- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya tentang kamu, Ini kisahnya tentang aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -
Write without regret by Devil Inc. at 9:20:00 AM, Thursday, February 25, 2010
Yeah, minggu nie minggu hyper active untuk aku - yang mana aku mempunyai begitu banyak tenaga walaupun dah tengah malam. Hari pertama memang mengujakan, begitu juga hari kedua. Tapi bila dah masuk hari ketiga, jadi annoying. Mana tak annoying. Hari pertama aku cuma tidur dalam empat jam. Hari kedua pun empat jam. Yang teruknya malam semalam. Dua jam. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~Petang semalam, orang stor call sebab nak ambil tong silinder dekat belakang blok aku nie ha. Dia minta aku tunggu dekat belakang sebab takut tak jumpa. Aku tunggu juga di belakang tu, dengan mengadap panas, ada la dalam sepuluh minit tapi takde orang pun yang datang.Aku masuk dalam pejabat, ambil botol air, sambung tunggu balik kat luar. Pakya bagitau orang stor call tadi, dia dah tunggu kat belakang tapi tak jumpapun aku. Aik? Kan aku dah tercongok kat luar tu, takkan le tak nampak lagi. Chis. Aku duduk balik kat luar, tunggu. Kecil je mata aku pandang jauh sebab panas sangat. Terjenguk-jenguk kot-kot ada nampak lori lalu ke. Tapi hampeh takde juga.Aku berjalan sampai ke tempat parking blok sebelah. Mencari-cari kat situ, takut lori tu pergi ke arah situ. Dua orang makcik cleaner tegur aku - " Cari apa? "Aku tanya balik - " Makcik nampak tak lori lalu kat sini tadi? "Makcik yang seorang nie jawab - " Takde pun. Takde lori dari tadi "Ah sudah. Nie datang naik lori ke naik apa nie? Takkan nak angkut tong silinder tu naik motor je, ingat bawa tong gas ke (-_-")Dengan penuh hanginnya, aku berjalan dalam panas masuk balik pejabat. Kepala dah sakit. Aku call stor, tanya mana orang yang kata nak datang tu?Kakak nie jawab - " Diorang datang naik lori pikap, tak jumpa ke? Diorang sesat kot. Tak biasa jalan kat belakang tu "Serius, aku rasa nak mencarut je time tu. Besar sangat le Mint nie sampai boleh sesat. Chis. Geram betul dibuatnya.Akibatnya, sampai ke malam kepala aku sakit. Tak berdenyut, tapi dekat sebelah kiri, berhampiran dengan bingkai cermin mata aku, dah macam bengkak keras je. Kalau stress, tengkuk yang sakit tapi tengkuk tak sakit la pula. Dekat bengkak keras tu je yang sakit. Jenuh la menonyoh Vicks. Tak cukup dengan Vicks, aku taruk krim terapi - Peace of Mind Sensory Theraphy. Lega sekejap. Tapi kena taruk balik lepas kesan berangin tu hilang. Haih (-_-")Disebabkan malam tadi aku tidur lebih kurang dua jam, pagi nie aku sakit kepala balik. Mata tak mengantukpun, cuma rasa letih sebab tak cukup tidur. Masalahnya aku tak boleh tidur nie. Alahai~ (T_T)Di saat nie la aku rasa hyper active aku nie sangat annoying (T_T)
Write without regret by Devil Inc. at 9:05:00 AM, Tuesday, February 23, 2010
Entah kenapa dari semalam, aku sangat hyper active - sangat banyak tenaga sehingga ke tengah malam. Malam semalam aku susah nak tidur walaupun jam dah pukul 1am. Tengok juga la tv tu sampai terlelap.Pukul 330am aku terjaga. Aku masuk bilik, dengan harapan aku boleh sambung tidur. Tapi dengan bersusah payah aku cuba lelapkan mata. Entah pukul berapa aku terlelap.Aku terjaga balik dalam pukul 550am. Mata dah cekang. Alahai~ Terkebil-kebil kat atas katil sebelum bangun dan terus pergi pasang tv. Nie tengah banyak sangat tenaga sampai berjalan sana sini. Haha. Katanya si Kak Wan :" Gamaknya kamu dah banyak sangat main radioaktif, ada kesannya kot? "Haha. Dah jadi mutan la aku sekarang nie ye? Dah boleh la buka sekolah untuk mutan XD
