- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 6:27:00 PM, Monday, July 18, 2011
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Tipu jika aku katakan aku tidak punya apa-apa impian untuk dicapai. Tetapi lama kelamaan, aku mula berpijak ke alam realiti - yang mana setiap impian kita belum tentu tercapai begitu sahaja.
Bila terlalu banyak perkara yang terjadi, aku mula mengenepikan setiap impian aku demi untuk pihak lain yang lebih berhak mendapatkan yang terbaik daripada aku.
Aku cuma mahukan satu sahaja daripada Tuhan - Permudahkan perjalanan hidup aku hingga ke akhirnya. Itu sahaja.
Write without regret by Devil Inc. at 6:27:00 PM,
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Kadang-kadang, sehingga kini, aku berharap aku boleh tukarkan diri aku dengan abah. Bukan untuk sehari, tetapi untuk seumur hidup dia.
Aku mahu mengambil tempat dia yang penat bekerja seharian untuk sesuap nasi, gigih bersengkang mata menjaga aku siang malam ketika sakit, dll.
Aku mahu merasai semua kesakitan yang selalu dia adukan dan yang tidak sempat dia adukan ketika hampir di penghujung nyawanya.
Aku mahu setiap satu kesakitan itu aku yang tanggung, bukan dia.
Write without regret by Devil Inc. at 6:27:00 PM,
Day 16 - Another picture of yourself
Apa kejadahnya asyik mahukan gambar diri sendiri? Mahu over exposed kah?
Terasa diri sendiri sangat com3l di dalam gambar ini. Kehkehkeh XD
Write without regret by Devil Inc. at 6:26:00 PM,
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Aku tidak ada iPod, jadi aku tidak perlu menjawab soalan ini. Boleh ke? :D
Sepuluh lagu pertama yang dimainkan dalam mode shuffle :
1. Nurarihyon no Mago Full Opening - Lagu tema anime Nurarihyon
2. Senandung Semalam - Jamal Abdillah
3. Dan Sebenarnya [ Unplugged ] - Yuna
4. No, Thank You! - Lagu tema anime K-On!
5. Thank You Allah - Maher Zain
6. Girlfriend - Avril Lavinge
7. Kasih Tercipta - Faizal Tahir
8. Daily-daily Dream - Kotoko [ Lagu tema anime Hayate The Combat Butler ]
9. Dakara Shoujo wa Koi wo Suru - Rie Kugimiya
10. Ketulusan Hati - Anuar Zain
Nasib baik bukan lagu-lagu klasik. Kalau tidak, memalukan (-___-")
Write without regret by Devil Inc. at 6:26:00 PM,
Day 14 - A picture of you and your family
Hahaha. Jujurnya, kami sekeluarga memang tidak mempunyai potret besar keluarga seperti keluarga yang lain. Semua itu terpotret dalam hati kami sahaja.* Semua malu dengan kamera kot? :D
Write without regret by Devil Inc. at 6:26:00 PM,
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Erks?! Kepada siapakah surat ini aku mahu tujukan? Siapakah yang menyakitkan hati aku sejak akhir-akhir ini? Pengawal keselamatan kah? Jururawat kah? Pemandu motor / kereta kah? Hurm...~
Duhai pengawal keselamatan,
Tugas kamu untuk menjaga keselamatan. Aku faham kerja kamu itu termasuk mempersoalkan tindakan setiap orang untuk masuk dan keluar di dalam kawasan kamu. Tetapi, rasanya tindakan kamu itu tidak memerlukan suara yang lantang dan terpekik terlolong seolah-olah kamu berbicara dengan orang yang kurang pendengaran.
Bukankah lebih baik kalau kamu berbicara dengan tutur kata yang lembut, yang menyenangkan hati untuk mendengar.
Ada di kalangan kami yang risau dengan keadaan ahli keluarga kami yang dimasukkan ke dalam wad dan di dalam keadaan risau itu, otak kami tidak dapat berfikir antara yang baik atau sebaliknya. Kami sedar itu bukan waktu melawat untuk kami, tetapi disebabkan kerisauan itu, kami datang beramai-ramai untuk melihat keadaan dia. Dan di saat itu, mengapa perlu kamu meninggikan suara kamu menghalau kami, menghalau warga tua dengan begitu kasar. Di mana sifat perikemanusiaan kamu?
