Write without regret by Devil Inc. at 6:32:00 PM, Tuesday, November 30, 2010
Soal kepercayaan memang sesuatu yang sangat subjektif untuk dibincangkan.

Kamu dah kenal berpuluh tahun pun belum tentu kamu boleh percayakan orang tu tapi orang yang kamu kenal dalam masa lima minit kamu boleh ternganga percaya apa yang dia cakap sampai kamu boleh melabur puluhan ribu dalam skim yang entah apa-apa tu.


Nampak? Subjektif bukan?

Garis masa bukan satu elemen penting dalam hal nie. Jadi, apa yang penting?
*Eh, kenapa aku dah macam bagi kuliah pula nie? Chez~*

Apa yang penting? Kerjasama Hati. Ya, hati. Hati kamu tu. Kalau hati kamu kata kamu percayakan dia, secara automatik kamu akan percaya.


Pokok pangkalnya hati.


Bahaya kan hati tu? Suka-suka dia je nak percayakan orang. Hehehe :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:23:00 PM, Monday, November 29, 2010

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-keduat. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya.

Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.

Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluhpun dengan keadaannya yang membongkok itu. "

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggung-jawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.

Anak perempuannya itupun kemudian mula dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang tadinya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok ?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.

"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."

"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apapun juga, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongouk-bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, demi kelangsungan hidup keluarganya."

"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah."

 
Write without regret by Devil Inc. at 2:07:00 PM,
Jadi kaya nie seronok ke? :P

Kalau kaya, banyak benda yang kamu boleh lakukan. Betul tak? Seronok berangan-angan ke tahap yang kamu sendiripun tak pasti kamu boleh sampai ke situ atau tak :P


Aku selalu cakap kepada kawan aku -
" Duit tu bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit "

Betapa pentingnya hidup sekarang nie bertatangkan duit semata. Jadi, tak hairan la kan bila mana semua orang mula menggilai duit sekarang. Boleh faham? :)


Akupun nak jadi kaya juga la macam nie. Hish, bukan kaya dalam tin. Eh, bukan kaya duit juga.
Habis tu nak kaya apa?

Aku nak kaya hati.

Pelik?

Aku nak hati aku kaya dengan segala kesabaran dan ketabahan yang ada dalam dunia nie. Aku nak hati aku sentiasa berpijak atas bumi, bukan terawang di atas sana.
Pelik ke? /:)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:09:00 AM,
Entah kenapa, hati terasa sangat-sangat-sangat [ BACA : terlampau ] sunyi sedari awal minggu lepas. Sampai aku nekad mahu bercuti saja pada ulangtahun hari lahir aku. Sunyi yang bukan sedikit, menggunung rasanya. Badan pula tak mahu bekerjasama dengan baik - terasa macam penat sangat walhal bukan berat mana rutin kerja aku. Demam usah ceritalah - memang dah jadi kawan baik rasanya, tak mahu berenggang langsung :P

Masa hampir ke detik tengah malam dua puluh enam hari bulan, semakin kuat rasa sunyi. Aku tahu kesunyian tu disebabkan oleh apa. Aku pasti kamu juga tahu.

Abah.

Ya, kesunyian itu disebabkan oleh abah. Tak salah lagi.

Abah salah seorang yang tak pernah lupakan tarikh lahir aku. Mak pula sebaliknya. Pelik kan? Sepatutnya perempuan, secara faktanya, lebih mengingati segala tarikh penting dan tak berapa nak penting :P Tapi dalam keluarga aku, semuanya terbalik. Hehe.

Abah belum pernah gagal ingat tarikh lahir aku. Dia tak pernah buat majlis hari lahir untuk aku, tak pernah nak bagi hadiah hari lahir macam ibu bapa orang lain, tak pernah nak beli makanan hebat-hebat lagi mahal [ BACA : KFC, etc. ] untuk meraikan hari lahir aku, jauh sekali nak ucapkan " Selamat Hari Lahir " kepada aku.

Tapi, selalunya sehari dua sebelum hari lahir aku, dia akan kata - " Eh, esok hari jadi adik kan? " :')

Seingat aku, dia tak pernah gagal lagi untuk berkata begitu :')

Mak pula sebaliknya. Dia jenis memang tak ingat segala tarikh yang ada. Nak tergelakpun ada bila dia bersembang dengan abah.

