- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 11:12:00 AM, Thursday, August 27, 2009
Kene tag dengan seorang budak nie. Hohhh...~ Ade ke patut nak cakap pasal bilik tido [ walhal bukan com3l sangat bilik tidur daku - malu nak tunjuk =D ] .Yeah... memang keadaan dalam bilik tidur tu mencerminkan keperibadian seseorang. Kalau korang tengok pic nie, korang rasa apakah keperibadian daku? Sangat kanak-kanak Ribena kan? Hahahaha~ (-_-")
*FYI, saye sangat suka apapun yang berunsurkan teddy bear dan kartun-kartun =D Dah habis jawap tag. Next tag plz =DP/s : Cuba kira berapa bantal sebenarnya yang ada kat situ (*_*)
Write without regret by Devil Inc. at 11:20:00 PM, Saturday, August 22, 2009
Kan dah cakap, aku kerja Sabtu Ahad. Dan hari nie hari Sabtu, aku kat tempat kerja la nie.Sunyi, mengantuk, semua ada.Aku tak kira, aku nak join masuk Hotcell. Tidur dalam Hotcell lagi seronok dari tidur kat luar nie. Hahaha.P/s : Kalau dengar dek orang QA pasal nie, mampus kena bambu aku =D
Write without regret by Devil Inc. at 1:43:00 PM, Thursday, August 20, 2009
Kecoh sekejap kat department aku - especially team Production le - macam mana boleh contaminate balik kat Hotcell tu.Habis semua mempertikaikan cara kerja la apa la, benda yang tak patut diungkit pun diungkit juga.Pelik.Masa nie, semua orang menuding sesama sendiri. Bukannya nak selesaikan perkara nie dulu tapi sibuk mencari, melihat kesalahan orang lain.Tak faham betul (-_-")Hanya siapa yang buat tu yang tau apa yang dia dah buat sampai boleh menimbulkan kekecohan nie.P/s : aku tau siapa orang tuuuu~ (-_-")
Jenuh nak menggonyoh balik Hotcell (*___*)
Write without regret by Devil Inc. at 6:01:00 PM, Wednesday, August 19, 2009
Assalamualaikum,Saya, wartawan penyiaran melaporkan dari tempat kejadian. Berlakunya peristiwa mengejutkan yang berlaku di sini iaitu Bahagian Teknologi Perubatan.Peristiwa ini telah menimbulkan banyak kekecohan tetapi tiada pertumpahan darah dilaporkan berlaku.Untuk berita selanjutnya, sila sabar menunggu hingga laporan esok hari.Sekian, terima kasih.
Write without regret by Devil Inc. at 10:29:00 AM, Monday, August 17, 2009
Hari Isnin bagi aku adalah hari yang sangat mandom. Semua orang lemau pada hari Isnin. Semangat nak buat kerja pun ada sedikit kurang - aku rasa bukan sedikit, memang takde pun sebenarnya (-_-")Macam bekas kerani kat tempat aku, Auntie Angie kata - " Monday blues "
Kat department aku, especially untuk team Production, hari Isnin adalah hari untuk mesyuarat, untuk kursus, untuk mengulau (-_-") memandangkan start hari Selasa kitorang dah ada kerja. Jadi hari Isnin tu dipergunakan sebaik mungkin untuk hal-hal lain yang tidak membabitkan kerja-kerja Production.
Tiba-tiba aku rasa mengantuk (-_-)
Write without regret by Devil Inc. at 3:53:00 PM, Saturday, August 15, 2009
Havoc betul sekarang nie pasal selesema yang sangat sensitif untuk disebut nama binatangnya tu. Huhuhu. Aku malas nak update pasal benda tu, tak rasa penting untuk aku satu hal, lagi satu aku rasa semua orang pun dah sibuk perkatakan hal tu. Satu isu yang aku muak nak dengar sebenarnya.
Semua nie berkitar pasal kebersihan diri. Cuci tangan, cuci semua yang patut la (-_-")
Aku tak rasa isu tu satu isu yang besar untuk semua orang debatkan sebab aku tengok semua orang pun tak nak pakai mask bila keluar. Semua rasa diorang sangat sihat.