Mungkin, ada segelintir yang ingkar dengan larangan kamu tetapi bukan semua begitu. Kami faham apa yang kamu ingin katakan, biarpun dengan suara yang lembut.
Duhai jururawat,
Kami tidak minta kamu berada di sisi katil kami dua puluh empat jam sehari tidak berganjak tetapi cukup sekadar datang bila kamu dipanggil. Susah benarkah kamu untuk datang dengan wajah yang tenang dan manis, melayan kami dengan lembut dan baik memandangkan kami orang-orang yang hanya terlantar di atas katil, tidak boleh bergerak ke sana ke mari seperti orang lain?
Jawatan ini adalah pilihan kamu. Kamu sendiri yang pergi belajar selama tiga tahun untuk mendapatkan jawatan ini, bukan seperti kami yang tiba-tiba mendapat jawatan yang di luar permintaan kami. Semasa kamu memilih haluan ini, kamu seharusnya sedar bahawa ini yang akan kamu hadapi daripada seorang pesakit - jerit pekiknya, maki hamunnya, kesusahan untuk dia bergerak, luka-luka di badan yang mengerikan lagi menggelikan tekak, dll. Ini pakej yang datang bersama dengan pilihan kerjaya kamu. Seharusnya kamu sedar akan itu sedari menulis surat permohonan belajar kursus kejururawatan lagi.
Tetapi mengapa di saat kami meminta bantuan kamu, kamu membentak kami, kamu tidak mempedulikan kami, dan sedihnya, ada di kalangan kamu yang mengugut kami.
Sedarlah, ini pilihan kamu dan kerjaya ini seharusnya kamu buat dengan penuh keikhlasan, dengan penuh rasa tanggungjawab.
Duhai pemandu sekelian,
Sukar benarkah kamu untuk memberi lampu signal di kala kamu ingin menukar laluan?
Sukar benarkah kamu untuk memperlahankan kelajuan kenderaan kamu di laluan selekoh?
Sukar benarkah kamu untuk senyum kepada pemandu yang telah memberikan kamu laluan?
Tidak mahu berkata apa-apa lagi. Cukup.
Write without regret by Devil Inc. at 6:25:00 PM,
Day 12 - How you found out about Blogger and why you made one
Alamak, aku sendiri lupa bila aku pertama kali mendapat tahu tentang Blogger. Yang penting, sudah lama. Rasanya sekitar tahun 2003, mungkin.
Dulu, medium untuk aku bercerita hanya di dalam Yahoo blog, lama kelamaan berjangkit ke Blogger.
Okey, tiada drama yang menarik di situ untuk kamu tahu. Fungsi blog untuk aku hanya satu - medium untuk aku bercerita. Aku tidak peduli siapa yang baca, yang penting aku yang menulisnya. Informasinya datang daripada aku, bukan orang lain.
Sebab itu aku namakan blog ini sebagai - Soalnya Aku.
Kamu kena faham maksud nama itu betul-betul.
Write without regret by Devil Inc. at 6:25:00 PM,
Day 11 - Another picture of you and your friends
* Rindulah masa-masa begini :)
Write without regret by Devil Inc. at 6:24:00 PM,
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Erm? Kalau tengok lagu-lagu di dalam telefon bimbit aku, kamu akan jumpa banyak Playlist :
1. Aizdean - Lagu-lagu Aizdean. D.a.m.n. Aku memang suka lagu-lagu dia.
2. Anime - Lagu-lagu dari anime lah apa lagi. Naruto, Bleach, K-On, dll.
3. Bolly - Lagu-lagu rakyat. Haha. Chez. Namapun Bolly, mestilah lagu berunsurkan gelek-gelekan. Faham ke tidak belakang cerita, yang penting boleh layan :D
4. Chinese - Kebanyakan lagu-lagu di dalam ini adalah lagu dari drama-drama yang aku pernah tengok di Astro On Demand
5. Classic - Di sini kamu boleh jumpa lagu-lagu dari Ahmad Jais, Jeffrydin, SM Salim. Klasik gila dowh :P
6. Current - Lagu-lagu yang agak terkini bagi aku [ BACA : untuk aku sahaja ]. Almaklum lah aku jarang mendengar lagu-lagu terkini, jadi lagu-lagu yang baru aku muat turun akan dimasukkan di bawah senarai ini. Lagu Hazama kira paling terbaru lah masuk di dalam senarai :P
7. Fast beat - Lagu-lagu yang berentak pantas macam lagu Faizal Tahir - Batu dan Golek :D
8. Maher Zain - Ya, aku juga mendengar Maher Zain okey? (-___________-")
9. Pressure - Lagu-lagu Linkin Park sahaja. Diulangi - SAHAJA. Entah kenapa dari dulu lagi kalau tengah di dalam tekanan yang maha hebat, aku akan pasang lagu Linkin Park sekuat yang boleh. Boleh menenangkan jiwa. Heh :)
10. Riding - Kalau aku mahu merempit, senarai ini yang aku akan dengar. Bolehlah melayan atas motor tu :D
11. Sign - Antara senarai kegemaran aku. Lagu-lagu dari drama Korea, Sign. Oh Dr Yun Ji-Hoon (^__^)
12. Sleep - Lagu peneman tidur :)
Ini sudah dikira menjawab soalan ke? Heh :D
Okey, kalau mahu lagi maklumat, hurm... apa ya?