Abah : Esok hari jadi adik
Mak : Bila? Esok?
Abah : Yelah, esok dua puluh enam hari bulan
Mak : Hari lahir adik ke?
Abah : Hari jadi la, awak nie
Mak : Hari jadi lahir ke?
Abah : Hari jadi la
Mak : Sama je tu. Hari jadi lahir

Hehe. Kelakar. Sampai sekarangpun mak bahasakan " Hari Jadi Lahir " (-___-")

Abah tak macam bapa orang lain - yang bila tiba hari lahir anak, disambut meriah walaupun anak tu dah berusia dekat tiga puluh tahun sekalipun. Kami bukan keluarga yang beria-ia menyambut segala sambutan - hari lahir, ulangtahun perkahwinan, etc. Semua tu sekadar berpaksikan ingatan. Cukup.

Tak guna nak sambut meriah bagai, tapi habis je majlis, semuapun lupa sampai la sambutan meriah tahun depan (-___-")

Tahun lepas, masih lagi dengar abah mengingati tarikh lahir aku sehari sebelumnya.

Tapi tahun nie, dah takde. Sedih sangat. Aduhai (T___T)

Otak aku berkitar tentang abah - sepanjang malam. Menungan di tepi meja. Tv pun senyap, tak dibuka. Mahu menghayati kesunyian di malam itu.

Sungguh, aku terlalu rindukan lelaki itu. Terlalu.

Sesungguhnya, pemergian dia meninggalkan satu lompong yang besar dalam hati aku. Satu kekosongan yang tak mungkin terisi dengan sesiapapun. Kesunyian yang aku akan bawa sampai ke hujung hidup nanti.

:'(
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:31:00 PM, Wednesday, November 10, 2010
Oh yeah, jadual bertugas dah keluar. Mula-mula dulu kata hujung bulan Oktober kali terakhir buat Production sebelum hotcell ditutup. Alih-alih, tak jadi pula, ditunda sampai ke hujung tahun. Adui...~ (T___T)

Ranap segala perancangan aku.

Hari Raya Aidiladha nie sepatutnya kena kerja tapi boleh la lari kejap balik. Takde la cuti lama, panjang macam orang lain. Balik hari Selasa, Rabu tu raya, Jumaat dah kena lari balik sini sebab Sabtu kena kerja dah. Hishhh~ (T___T)

Takpe la walaupun sekejap, asal tak kena kerja masa hari raya macam tahun lepas :P

Dan seperti biasa, masa hujung tahun adalah cuti sekolah dan tu la masa yang terbaik untuk semua orang berkenduri kahwin.

Aku?

1. Baru je minggu lepas, 6hb November tu dah terlepas satu kenduri kawan sekolah, Wan Zuraida dekat Ipoh. Minggu nie, hari Sabtu, 13hb November pula, hari kenduri kakak kawan aku. Pun tak boleh nak datang sebab kena kerja.

2. Minggu depan, hari Sabtu, 20hb November, budak Mint kahwin dekat Kedah. Lepas raya. Dah tentu-tentu tak boleh nak datang. Hari yang sama juga, kawan sekolah aku pula kahwin, Jason Charles namanya (T___T)

3. Minggu lagi depan? Hari Sabtu, 27hb November, hari kenduri untuk kawan sekolah juga, Nur Faizura. Tu aku tak pasti lagi macam mana. Aduhai~ (T___T)

Tekanan sungguh. Aku nak pergi kenduri kamu semua (T_____________________T)

P/s : Nasib baik boleh pergi ke resepsi perkahwinan bekas pegawai aku, ala, yang perempuan satu team Production dengan aku - yang berhenti kerja di sini dan kerja di luar negara. Majlis dia 12hb November nie dekat JW Marriot, Putrajaya. Ala... tempat Hotel Mania tu :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:57:00 PM, Tuesday, November 9, 2010
Suka