Semua orang tu termasuk aku - tapi kadang-kadang aku pakai tau. Kat hospital je la. Kat hospital banyak kuman. Aku cuma duduk menunggu giliran dengan abah tak sampai dalam 3 jam, balik aku dah boleh batuk (-_-") Owh, lagi satu tempat aku mesti pakai mask. Kat tempat kerja. Hehehe.
Hey, sekurang-kurangnya aku pakai tau. Korang pakai ke? (-_-)
Write without regret by Devil Inc. at 11:52:00 PM, Friday, August 14, 2009
* Aku in the mood untuk rumah baru sekarang nie =D Esok aku nak pindah rumah. Rumah baru. Tapi aku tak dapat kunci lagi sampai hari nie. Macam mana aku nak cuci rumah nie...~ (-___-")
Write without regret by Devil Inc. at 12:06:00 PM,
Aku dapat tau petang tadik yang malam nie aku kerja. Nie yang tengah ngadap pc opis le nie.Yeay ^_^VAku suka betul kerja malam. Bukan sebab nak OT lebih tapi aku suka surrounding malam. Rasa tenang.Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang,Siap sedia berkorban,Untuk ibu pertiwi.Ceh... ingat kerja askar ke (-_-")
Write without regret by Devil Inc. at 12:34:00 PM, Sunday, August 9, 2009
Aku kat tempat kerja nie. Masih bekerja. Betul... x tipu. Aku tengah kerja. Aku kerja dengan begitu tekun Okey, itu aku tipu. Duduk kat department nie, aku mula belajar erti pengorbanan. Ye, pengorbanan. Di saat semua orang tengah syok bercuti hari Sabtu Ahad, aku berkorban bekerja kat sini.Di saat semua orang boleh terkinja-kinja nak balik cepat hari Jumaat, aku berkorban nak bekerja hari Sabtu Ahad nanti.Di saat semua orang seronok merancang percutian ke mana-mana destinasi untuk hari Sabtu Ahad, aku berkorban merancang pukul berapa aku nak datang kerja hari Sabtu Ahad nanti.Di saat semua orang syok diulit mimpi indah pada malam hari Jumaat dan Sabtu, aku berkorban bersengkang mata kerja malam.Di saat semua orang sonok dapat cuti umum, kadang-kadang aku terpaksa korbankan keseronokan cuti tu untuk bekerja pada waktu tu.Tak payah tunggu Hari Raya Aidiladha untuk menyatakan betapa kamu sanggup untuk berkorban.Sekurang-kurangnya kamu patut bersyukur betapa seronoknya waktu kerja kamu kalau nak dibandingkan dengan aku. Nak buat macam mana, SYMP =D
* SYMP - Saya Yang Menurut Perintah
Write without regret by Devil Inc. at 5:54:00 PM, Friday, August 7, 2009
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail... Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-- Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
- Tanah Bukit Tursina
- Tanah Iraq
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah(Babylon)
- Tanah India
- Tanah syurga
- Tanah Tha'if
MENURUT IBNU ABBAS:-- Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
- Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
- Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
- Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
- Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
- Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
- Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
- Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
- Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
- Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
- Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
- Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
- Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA: -- Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
- Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
- Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
- Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
- Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
- Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
- Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
- Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)
- Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan."Wallahualam...* Syok juga baca benda-benda begini time tengah relax-relax =)
Write without regret by Devil Inc. at 5:41:00 PM,
Ini kisah tentang seorang perempuan
Seorang gadis yang masa itu masih kecil dan perawan
Pejamkan mata dan bayangkan saja situasinya berada
Di dalam suatu tempat kecil
Terpuruk
Yang kau namakan jamban
Aku tidak tahu tentang kamu-kamu
Aku tidak tahu apa cerita kamu
Tapi ini cerita aku, maka dengarkan
Ambil mata kamu dan paku
Dengar cerita aku di suatu masa
Ketika dahulu di suatu masa
Menangis sendiri di suatu masa
Tentang diri sendiri di suatu masa
Aku dibesarkan dimanja, disayang
Aku dibesarkan dengan segala rasa
Aku dibesarkan dengan penuh cinta
Aku dibesarkan biasa saja
Ayahbonda, kenapa bohong?
Kenapa engkau hendak bohong?