Write without regret by Devil Inc. at 1:21:00 PM, Monday, February 22, 2010
Minggu nie aku cuba nekad nak juga minum air dengan hebatnya setelah beberapa minggu bertangguh. Haha. Dan pagi nie aku mulakan dengan mengendong botol air aku sambil menemankan May ambil liquid nitrogen. Sambil menunggu, teguk juga la air tu. Tak sampai setengah jam, air dua liter habis juga ditransfer dari botol ke dalam badan. Haha.Dalam pukul 10am, aku mulakan round kedua. Menjelang tengah hari, lagi dua liter habis.Dalam pukul 3pm, aku mulakan round ketiga. Menjelang pukul lima, rasanya dalam 600 hingga 700 ml habis.Malamnya, aku mulakan round keempat. Menjelang tengah malam, aku dah minum satu setengah liter.Mission accomplished.Esok, mulakan misi baru. Sekarang aku mahu minum minima enam liter sehari. Itupun kalau aku tak masuk Hotcell. Gambatte~! (^_^)V
Write without regret by Devil Inc. at 4:29:00 PM, Sunday, February 21, 2010
Kebiasaannya, kitorang buat generator dalam lingkungan tujuh hingga sepuluh generator seminggu. Paling banyak aku pernah join dalam sembilan belas generator (T_T)Dan minggu nie bakal menerima tempahan sebanyak sembilan belas generator.Lalok la aku hujung minggu nie nanti~
Write without regret by Devil Inc. at 10:54:00 AM, Friday, February 19, 2010
Tidur aku sejak akhir-akhir nie tak aman. Aku selalu terjaga sebab terkejut dari mimpi. Lepas tu kalau senang nak tidur balik, kira okey la. Kalau tak boleh tidur, perghhhh... azab~Dulu, aku pernah menghidap insomnia. Teruk betul masa tu. Waktu tidur dah tak macam orang normal. Sepanjang malam mata aku cerah. Orang lain tidur, aku menggodek laptop la, tengok movie la, main game la. Awal pagi bersiap-siap nak pergi kelas, mata okey lagi. Tapi dah naik tengah hari, nak-nak dalam pukul 2 - 3pm, masa tu memang saat-saat kritikal untuk mata aku. Memang selalunya boleh tengok aku tersengguk masa kuliah. Selalunya, kalau takde kelas petang, aku akan tidur je sampai ke malam. Bangun pun untuk sembahyang je. Masa tu rasa nak sembahyang dalam baring tu juga. Malas betul nak bangun. Haha XD Selalunya aku akan bangun dalam pukul 10 - 11pm. Lepas tu secara auto mata aku akan cerah. Berjaga la aku sepanjang malam.Ramai yang nasihatkan aku jangan tidur petang. Bila badan penat, tidur terus malam, nanti boleh bangun pagi. Konon. Aku dah try dah. Cuba keraskan mata aku bila tiba waktu petang dan memang aku berjaya tak tidur petang masa tu. Nekad nak tidur malam tu la konon tapi elok je dalam pukul 9pm, mata aku start cerah balik walhal masa tu aku dah tak tidur dekat 24jam. Tapi aku tetap tak boleh tidur malam (T_T) Bukannya sekali buat dah putus asa tapi aku buat dalam lima hingga enam kali juga sebelum betul-betul putus asa. Haha XDMacam-macam saranan yang aku dapat untuk membuatkan aku senang tidur malam. Ada yang menyarankan buat senaman. Konon malam nanti senang tidur sebab siangnya penat bersenam. Ada yang menyarankan mandi air suam, nanti konon badan senang nak rest. Ada yang menyarankan kira kambing macam Mr Bean buat. Jangan katakan kambing, aku siap kira