1. Laut : Sangat menenangkan fikiran - jom pergi pantai~

2. Cologne Baby Johnson : Satu-satunya cologne yang dipakai dari zaman sekolah :)

3. Coklat, coklat dan coklat : Apa-apa saja berkaitan coklat adalah kegemaran aku XD

4. Papan kekunci [ keyboard ] : Aku sangat suka menaip :P

5. Romantik : Oh oh oh... pasangan yang romantik memang sangat best kan?

6. Ros merah : Kalau dapat secara tiba-tiba... aishhh...~

7. Nombor lapan : Ingatkan nombor tujuh tu nombor bertuah tapi sebenarnya lapan (-__-")

8. LC : Motosikal kesayangan :')


9. Tudung putih : Sebab boleh dipadankan dengan apa warna baju sekalipun :D

10. Tomyam dan tempoyak : K.e.g.e.m.a.r.a.n XD

11. Honda : Jenama kereta idaman

12. Jegilkan mata dekat budak-budak : Aku garang dengan budak-budak okey? :P

13. Kipas : Kipas wajib bertiup di posisi depan muka semasa tidur

14. Laptop : Aku memandang orang yang memakai laptop sangat cool~

15. Grafik : Kalau la aku seorang yang pandai mereka grafik kan bagus...~

16. Hitam : Warna yang boleh membuatkan aku nampak lebih kurus

17. Colgate : Satu-satunya jenama ubat gigi yang menjadi pojaan ati :D

18. Jalan sesak a.k.a jam : Boleh menunjukkan skill mencelah-celah dengan hebatnya :D

19. Tanggapan pertama : Aku suka penilaian dari tanggapan pertama - judge book by its cover. Bagi aku, tanggapan pertama tu penting

20. Nike : Jenama barangan sukan kegemaran :)



Tak Suka

1. Bersin dan batuk : Orang yang bersin dan batuk, dan tak menutup mulut masa tu. Ades (T___T)

2. Basuh tangan : Tolong la basuh tangan selepas melakukan sesuatu. Kotor okey? (-___-")

3. Wangian : Aku alergik dengan wangian a.k.a perfume. Pelik kan?

4. Pengotor : Siapa suka orang yang pengotor boleh angkat kaki? :P


5. Meninggikan suara : Tolong jangan meninggikan suara dengan aku bila bercakap

6. Penyibuk : Privasi itu sangat penting. Boleh faham?

7. Buat lawak yang tak menjadi : Penat nak gelak yang dibuat-buat. Sangat memakan tenaga :P

8. Roundabout : Aku gagal dalam hal nie. Aku selalu keliru nak ikut pukul berapa (T__T)

9. Baju Baby-T, sendat-sendat atau sama makna dengannya : Erks, tak cukup kain ke apa?

10. Tempat yang berselerak : Serabutttt~

11. Ubat : Aku benci makan ubat. Jangan paksa aku.

12. Budak-budak : Ya... ketahuilah aku seorang yang sangat anti dengan budak-budak yang berumur dua tahun ke atas dan lagi anti dengan budak-budak yang banyak songel

13. Komputer yang tiba-tiba hang : Rasa nak sepak CPU je

14. Harga dan kualiti : Apa yang dibayar tak setimpal dengan apa yang didapati. Mahal tu tak kisah, janji kualiti ada

15. Kad atm : Kehadiran kad atm yang mempunyai baki yang banyak di dalam beg duit aku adalah satu masalah untuk aku :P

16. Hipokrit : Orang yang hipokrit, duduk jauh-jauh daripada aku

17. Sudu, garfu, pisau, etc yang berdenting bila makan : Owh, bila makan berdekatan dengan aku, sila jaga perangai yang satu nie ye? Aku cukup benci.

18. Bunyi bising bila mengunyah : Nie lagi satu... makan secara perlahan-lahan tanpa mengeluarkan bunyi tak boleh ke? Penting ke nak kunyah bising-bisng macam rahang nak tercabut semata-mata nak menyatakan dekat orang sekeliling - " Wei... aku tengah makan nie okey? " Chez~ (-____-")

19. Bebel : Aku seorang yang kuat membebel dan sudah pastinya, takde orangpun suka dibebel. Jangan membebel tepi aku sebab aku ada penapis semulajadi di telinga aku - di mana bila aku tak mahu mendengar bebelan itu, secara automatiknya cakap-cakap kamu tu akan berlalu macam angin di tepi telinga aku. Kehkehkeh :P

20.Doktor, jarum, etc. yang berkaitan dengan hospital : Aku benci hospital, doktor. Hish...~ (T___T)


* Yeay, dah habis jawab tag XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 2:29:00 PM,
Minggu lepas, masa buat pencarian tentang pakej-pakej Astru, terbaca la satu perenggan ayat dalam Wikipedia tu -

" Semua pelanggan Astro mempunyai pakej Famili sebagai langganan minimum tetapi lazimnya mereka juga melanggan pakej-pakej lain "

Pakej-pakej lain.