Dulu dikata akulah raja puteri jelita
Sekalian rakyat jelata akan mencemburui jiwa aku
Tapi ayahbonda,
Dunia tidak mahukan jiwa aku!
Yang dihendakkan cuma
Wajah dan rupa saja
Wahai ayahbonda,
Kenapa engkau bohong saya?
Aku dibesarkan sebagai seorang gadis
Yang gemuk, pendek, busuk, tak cerdik
Aku dikatakan orang
"Hey babi,
Kenapa engkau sangat jelik?"
Wahai ayahbonda, kenapa dibohong?
Aku ini bukan di sini
Tempat aku tak sepatutnya dibiarkan di luar pergi
Aku patut disimpan di suatu tempat
Di mana cuma ada ayah ibu
Di mana mereka 'kan sayang aku
Untuk siapa aku
Untuk siapa aku
Bila aku keluar, aku dikeji
Bila aku di luar, aku dimaki
Kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri
Ayahbonda,
Kenapa bohong saya?
Ayahbonda,
Kenapa tak cerita?
Dunia tempat kejam
Dunia macam-macam
Depa tak suka saya
Depa tak cinta saya
Kenapa ayah?
Kenapa bonda?
Tak dikhabarkan tentang mereka-mereka
Yang tak sukakan siapa saya
Yang hendak dari dulu menjadi saya
Mereka semua hendak saya
Jadi cantik, badan jelita
Tapi itu memang bukan saya
Bukan saya
Bukan saya
Maka apakah aku harus pergi
Duduk di rumah dan terus mati?
Apakah aku tinggal di sini
Tak akan pergi?
Tak akan pergi?
Dunia tempat kejam
Dunia macam-macam
Tapi jangan sedar dengarkan semua kata mereka
Dunia memang kejam
Dunia macam-macam
Tapi janganlah engkau percaya kata mereka
Biar kita begini saja;
Buruk, gemuk,
Besar, cantik.
Biar saja diri kita;
Cantik, molek,
Hodoh, jelik.
Siapa kita, itu kita
Cinta saja jiwa kita
Kalau mereka tak suka, pergi mampus!
Tak apa.
Tak apa
Tak suka
Tak apa
Ini sisa-sisa rasa
Rasa jiwa yang luka
* kalau jamban boleh bercakap, aku rasa, banyak rahsia kita akan dibongkar. cermin jamban banyak berjasa pada aku. mungkin tidak pada orang lain. aku tidak tahu.
- Originally taken from a blog - really - walaupun sampai notes kat bawah tu. Huhuhuh~ (-_-") Rumah aku memang la ada cermin dalam bilik air tapi aku tak pernah pula nak bercakap dengan benda tu. Hohoho~ Tapi aku suka puisi nie - tak tahu sebab apa. Just read it & enjoy =)
Write without regret by Devil Inc. at 5:19:00 PM,
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Aku minta maaf kalau ada salah silap - sama ada secara sengaja atau tidak. Huhuhu~
Write without regret by Devil Inc. at 3:08:00 PM,
Sebenarnya ketika janin berusia 120 hari, telah ditentukan 4 perkara baginya iaitu rezeki, jodoh, usia serta takdir baik dan buruknya. Namun ia tidak datang secara mutlak. Maksudnya kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir sebab masih perlu ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah sama ada ujian atau nikmat yang diberikan kepada kita semua.
Jadi, jangan mengeluh kalau segala percaturan tak menjadi, jangan menangis jika kecundang dalam pertarungan, jangan sedih andai hati dilukai.
Percaya... bahawa setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.
Ingat tu.
Write without regret by Devil Inc. at 2:08:00 PM,
* Aku gila betul dengan diorang nie dulu. DBSK. I'm proud to be a Cassiopeia ^_^V
Sekarang dah makin ramai artis aku tengok - sampai aku dah tak kenal dah siapa. Dengar je lagu tapi entah siapa nyanyi aku pun tak tahu. Ingat lagik dulu-dulu minat bangat dengan BSB - korang kenal ke? Backstreet Boys le. Wehehehe. Bila difikirkan sekarang nie, poyo je ek?