bola la, perkataan la tapi mata aku cekang juga. Haha XDPenyudahnya aku jumpa doktor je. Dapat ubat tidur tapi berapa sangat yang dibagi doktor masa tu. Takat bertahan dua tiga hari, lepas tu macam tu juga balik (-_-") Masa tu zaman student, boleh la tidur tak menentu. Kalau sekarang nak macam tu, parah aku kat tempat kerja dibuatnya. Pernah juga terjadi beberapa kali. Masih ada kesannya sampai sekarang. Macam biasa la, naik pukul 2 - 3pm, mata aku akan secara auto jadi separuh. Mula la meleleh-leleh nak tidur. Haha. Tapi syukur tak sekronik dulu =)Cuma sejak akhir-akhir nie aku mula tak cukup tidur gara-gara mimpi. Nie duduk tersengguk la nie (=_=)
Write without regret by Devil Inc. at 6:39:00 PM, Thursday, February 18, 2010
Aku tak pernah memperlekehkan segala jenis web network yang ada dari dulu - dari Friendster, ke Myspace, Tagged, Flixter, Pagii, etc. dan yang terbaru sekarang nie - Facebook. Aku cuma lelah mahu mengikut peredaran network nie walhal tujuan utamanya adalah keep in touch with others. Tu je. Method yang sama, cuma sekarang nie siapa lebih canggih. Hehe XDAku dah lama mahu cari seorang kawan nie. Lama sangat. Dia kawan sekelas aku masa Tingkatan Satu dulu. Dia berpindah ke Penang masa Tingkatan Dua. Semenjak tu, aku tak pernah gagal nak kirimkan surat kepada dia dan percaya atau tidak, aku masih menyimpan surat-surat dia sehingga ke hari nie.Kali terakhir aku berjumpa dengan dia [ walhal nie la pertama kali dan kali terakhir aku berjumpa dia selepas dia pindah ke Penang ] adalah dekat Pasar Seni masa tahun 2001. Ya, 2001. Sekarang dah tahun berapa? 2010. Sembilan tahun aku tak ketemu dia. Sembilan tahun. Hilang seorang teman untuk berkongsi setiap cerita. Dulu, apapun teruja betul nak cerita. Masa tu Tingkatan Tiga, belajar pasal apa yang ada dalam hidung, pasal mukus. Terus dalam surat pun dia tulis mukus. Haha. Skema betul dulu-dulu =)Setiapkali aku menulis, tak pernah kurang dari tiga helai kertas, yang penuh bertulis dari depan hingga ke belakang. Maknanya dia akan terima sekurang-kurangnya surat sepanjang enam muka surat. Lenguh nak baca tu kan? Tapi lenguh lagi tangan yang menulis XD tapi masa tu rasa seronok, jadi semuapun teruja nak diceritakan. Dia juga begitu. Sampai kembung-kembung la sampul pos ekspress berisi surat. Hehehe. Kalaulah masa tu pos ekspress start charge untuk lebihan diameter isi di dalam sampul, aku dengan dia confirm akan kena charge punya. Haha XDAku bangga untuk mengatakan aku tak pernah gagal lagi menghantar kad raya kepada dia setiap tahun. Ya, kad raya. Manual okey, bukan secara virtual, bukan secara sms. Kad raya. Klasik beb.Tapi aku lost contact dengan dia lepas jumpa tu. Aku try contact no handphone dia tapi tak dapat. Pelik. Aku try call rumah dia kat Penang, pun tak berjawab (T_T) Aku cuba hantar surat pun tak dijawab semula. Aku tak jemu hantar kad raya sejak kehilangan dia, cuma dua tiga tahun kebelakangan nie aku tak kirim lagi sebab dah putus asa tak dapat balasan.Aku tak tahu ke mana dia hilang, aku tak dapat kesan. Dalam setiap surat atau kad raya yang aku kirim, aku tak pernah lupa nak selitkan email aku, takpun no phone aku. Tapi tetap takde balasan. Pelik. Sedih sebenarnya (T_T)Dan sembilan tahun pun berlalu begitu saja...