Dekat kampung, minima pakej aku berharga RM54.95 - ada pakej Family dan tiga mini [ Learning + Fun + Variety ] Dah tak boleh rendah dah. Masa tu kalau bayar pemasangan RM80, tu la pakej paling rendah. Kalau bayar pemasangan tu RM199, baru boleh dapat pakej RM37.95. Tapi masa tu mana ada duit sebanyak RM199. Yang mampu masa tu RM80. Nak tak nak, terima je la (T__T)

Tapi dah dasar tamak haloba, masa Astru telefon bagi promosi untuk pakej Movies, aku sauk je. Lepas tu, rambang mata tengok iklan Mustika. Pun ambil juga. Dah namanya tamak haloba kan :P

Dekat sini, minima pakej RM37.95 je. Tapi dengan tamaknya, aku tambah pakej lagi. Aku tambah pakej dua mini [ Fun + Variety ], Movies dengan Mustika. Alasannya - dah biasa tengok dekat kampung, nanti kat sini tekan-tekan nombor tapi tak boleh tengok, tak best. Konon. Haha :P

Menambah pakej-pakej = bil melambung. Hehe :P

Dan selalunya, aku tak punya banyak masa untuk diluangkan depan tv sekarang nie. Dunia aku cuma pergi dan balik kerja. Balikpun selalunya dah malam. Beritapun selalu je terlepas (T___T) Selalunya aku akan mandi selepas balik. Selepas mandi baru mengadap tv. Dan dengan segala kepenatan seharian tu, kamu rasa berapa lama aku tercegat tengok tv?

Satu jam?
Dua jam?
Tiga jam?
Empat jam?

Kadang-kadang, cuma sepuluh minit (-___-")

Sepuluh minit je. Lepas tu, aku dah tergolek dekat sofa.

Sabtu Ahad? Kerja lagi. Bila dah kerja, bila ke masa aku nak mengadap tv? Huhu~

Awal bulan nie, aku menambah lagi pakej aku. Dasar tamak haloba lagi. Haha. Tapi tetap, sepuluh minit depan tv.

Dah rasa macam orang kayapun ada :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:41:00 AM,
Ya, berita buruk.

Production tidak akan ditutup sehingga hujung tahun ini.

Sekian, terima kasih.


P/s : Baru je kata awal bulan November nie nak tutup, tup-tup tak jadi pula. Minggu depan dah nak raya, kalau nak ikutkan memang giliran kumpulan aku tu. Alamakkkk~ (O___O)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:32:00 AM, Monday, November 8, 2010
Okey, sambung ke babak yang seterusnya. Mula-mula duduk di sini, teringin juga nak masukkan Astru di rumah sewa yang dikongsi dengan tiga orang teman yang lain masa tu tapi faham-faham je la, dah duduk ramai-ramai, tak semua satu kepala. Lagipun semuapun bujang, masing-masing tak nak bayar lebih. Tambahan pula, seorang teman masa tu dah bertunang, nak kumpul duit kahwin, mesti la nak potong belanja bagai kan.

Bertahan juga dengan arial kecil yang letak atas tv tu. Mujur siaran okey, tak la kalut sangat.

Berpindah ke rumah baru, masih menggunakan arial yang sama tapi hampeh, siaran teruk gila. Jangan katakan nak tengok 8tv, siaran Tv1 dengan Tv2 pun tak boleh nak dapat. Apa kes...~ (-____-")

Jenuh menggodek tv, mencari frekuensi tapi malangnya memang takde. Aiyah...~ (T___T)

Dah la arial apartment pula rosak. Aduhai...~ (T____T)

Bertahan tak sampai seminggu berkeadaan macam tu. Layan dvd je bila balik dari kerja. Nasib baik stok dvd yang tak tengok tu banyak lagi :) Akhirnya, aku putuskan aku kena pasang Astru juga. Kalau tak, jenuh aku kena pusing dvd yang sama hari-hari (-___-")

Mujur tengah ada promosi dekat Warta masa tu. Warta adalah pusat membeli belah di Bangi - ala-ala macam Giant la. Nanti kemudian la aku ceritakan pasal tu.