Kalau anginnya tengah baik-baik sahaja, aku suka mendengar lagu yang rancak-rancak, lagu yang ada di dalam senarai Current.
Kalau tengah bosan, aku rela tidak mendengar apa-apa. Merunsingkan fikiran sahaja mendengar lagu-lagu itu.
Kalau tengah marah, geram, atau yang sewaktu dengannya, aku akan mendengar lagu-lagu Linkin Park.
Dan bila tengah sedih, pandai pula cari lagu SM Salim ke Faizal Tahir ke Anuar Zain ke. Hahaha XD
* Bila sedih, kenalah menghadap orang-orang yang macam ini. Baru sejuk hati :P
Write without regret by Devil Inc. at 6:24:00 PM,
Nota untuk semua :
Okey, dengan kesibukan yang melanda, aku tidak sempat untuk menyiapkan Tag yang aku berkobar-kobar mahu buat dari awal bulan hari itu. Jadi, anggapkan sahaja aku menjawab satu tag untuk satu hari. Aku sedaya upaya mahu menyelesaikan misi yang tertunggak ini (*___*)
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Hari ke sembilan bermakna adalah pada 9/7/2011. Apa yang aku banggakan beberapa hari sebelum itu ya? Hurm...~ Ya, aku baru teringat. Aku ada Peperiksaan Khusus untuk Pengendali Loji pada 8/7/2011. Apa yang aku mahu banggakan tentang itu?
Bangga lah bila mana aku boleh berjaga sampai tengah malam untuk mengulangkaji pelajaran. Haha. Walhal masa zaman sekolah dulu tidaklah begitu pun. Haha :D
Aku tidur selewat pukul satu pagi dan berjaga semula seawal pukul lima pagi untuk menyumbat segala fakta di dalam otak. Bangga habis lah dengan diri sendiri :P
Write without regret by Devil Inc. at 3:58:00 PM, Friday, July 8, 2011
Day 08 - Short term goals for this month and why
Mahu buat sehabis baik untuk mak dan yang penting, habis ganti puasa. Hahaha. Okey, bocor rahsia sebab lambat ganti. Heh :P
Write without regret by Devil Inc. at 9:30:00 AM, Thursday, July 7, 2011
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Aku cuma tinggal dia untuk bermanja
Write without regret by Devil Inc. at 12:34:00 PM, Wednesday, July 6, 2011
Day 06 - Favorite super hero and why
Dan itulah sebenarnya keadaan aku. Aku rasa bukan aku seorang, tetapi untuk semua orang. Jauh mana abah telah pergi meninggalkan, tetapi dia tetap menjadi hero di hati aku.Tidak perlu penjelasan lebih panjang lagi.
Write without regret by Devil Inc. at 4:21:00 PM, Tuesday, July 5, 2011
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Aku tidak memerlukan sebarang ayat atau gambar lebih untuk mendefinisikan maksud logo tersebut. Kan bagus kalau aku boleh tidur situ hari-hari :P
Write without regret by Devil Inc. at 12:14:00 PM, Monday, July 4, 2011
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Oh, aku sangat berharap aku tidak punya tabiat suka mandi selepas balik dari luar. Seperti di dalam entri aku yang lepas, aku pernah ceritakan betapa aku akan mandi [ jatuh tahap wajibul ghunnah :D ] bila aku balik ke rumah walaupun aku sebenarnya hanya keluar tidak sampai satu jam pun.