~Baru-baru nie, entah kenapa aku teringatkan dia. Secara tiba-tiba. Aku search juga namanya pakai Google tapi takde apapun. Pelik. Selalu Google kan sangat hebat, semuapun keluar. Tapi bila nak search pasal dia, takde pula (T_T)Entah kenapa hari tu aku buka Facebook [ ya... aku ada Facebook sebenarnya, cuma tak add orang je XD ] dan search nama penuh dia. Wallah... ada profil yang wujud atas nama tu. Aku cuba view, dan aku yakin, itulah orangnya. Orang yang aku cari selama sembilan tahun. Dan dia dah berkahwin :')Melalui hasil skodeng aku, dia hidup dengan aman sekarang. Alhamdulillah. Sesuatu yang aku selalu doakan sebenarnya. Aku gembira hidup dia sebegini sekarang. Sekurang-kurangnya aku tahu kehidupan dia berjalan dengan baik meskipun dah lama tak contact :')Mata aku terbuka besar bila tengok profile si wife yang bertulis - menetap di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. What?! O.O Dekat rupanya. Betul kata orang, dunia nie kecil je. Pi mai pi mai tang tu juga. Hehe.Berita baik : Dia cuma berdekatan dengan aku
Berita buruk : Aku takkan punya keyakinan mahu berjumpa dia
Berita samar-samar : Dia ingat aku lagi ke?!Aku sebenarnya kurang gemar dengan penggunaan nama penuh dalam profile network nie. Aku dari dulu lagi tak pernah nak reveal nama penuh. Sebab aku rasa tu privacy. Kepada sesiapa yang tahu tu, tahu la. Yang tak tahu, tak payah nak ambil tahu. Haha XDTapi kata seorang kawan chat aku [ yang aku cerita kat sini ] :" Napa awak tak taruk nama penuh je? Susah nak cari. Tengok macam saya, taruk nama penuh lagi "Bukan tak mahu meletakkan nama penuh tapi entah kenapa aku memang kurang gemar bab tu. Biarlah orang tak jumpa. Senang. Tak payah orang lain nak kepochi. Hehe XDBerbalik pada cerita aku tentang kawan aku tu. Okey, sekarang dia ada berdekatan. Lama kelamaan aku akan jumpa juga sebenarnya sebab aku punya perkara yang mahu diselesaikan sembilan tahun lepas. Aku juga mahu bersembang macam dulu, penuh meriah tapi dengan status dia sekarang, aku rasa mungkin terbatas. Ya, tu dah pasti kan?Semoga hari-hari dia berlalu dengan penuh kebahagiaan =)
Write without regret by Devil Inc. at 5:40:00 PM, Wednesday, February 17, 2010
Sejak dua minggu lepas, mood aku untuk bekerja tersangatlah lemau. Seriously. Persekitaran kerja yang sangat down sebenarnya.Jadi, minggu nie, setelah penat gila bekerja hujung minggu CNY, aku nekad - aku mesti bersemangat macam dulu-dulu. Yeah, aku mesti. Sampai bila nak selemau tu, aku sendiripun penat berkeadaan begitu.Secara auto, status aku dalam YM - " Bersemangat~ (^_^)V " sampai adalah yang menegur tanya kenapa aku bersemangat sangat. Hehe XD Aku letih mahu berkeadaan begini, jadi aku sendiri yang patut menanam semangat sendiri. Takde siapa yang nak menggalakkan aku supaya bersemangat kecuali Kak Wan ku sayang tu, jadi silalah menggalakkan diri sendiri. Hoho XDAku mahu bersemangat macam mula aku kerja dulu, aku mahu jadi sepolos itu.Berkatalah seorang teman - " Baguslah, akhirnya awak faham apa yang saya maksudkan selama nie. Asyik down je, tak baguslah gitu "Ya, sila bersemangat mulai hari ini. Gambatte~! (^_^)V
Write without regret by Devil Inc. at 5:20:00 PM, Friday, February 12, 2010