Bayaran pemasangan cuma RM30 (O____O) Mula-mula tak percaya juga sebab bila bertanyakan di kedai sebelum tu, bayaran pemasangan RM80. Siap telefon Astru lagi, tanya betul ke ada promosi macam tu dekat Warta. Katanya, memang ada tapi kalau was-was, boleh ambil nombor pada pas pekerja Astru tu dan telefon balik untuk mengesahkan betul ke orang tu bekerja dengan Astru.

Masa tu rasa macam yakin. Tambah pula seorang teman dah mengesahkan perkara tu betul sebab diapun dah mendaftar di situ dan memang takde masalah, takde bayaran lebih. Risau tu bukannya pasal apa. Kalau pasang dekat kedai, sekurang-kurangnya kalau Astru aku ada masalah, aku boleh serang kedai je. Dah tentu boleh dibaiki hari yang sama juga. Kalau pasang dekat kaunter macam nie, kalau la ada masalah, aku kena telefon operator. Nak tunggu tu minima empat puluh lapan jam. Perghhhhh, azab tu.

Aku nekad pergi daftar juga lepas dah termakan cakap si teman yang dah ada pengalaman tu.

Bayaran pemasangan cuma RM30. Pakej paling rendah RM37.95. Nasib baik. Kenapa aku kata nasib baik? Sebab dekat kampung, bayaran paling minima aku kena bayar RM54.95. Huhu (T___T)

Orang tu kata kena tunggu dalam masa seminggu, nanti Astru akan telefon dan berikan nama juruteknik, nanti juruteknik akan telefon untuk temujanji. Ewah, macam nak keluar berduaan pula :P

Remeh betul protokol tu.

Tiga empat hari kemudian, Astru telefon dan sehari selepas tu, jurutekniknya pula telefon. Malangnya masa yang dia pilih tu tak kena dengan masa aku. Aku ada kerja masa tu. Jadi, nak tak nak terpaksa tunggu juruteknik lain pula (T___T)

Dekat tiga empat hari juga menunggu. Akhirnya dia telefon juga. Juruteknik tu datang kalau tak silap hari Sabtu.

Rasa nak menangis terharu bila dapat tengok siaran jelas. Haha. Melampau.

Dan bermulalah perchentaan antara aku dengan incik Mitzuyu *wink*
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:53:00 PM, Saturday, November 6, 2010
Kadang-kadang kita terlupa di mana kita berpijak sekarang,
Kadang-kadang kita terlupa ada hati yang sedang merindui, ada hati yang sedang disakiti,
Kadang-kadang kita terlupa siapa kawan dan siapa lawan,
Kadang-kadang kita terlupa menilai yang mana baik dan yang mana buruk,
Kadang-kadang kita terlupa semua manusia itu tidak sempurna,
Kadang-kadang kita terlupa kita bukan malaikat untuk menilai orang lain, bukan syaitan untuk menjahati orang lain,
Kadang-kadang kita terlupa hidup ini cuma sementara, pinjaman semata-mata,
Kadang-kadang kita terlupa ada keluarga di kejauhan sedang bergelak ketawa, ada yang merintih sepi,
Kadang-kadang kita terlupa...

* Aku menaip secara rawak - tiada kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Harap maklum :)

Kadang-kadang kita terlupa.

Ya, kadang-kadang kita terlupa. Aku, kamu, semua orang. Kita lupa itu, kita lupa ini. Entah kenapa dalam fikiran aku secara tiba-tiba terlintas perkataan tu dan tangan aku terus laju je menaip.

Akupun kadang-kadang terlupa. Ke selalu? (-____-")

Aku kadang-kadang lupa - satu hari dulu aku pernah terluka dengan perbuatan dia tapi sesenang itu aku berbaik dan melupakan segala. Aku fikir takpe, dah dia nak berbaik, akupun kena baik juga la dengan dia. Tak salah berbaik sesama manusia kan? :)

Aku kadang-kadang lupa - buat baik macam mana sekalipun, kadang-kadang orang tu tak pernah nak hargai. Kenapa macam tu ye?

Aku kadang-kadang lupa - hidup kita tak pernah sama rata. Ya, semuapun manusia. Tak sempurna. Tapi ada jurang miskin, kaya, cantik, buruk. Lepas tu dalam kategori kaya pun ada jurang - kaya biasa, kaya lebih, kaya gilaaaa XD

Aku kadang-kadang lupa - akan ada sentiasa orang berasa dengki dengan kelebihan kamu seperti mana kamu berasa dengki dengan kelebihan mereka.

