalam tu pula. Dah habis bancuh chemical, takkan nak buat parti buih dalam tu pula. Haih, apa la.

Dah habis bancuh chemical, cuci tangan, lepas tu unlock password pc dan teruskan surfing.

Habis buat packaging box, lepas tu unlock password pc dan teruskan surfing.

Habis cuci Hotcell, lepas tu unlock password pc dan teruskan surfing.

Jadi kebiasaannya, kamu boleh nampak icon YM aku sentiasa available bila waktu kerja. Memang la tak selalu chat pun sebab time aku available, semua orang pun macam busy semacam. Tapi kalau kamu nak mencari aku tu, senang nak jumpalah kiranya. Hari kerja biasa adalah hari yang agak membosankan untuk aku sebab bukannya ada kerja sangat.

Tapi bila tiba hari Khamis dan seterusnya, aku mula sibuk. Nak-nak bila hari Production. Tiga hingga empat jam duduk dalam Hotcell tu memang tak terasa melainkan perut dah mengaum macam harimau biskut Tiger. Haha.

Sebab tu aku terfikir apa yang orang lain buat bila hari cuti? Tidur je ke? Tengok tv je ke? Sebab adalah sangat-sangat jarang untuk aku meluangkan masa pada hari hujung minggu di rumah. Jadi aku dah tak terkinja-kinja nak makan sambil mengadap cerita keling Tv2 pada hari Ahad, tengok Melodi, tengok Bleach kat Tv3 dan aku selalu miss tengok cerita Nur Kasih dulu sebab asal aku balik je, mesti dah ending title. Kejam sungguh.

Kadang-kadang aku miss news pun ada. Jadi, aku agak ketinggalan zaman dalam berita terkini, hiburan sensasi. Haih... (-_-")

Cerita yang aku tak miss selalunya The Nanny. Walaupun berulang kali tayang, aku tetap tengok. Satu, dia selalu tayang masa aku balik dari kerja, dalam pukul 6.30pm macam tu. Dua, dia selalu tayang pukul 12am, masa aku nak masuk tidur dan boleh membuatkan aku terpaku depan tv sampai pukul 1am. Tiga, dia tayang awal pagi pukul 8am, masa aku selalunya tengah bersiap nak pergi kerja. Haha.

Sekarang aku cuba view cerita kat tv untuk tengok apa cerita yang terbaru, jadi aku boleh mengikutinya dari awal. Aku selalu ketinggalan nak tengok cerita berepisod. Bila dah cerita episod ke tujuh atau ke lapan, jangan harap aku nak tengok sebab aku tak tahu apa jalan cerita dari awal. Jadi, aku kena tengok dari awal. Kalau terlepas episod tengah, boleh kira lagi sebab aku dah tau apa ceritanya.

Animax baru tayang Bleach dari episod 1, jadi mungkin aku boleh ikut perkembangan cerita tu walhal sebenarnya aku dah tengok cerita tu sampai episod latest 250 (-_-")

Yang terbaru semalam aku tengok iklan kat KBS World. Cerita Korea baru nak tayang dalam sehari dua nie. Kena tengok tu.

Sepatutnya, aku habiskan dulu tengok dvd yang berlambak-lambak dalam almari, yang ada berplastik lagi tu XD