List down je apa yang tak diminat dulu - 911? N'Snyc? Hanson? Limp Bizkit? Linkin Park? DBSK @ TvXQ? Super Juniors? F4? *Sigh* [ tapi sampai sekarang aku tak faham kenapa aku tak boleh minat dengan Westlife - maybe sebab aku ingat diorang tu macam boyband gay kot? =D Syhhhh... perkataan G tu sangat sensitif okey? ]
Dulu pc penuh dengan pic DBSK. Max Changmin, Hero Jaejoong, Xiah Junsu, U-know Yunho, Micky Yoochun [ aku selalu lupekan name die nie sebab macam susah nak ingat XD ]
* Cuba bagitau aku satu alasan macam mana la aku tak boleh jatuh chenta ngan setiap seorang nie XD
Cuma sekarang aku tak mengikuti perkembangan mana-mana bandboys lagi macam dulu. Dah tua kot? Hahahahaha.
Write without regret by Devil Inc. at 2:14:00 PM, Thursday, August 6, 2009
Pergh... hari yang betul-betul memenatkan bila mana beramai-ramai bergotong royong mencuci Hotcell.
* Hotcell - tempat aku buat keje. Ala² lab ah gitu
Kenapa nak cuci Hotcell? Sebab... contaminate atau bahasa mudahnya - tercemar dengan radioaktif.
Satu kawasan tu contaminate. Pelik juga macammana boleh contaminate sedangkan tempat tu sepatutnya jadi bilik bersih - takde apapun kat dalam.
Dan yang hebatnya, aku ada buat kerja kat dalam tu minggu lepas. Lama pulak tu. Wu... o.O
Lupa pula nak ambil pic semalam, kalau tak, boleh juga buat gelak-gelak, memandangkan betapa harunye kitorang dalam tu. Hehehe =D
Write without regret by Devil Inc. at 1:52:00 PM,
Semua pekerja sinaran akan terdedah kepada risiko dedahan sinaran pengionan iaitu dedahan pekerjaan. Dalam kerja-kerja radiografi industri ( RI ), kawalan dedahan oleh Sinar X dan Gamma adalah merupakan perkara asas dalam keselamatan sinaran. Konsep ALARA ( As Low As Reasonably Achievable ) hendaklah dipakai agar kita mendapat dedahan minimum. Pekerja RI hanya terlibat dengan dedahan luaran. Tiga prinsip asas kawalan; masa, jarak dan perisai.
1) Masa - kurangkan. Dedahan = Kadar dos x masa.
2) Jarak - jauhkan. Kadar dos menurun secara gandadua dengan jarak iaitu mengikut Hukum gandadua songsang
3) Perisai - gunakan. Sinaran akan diserapkan apabila melalui perisai mengikut hukum eksponen. Perisai dari bahan berketumpatan tinggi adalah sangat berkesan.
Bekerja dalam bilik dedahan adalah yang paling selamat. Dinding bilik dedahan biasanya dibuat dari konkrit berketumpatan tinggi ( 2.35 g/cc ). Manakala pintu pula diperbuat dari plumbum ( 12.4g/cc ). Rekabentuk 'labyrinth' adalah yang paling ekonomik dan praktikal.
Jika kerja radiografi perlu dilakukan di lapangan, penggunaan kolimator ( dibuat dari Plumbum atau Tungsten ) adalah sangat-sangat digalakkan bagi punca radiaktif.
* Dipetik dari sebuah blog
Moral of the story : Kerja yang membabitkan radioaktif memang bahaya gila. Hohohoho =D
Write without regret by Devil Inc. at 12:06:00 PM, Monday, August 3, 2009
Aku dulu pernah belajar Adobe Photoshop, SWiSH, Flash, CS Design. Macam-macam pernah buat. Poster, web page, iklan, etc. Actually, designing nie syok tau. Macam-macam boleh di-explore, macam-macam boleh buat. Ex : pic biru-biru (-_-")Dulu aku pernah buat satu page Flash ringkas pasal DBSK - sila review post lama untuk mengetahui apakah menatangnya DBSK tu ^_~ Walaupun kena kutuk dengan lecturer kaw-kaw punya tapi syok juga dengan hasilnya - walaupun tak seberapa.* Aku teringin nak belajar balik - so that aku boleh sharpen memory aku balik.Ade sesiapa nak volunteer ajar aku?