Aku kadang-kadang lupa - kehidupan yang di atas bukan selamanya akan berada di sana. Jadi, kenapa perlu merasa selesa dengan apa yang ada kini?

Aku lupa setiap satu benda-benda kecil tu. Benda-benda kecil yang kadang-kadang aku rasa semua orang abaikan, semuapun tak ambil kisah.

Aku bukan sempurna, jadi kalau aku terlupa, tolong ingatkan aku. Kita sama-sama jadi pembimbing yang baik antara satu sama lain ya? :)

* Dan kadang-kadang aku hampir terlupa, dah hampir enam puluh hari abah pergi meninggalkan aku tapi aku masih rasa semuanya macam baru semalam berlaku :'(
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:49:00 AM, Friday, November 5, 2010
* Ewah... dah macam karangan masa zaman sekolah dulu pula XD

Dulu, tv dekat rumah cuma pakai arial biasa je. Letaknya di belakang rumah. Tinggi menggalah. Yelah, kan ada teori kalau letak lagi tinggi, konon liputan siaran tu lagi jelas la. Kan?

Lama wo pakai arial biasa tu, bertahan juga la bertahun-tahun sampai masa tu Ntv7 dah mulakan siaran tapi aku rasa ketinggalan zaman sebab tak boleh tengok gara-gara arial biasa tu. Masa tu kalau nak tengok Ntv7, kena pakai arial yang ada booster. Orang panggil arial tulang ikan. Masa tu mahal wo nak pasang. Tak silap aku ada dekat seratus ringgit. Abah tak nak pasang sebab katanya, buat apa nak membazir beli arial baru, arial lama boleh pakai lagi (-___-")

Aku pula? Rasa ketinggalan zaman bila orang sibuk cerita pasal apa yang ada kat Ntv7 tu.

" Eh, kau tengok tak cerita Betty La Fea semalam? "
" Cerita kat Tv7 tu best gila "

Aku cuma boleh anggukkan saja kalau orang bercerita (T___T)

Kalau tak silap, dalam tahun 2001 rasanya arial rumah aku baru bertukar ke arial yang ada booster tu. Tapi masa tu bukan yang jenis tulang ikan tapi yang versi terbaru sikit. Itupun gara-gara abah beli tv baru dan letak kat ruang tamu, dekat depan sekali. Selama nie tv dekat rumah letak kat ruang tengah rumah je.

Rasa teruja gila ( BACA : teruja gila ) masa nak beli arial baru dekat kedai elektrik di pekan. Hehe XD

Puas la penjual tu suruh pasang Astru dekat rumah tapi masa tu bayaran pemasangan mahal lagi. Kena bayar RM199. Tak mampu la. Takpe, beli yang biasa-biasa je. Beli arial tulang ikan versi baru yang berharga RM70. Itupun rasa mahal lagi.

Aku dengan gigihnya memasang arial yang rangkanya cuma plastik tu. Chez, mahal sungguh kalau setakat plastik je. Taktik pemasaran semata-mata. Chez (*___*)

Dan dengan bantuan jiran, akhirnya arial tu berjaya ditegakkan di halaman rumah. Rasa bangga gila bila dapat tengok siaran Ntv7 masa tu.

Tapi masa tu, orang sibuk bercerita tentang Astru, drama-drama dalam Astru Prima la, etc (-___-") Sekali lagi aku ketinggalan zaman. Orang lain dah beranjak ke Astru, aku baru nak merasa satu teknologi ke belakang. Haha :P

Masa balik rumah, tengok jiran kiri kanan depan belakang semua dah ada piring Astru. Tak kisah la bayar sendiri ke atau anak menantu tolong bayarkan, janji ada Astru. Kami satu keluarga bertahan juga dengan arial plastik tu. Hehe :P

Sampai la aku dah kerja kat sini, bila masa cuti je, aku tengok abah menung depan tv. Sejak abah sakit, dunia abah cuma dalam rumah. Sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan peratus dunianya di situ. Berapa banyak sembilan da (-___-")

Kasihan tengok abah yang menekan-nekan alat kawalan tv, mencari siaran best untuk ditengok setiap pagi. Siaran percuma tv dekat Malaysia nie apa yang ada pagi-pagi. Setakat Selamat Pagi Malaysia, MHI, Barney and Friends, Sesame Street, etc. (T___T) Kamu ingat abah aku melayan Sesame Street ke pagi-pagi (-___-")

Aku fikir nak masukkan Astru la dekat rumah. Pergi ke kedai elektrik yang aku beli arial plastik tu, tanya pasal Astru. Masa tu, bayaran pemasangan RM80. Takpe la bayar sikit, janji puas hati, janji abah boleh tengok tv dengan hebatnya pagi-pagi. Terus tandatangan surat kontrak masa tu juga. Bersemangat. Dan tengah hari tu juga orang kedai tu datang pasang Astru dekat rumah. Sungguh efisien. Mentang-mentang dah bayar duit.