Tabiat itu sangat merbahaya kalau aku balik di tengah malam. Peh (T_________T)
Write without regret by Devil Inc. at 12:13:00 PM,
Day 03 - A picture of you and your friendsAlamak, aku tak ada gambar dalam simpanan. Peh. Hendak diambil gambar dalam Facebook, malas. Tidak mahu mendedahkan mana-mana pihak. Boleh macam itu? Hehe XD* Teman baik bukan sekadar di dalam gambar, tetapi yang penting, dia tetap di dalam hati - menemani setiap detik :)
Write without regret by Devil Inc. at 9:44:00 AM, Saturday, July 2, 2011
Day 02 - The meaning behind your Blog name
¤ Soalnya Aku ¤
Erm, jujurnya, aku sendiri tidak tahu bagaimana idea untuk nama blog ini tercetus. Mahu kelainan daripada yang lain tetapi tidak punya idea yang bagus ketika itu. Spontan sahaja terlintas di dalam otak dan aku rasa aku masih. setia dengan nama ini, mungkin untuk satu jangka masa yang lama :)
Write without regret by Devil Inc. at 3:49:00 PM, Friday, July 1, 2011
Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
* Gambar terbaru aku. Heh XD
Dan,
Lima belas perkara menarik tentang aku :
* Alamak, aku sudah pernah bercerita tentang ini. Aish...~ (-_____-") Apa lagi aku mahu cerita?
Okey, aku tidak punya idea untuk menulis tentang ini. Adalah lebih baik kamu rujuk sahaja di si ini - sila klik
Write without regret by Devil Inc. at 10:06:00 AM,
Mengapa lama menghilangkan diri dari menulis?
Oh, rasanya ramai yang bertanyakan soalan yang sama. Aku tidak menghilangkan diri tetapi aku tidak punya banyak masa sejak akhir-akhir ini. Terlalu banyak yang terjadi sampai aku hilang kata-kata untuk bercerita setiap satunya. Maaf.
Mengapa Wordless Wednesday banyak gambar? Bukankah kebiasaannya orang hanya akan masukkan hanya satu gambar sahaja di dalam tajuk tersebut? Jawapannya cuma satu - aku malas. Hahahaha XD Betullah, aku malas mahu memuat naik satu persatu gambar tersebut, jadi aku rangkumkan kesemuanya di bawah satu tajuk yang sama. Hehehe :D Jadi, kamu boleh memberikan pandangan kamu sendiri bila kamu melihat gambar-gambar tersebut. Kan? :)
Apa perkembangan terbaru? Pendek sahaja penerangan aku : Kursus - Peperiksaan - Kursus - Peperiksaan - Audit - Kursus - Peperiksaan. Jadi sekarang kamu boleh bayangkan mengapa aku sudah lama tidak menulis apa-apa di sini bukan? :) * Perasan macam artis popular menjawab soalan-soalan pula. Hehe :D
Write without regret by Devil Inc. at 10:02:00 AM,
Tag yang sudah lama diberi tetapi baru sekarang punya masa untuk menjawab. Heh XD Lagipun hari ini hari terbaik untuk memulakan tag ini. Alasan. Hehe :PCabaran tiga puluh hari. Satu topik untuk satu hari.Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourselfDay 02 - The meaning behind your Blog nameDay 03 - A picture of you and your friendsDay 04 - A habit that you wish you didn’t haveDay 05 - A picture of somewhere you’ve been toDay 06 - Favorite super hero and whyDay 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on youDay 08 - Short term goals for this month and whyDay 09 - Something you’re proud of in the past few daysDay 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, MadDay 11 - Another picture of you and your friendsDay 12 - How you found out about Blogger and why you made oneDay 13 - A letter to someone who has hurt you recentlyDay 14 - A picture of you and your familyDay 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that playDay 16 - Another picture of yourselfDay 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and whyDay 18 - Plans/dreams/goals you haveDay 19 - Nicknames you have; why do you have themDay 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the futureDay 21 - A picture of something that makes you happyDay 22 - What makes you different from everyone elseDay 23 - Something you crave for a lotDay 24 - A letter to your parentsDay 25 - What I would find in your bagDay 26 - What you think about your friendsDay 27 - Why are you doing this 30 day challengeDay 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?Day 29 - In this past month, what have you learnedDay 30 - Your favorite song.Okey, disebabkan ada taklimat sebentar lagi, jadi topik pertama akan diceritakan selepas itu. Sekian, terima kasih :D