Write without regret by Devil Inc. at 3:51:00 PM, Sunday, August 2, 2009
Bunyi hebat gila kan tempat kerja aku sekarang? Hohohoho~ Aku tidak pernah mengetahui kewujudan tempat ini sehinggalah aku dapat kerja dekat sini - kecuali aku pernah dengar masa aku temuduga dulu - awal-awal lagi orang yang temuduga itu sudah beritahu yang temuduga tu khas untuk pengambilan bagi Agensi Nuklear Malaysia.
* Semua orang akan cakap - " Kau buat bom ye dekat sana? " bila aku cakap aku kerja dekat sini (-__-")
Pesanan pertama yang aku ingat orang pentadbiran bagitau aku masa telefon untuk beritahu yang aku sudah berjaya mendapat kerja di sini - " Kalau boleh carilah kenderaan sendiri ye? Tak ada public transport yang masuk kat sini "
Aku keliru juga - kenapa kenderaan awam tidak masuk ke dalam? Pelik kan? Jauh sangat ke? Bila ditanya, dia cuma beritahu - " Tempat nie ke dalam sikit "
Tetapi bila sudah datang ke sini sehari sebelum hari melapor diri, perghhhhhh... berjurai air mata mak aku tengok tempat kerja aku. Bukannya bangga, tetapi susah hati memikirkan aku yang hendak kerja dekat sini nanti - dengan struktur jalan yang mengalahkan jalan hendak pergi ke Cameron Highlands, ceruk lagik.
Wuuu.... (T____T)
Masa itu, pakcik aku jumpa Pak Guard dekat pintu utama - konon hendak minta tengok dekat dalam tetapi dia kata dekat sini, hanya boleh masuk waktu bekerja sahaja. Diulangi : SAHAJA. Masa itu tengok punyalah besar pagar yang menutup itu - sudah macam kawasan penjara. Huhu (T_T)
Mak aku cakap - " Hutannya tempat kerja~ "
Bila terpandang beruk-beruk yang tengah bersidai kat pagar besar dan sekeliling kawasan itu, pakcik aku cakap - " Haah, nampak sangat memang kerja dalam hutan " (-_-")
Hari pertama aku dekat sini - 21/4/2008 - Isnin. Bersemangat pergi awal - sudah tercongok dekat blok 11 seawal pukul 7.30am. Gila awal. Semua orang pun tak masuk kerja lagi masa itu. Blok 11 adalah bangunan awal yang akan dijumpa bila masuk dalam kawasan nie [ selain post guard tu ]. Di mana terletaknya Blok 1? Sebenarnya tak adapun. Di sini, paling awal adalah Blok 10 - dekat Pak Guard sana. Trivia tu, trivia.
Mula-mula dulu, dengar khabar angin yang mengatakan penempatan bahagian hanya akan dapat sebulan akan datang. Perghhhhh~ Lama tu. Sudahlah kami semua berterabur dalam itu, tidak ada tempat khusus hendak berkumpul. Rutin kebiasaan cuma punch in dan melepaklah kamu sehingga masa punch out pukul 5 itu. Seronok berebut hendak punch masa punch out tu. Konklusi aku masa mula-mula dulu adalah semua orang sebenarnya tidak sabar nak balik, tidak sabar hendak keluar dari hutan ini (-_-")
Seminggu lebih bertapa dalam perpustakaan sementara tunggu penempatan. Akhirnya dapat juga. Tidaklah menunggu sampai sebulan kan XD Aku dapat dekat Bahagian Teknologi Perubatan - satu bahagian yang membuatkan aku terfikir - " Apa yang aku hendak buat dekat sini? "
Orang pertama yang aku jumpa dalam bahagian ini adalah Pengarah Bahagian - seorang yang bergelar Dato'.
" Kerja kat sini bukan buat bom "
" Kerja kat sini takkan ada apa-apa effect "
" Kerja kat sini takkan membuatkan awak mandul sebab saya sendiripun ada anak. Pegawai saya ada yang kahwin dua, ada yang dapat anak kembar, ada yang tengah mengandung "
Bersungguh dia terangkan yang kerja dekat sini memang tidak akan membawa apa-apa masalah kepada kami.