Sepatutnya aku kena kerja hujung minggu lepas, tapi disebabkan aku kena pergi ke BTN minggu lepas, aku terpaksa ganti minggu nie. Dan malangnya minggu nie pula minggu cuti Chinese New Year. Haihhhh~ (-_-")Inilah cuti yang paling panjang serasanya dalam tahun nie sebab aku tengok tahun nie kebanyakan cuti umum terkena hari Sabtu. Huhu (T_T)Dah la Hari Raya Aidiladha aku kena kerja, New Year pun aku kerja, Thaipusam pun kerja juga, kali nie CNY nie pun kena kerja juga (T_T) Minggu depan Maulidur Rasul pun rasanya kena kerja juga (T___T)Semua orang pun kata - " Wah, pulun OT nampak? Lebat la gaji kau~ "Ketahuilah kamu bahawa kerja gomen nie tak menjanjikan habuan yang besar kalau berkaitan dengan pembayaran OT. Huhu. Nak duit lebih tu ada la tapi nak banyak sangat tu, takde la. Kalau dah senior, taraf pegawai, tu ye la banyak duit OT. Setakat aku yang kerja cikai-cikai nie, memang banyak dapat letih lagi ada la sebenarnya (-_-")Dan hujung minggu nie bakal keletihan lagi la aku jawabnya~
Write without regret by Devil Inc. at 2:14:00 PM, Thursday, February 11, 2010
Hari Isnin lepas, aku baru balik dari Kursus Kenegaraan, yang semua orang panggil BTN - Biro Tatanegara. Start dari hari Khamis, 4th sampai 8th lepas.
Keadaan aku? Lemau. Hahaha. Macam luahan dalam entry yang lepas, aku kan malas nak mengemas. Malamnya tu, aku mengemas la juga dalam keadaan terpaksa - lebih kurang pukul 11pm dan masa tu juga la aku nak contact dua tiga orang kawan - semata-mata nak tanya apa sebenarnya yang aku bawa, cukup ke tak perkiraan aku. Gila betul. Aku tawakkal je bawa cukup-cukup kali nie. Kalau la tak cukup, memang aku terpaksa recycle dengan cara membasuh je (T_T)
Aku malas nak pergi sebenarnya tapi mengenangkan mood aku yang lemau di pejabat, adalah lebih baik aku pergi untuk menenangkan fikiran. Di sana, aku jumpa kawan-kawan lama aku masa induksi. Rindu sangat sebab lepas induksi hari tu, aku lost contact dengan diorang semua sebab aku takde email rasmi lagi masa tu. Ada la contact lagi dua tiga orang tapi yang lain semuanya lost. Nasib baik dapat jumpa masa BTN nie. Precious :')
Seronok sebenarnya bila ada kat sana. Boleh lupakan segala masalah, boleh bersuka ria, etc - walaupunnnn badan tersangatlah tak cukup rest masa tu. Hehe. Terkejar sana sini dengan baju sekolah - baju kurung putih, kain hitam.
Teringat zaman sekolah dulu. Aish, rindunya (T_T) Seronok ke hulu ke hilir dengan baju sekolah tu sebenarnya. Masa tu, takde orang nak complaint pun yang baju kamu tu berbasuh ke tidak sebab semua orang pun recycle baju - siap ada yang pakai sepasang baju sekolah tu empat hari tau. Tapi semuapun faham mengenai masalah tu. Hehe.
Masa untuk tidur takkan cukup sebab kamu cuma punya lebih kurang lima jam saja untuk tidur pada malam hari sebelum meneruskan aktiviti sepanjang hari berikutnya. Kalau dalam dewan tu boleh juga tersengguk-sengguk nak tidur, tapi dah dalam LDK, memang jangan harap la. Kalau kamu terlelap walaupun satu saat, memang boleh perasan sebab dalam LDK lebih kurang sepuluh ke dua belas orang je dalam satu kumpulan. Huhu. Jadi, nak tak nak, terpaksalah kamu jegilkan mata tu sedaya yang mampu.
Dah la dalam dewan ceramahnya bosan, masuk dalam LDK, team aku dapat pulak fasilitator tua. Aish, dalam mengantuk dirabankannya pasal dia pergi Bosnia bagai, bayangkan keadaan mata aku masa tu macam mana. Yang jadi mangsa, orang sebelah aku la, si Mastura. Haha. Kejap-kejap tarik bangku dia, kejap-kejap conteng fail dia, kejap-kejap usik dia Habis semua aku buat sebab nak menghilangkan boring. Haha.