Mak bising juga sebab katanya nanti kalau ada rosak ke apa ke, siapa yang nak tengok-tengokkan. Almaklum la orang rumah bukannya reti menggodek benda-benda macam nie. Aku seorang je yang rajin menggodek segala benda.

Tapi takpe la, demi abah. Itu niat aku.

Aku sempat duduk sehari je melayan Astru sebab keesokan harinya aku kena balik ke Bangi. Balik je ke Bangi, abah dah telefon - mengadu yang takde siaran. Jenuh aku telefon jiran suruh tolong tengokkan, lepas tu telefon kedai elektrik tu balik - suruh tengokkan apa masalah decoder kat rumah tu.

Ah, ada aku kisah kamu nak ke tak datang ke rumah. Aku dah bayar okey?

Rupa-rupanya memang, decoder ada masalah. Dia hantar balik ke Astru untuk pemeriksaan semula. Aiceh ayat tak boleh blah :P

Sehari dua lepas tu dah okey dah. Aku ajar abah macam mana nak tekan nombor untuk siaran tv. Siap buat senarai siaran dan lekatkan di dinding - untuk mudahkan abah tengok. Mula-mula merungut juga, yelah, benda baru, benda asing. Remeh nak belajar. Kalau dulu satu remote je, sekarang dah dua. Remeh la tu kan untuk orang tua. Lepas tu nak kena tekan 101 untuk Tv1 walhal dulu tekan no 1 je dah boleh tengok Tv1 (-___-)

Aku dapat rasakan pagi abah tak sunyi lagi. Banyak yang dia boleh tengok. Kadang-kadang becok mulut dia bercerita tentang cerita P Ramlee yang tayang dekat beratus kali tu.

Rasa berbaloi bila dapat tengok semua reaksi tu :')

Itu cerita Astru aku dekat kampung. Dekat Bangi pula? Nanti aku cerita :)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:51:00 AM, Tuesday, November 2, 2010
Sejak akhir-akhir nie, entah kenapa rasa kepala macam ada itu batu duduk dalam juga. Hehe. Betul, rasa kepala berat semacam. Tuan empunya kepala nie pun tak tau apa yang menyebabkan kepala jadi rasa berat macam tu sekali. Pelik ek? XD

Rasa macam banyak je yang difikirkan tapi tak tau apa yang difikirkan. Hurm...~

Hidup kini memang terasa kekosongan. Ke sebab kekosongan tu yang membuatkan kepala jadi berat? /:)

Serius, sekarang nie aku rasa nak pergi bercuti. Bukan untuk berjoli. Untuk menenangkan fikiran. Destinasi terbaik - pesisiran pantai. Aku rasa nak pergi bercuti ke mana-mana pantai yang cantik, nak duduk di tepi pantai seharian. Biar la kulit gelap gulita sekalipun, tapi rasa nak menghabiskan masa seharian di tepi pantai. Tak mahu buat apa-apa selain tu.

Dah ada yang mengajak, menawarkan diri untuk meneman tapi rasa macam mau berseorangan, takpun cuma berduaan. Bertigaan rasanya macam ramai je. Hehe :P

Sekarang, bukan musim yang baik untuk pergi berjalan. Hurm, bila ya waktu yang baik? /:)

Rasa nak naik kapal terbang tapi bukan jauh pun nak pergi. Naik bas pun boleh. Tapi dengan segala berita buruk tentang bas sekarang nie, takut pula nak naik (-___-")

Hotcell rasanya bakal ditutup sementara sampai hujung tahun dan rasanya nie la masa terbaik nak merancang segala tapi masa nie pula bukan masa terbaik untuk pergi ke mana-mana. Almaklum la nak masuk musim tengkujuh dah (T____T)

Mahu merealisasikan percutian tu. Soalnya - BILA? (-_____________-)