* Kami tiga orang yang dapat satu bahagian - yang lain semua seorang satu bahagian (^__^)V
Tiba-tiba tengok Dato' bangun hendak ambil sesuatu di atas meja dia dan kami terpaku tengok dia berjalan - macam ada masalah sikit.
Cepat dia cakap - " Jangan ingat saya jadi macam nie sebab radioaktif. Saya jatuh basikal masa kecil dulu "
Huhuhu~ (-__-")
Aku dapat masuk team Pengeluaran [ BACA : Production ]. Dulu kan, bukan main lagi aku benci dengan kerja kilang. Konon tidak berprestij, tidak hebat, malu. Tapi bila dekat sini, bahagian di sini dibahagikan pada beberapa bahagian lagi - Production, Quality Control [ QC ] Quality Assurance [ QA ]. Tidak bunyi macam dekat kilang ke tu? (-__________-")
Masa itu aku jumpa pegawai aku, Pegawai Penyelidik [ BACA : Research Officer [ RO ] ] dekat sini. Perempuan. Dia punya seronok aku masuk team Pengeluaran sebab katanya dia ada teman untuk kerja malam, kerja hari minggu. Tetapi dia sudah berhenti kerja dan sekarang kerja dekat Arab Saudi. Meninggalkan aku keseorangan di sini (-____-") Aku seorang saja perempuan dalam kumpulan ini. Huhuhu~
Berbulan juga hendak mendapatkan rentak di sini - yelah, benda baru - semua kena belajar. Bengong juga dibuatnya sebab dekat sini ramai pegawai - cakap pun guna terma-terma yang boleh membuatkan yang mendengar ini ternganga-nganga.
Apa bahagian aku buat?
Kami menghasilkan bahan radioaktif untuk dibekalkan ke hospital - untuk kegunaan mengesan kanser paru-paru, tulang.
Hebatkan?
Memang la bahaya tapi yang pentingnya, bunyi itu hebat. Wehehehe =D
Inilah yang tempat kerja aku buat. Sila zoom.
Ayat kegemaran aku untuk membengangkan orang yang suka kacau aku masa aku sibuk nak buat kerja - " Eh, jom pergi main radioaktif kejap nak? " (-_______-")
Ha, kalo berani... marilah main skali =D
P/s: Kamu boleh tengok http://www.nuclearmalaysia.gov.my/ untuk membuka minda kamu pasal tempat kerja aku =)
Write without regret by Devil Inc. at 1:54:00 PM,
Sekarang nie, semua orang macam suka sangat bagi soalan cepumas - " Engkau bila nak kahwin? "Nak jawapan?Tahun depan Esok Akupun tak tahu (-_-")Jawapan paling popular aku dengar so far nie dari kawan yang tak kahwin lagi - " Aku kahwin bulan 12, tahun je tak tahu lagi "Jujurnya, aku tak memikirkan perkara nie sekarang. Jujur. Aku tahu, semua orang ada target umur untuk kahwin bila. Dulu, masa sekolah, ada yang dah gatal-gatal target nak kahwin selepas SPM (-_-") Aku? Aku fikir nak kahwin lepas ada kerja, sekurang-kurangnya umur dalam 24 tahun macam tu.
Tapi lama kelamaan aku rasa aku tak memikirkan perkara tu lagi. Mula-mula dulu dengki juga la pergi kenduri kawan sekolah la apa la tapi lama-lama aku tak rasa apa-apa.
Memang, umur bukan makin muda. Tapi aku tak tahu kenapa otak aku tak boleh nak memikirkan perkara nie. Pelik.
Semua orang yang dah kahwin berubah. Dah tak macam dulu. Semua berubah - dari segi pergaulan, dari segi percakapan.Yelah... hidup dah berubah, mesti la orang pun berubah kan?Rase kehilangan pula.Tak nak kahwin boleh tak? Happy dengan life aku sekarang.Pernah seorang tu cakap - " Tak layak pun "- menyatakan betapa aku tak layak untuk kahwin.Cuih... macam aku nak kahwin dengan dia. Hahahahahaha~