Kan baru-baru nie havoc pasal BTN diharamkan di Selangor gara-gara kata mempengaruhi minda orang ramai. Secara peribadi, aku tak rasapun dipengaruhi mengenai politik ke apa ke. Aku rasa dalam BTN nie banyak berkisar tentang sejarah kemerdekaan - tayang filem Hati Malaya 1957 lagi. Klasik betul.
Aku rasa lepas kursus nie, pengetahuan aku pasal kemerdekaan tu makin jelas. Betapa bersusah payahnya orang dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan. Tiba-tiba aku teringat pada abah. Biar berulangkali dia bercerita tentang kisah perjuangan dia dengan skuad SC - yang kadang-kadang buatkan orang naik jemu - tapi lepas kursus nie, aku hargai setiap perkataan yang dia ungkapkan. Betul... betapa payahnya nak dapatkan kemerdekaan nie. Sangat terharu sebenarnya (T___T) - terharu masa babak Tunku Abdul Rahman dapat derma daripada orang ramai masa nak pergi London. Aishhhh :') Lepas tu ada tayangan visual yang memberikan kesan - " Silalah sayangi negara anda " Aku ada cakap dengan kawan nie ha - " Kalaulah dia tayang visual macam nie hari-hari, tak payah ada ceramah satupun, confirm balik nie memang terus jadi Pak Guard kat depan tu. Siap cakap lagi kat yang dah lama kerja nie - takpe makcik, makcik boleh pencen awal, saya tengah bersemangat patriotik sekarang nie " Haha XD
Kebanyakan orang menangis masa tayang visual malam terakhir. Aku? Tak nangis pun. Elelele. Nak nangis tapi dah keliling penuh orang, segan pula. Hahaha.
Hari terakhir dihabiskan dengan exam. Aku memang tak bersedia dari awal. Mana taknya. Malam terakhir aku habiskan dengan mengemas beg dan bersembang sampai budak sebelah katil aku dah terlelap. Haha.
Sayu sebenarnya nak meninggalkan semua orang masa hari terakhir, nak-nak bila teringat nak kena kerja balik (T_T)
Dan esoknya aku balik ke Perak - menunaikan tanggungjawab aku. Hoho. Skema gila ayat XD Tapi tengah hari Rabu aku dah bergegas balik ke Bangi - semata-mata kerana dah janji dengan Kak Wan. Takpe, demi kawan~
There you have it - my BTN's story. Penuh gelak ketawa sampai ke akhirnya. Hehe =)
Write without regret by Devil Inc. at 3:40:00 PM, Wednesday, February 3, 2010
Aku tak punya mood yang baik minggu lepas, jadi aku rasa malas nak update. Minggu nie cadang nak update tapi hari nie aku mengantuk la pula. Seriously, mata aku tengah separuh je nie. Haha.Nie semua gara-gara aku tak boleh nak tidur malam tadi. Entah kenapa. Aku tertidur dah masa tengok Supernatural semalam, lebih kurang dalam pukul 11.30pm. Dalam pukul 2.30am aku terjaga. Konon nak sambung tidur dalam bilik la, sebab aku tertidur depan tv je malam tadi. Puas aku bergolek atas katil tapi mata tak boleh lelap. Chis. Huhuhu~Penyudahnya aku bangun balik dalam pukul 4am - lebih kurang sejam lebih aku bergolek tapi tak boleh tidur - dan pasang tv dengan harapan aku boleh terlelap balik.Siap boleh tengok movie Headless Horseman kat Starmovies. Boleh lagi berjoget tai chi masa tengok Tv2. Sambung tengok gosip kat E!. Pergi mandi dulu, lepas tu sambung tengok Bleach kat Animax (-_-")Tadi biji mata cerah lagi tapi nie dah masuk pukul 3pm tadi, secara auto mata aku jadi separuh je. Perghhhh...~ Nie tengah tahan mengantuk yang teramat sangat. Rasa mau balik dan terus tidur je.Tapi malam nie tak boleh nak terus tidur. Kena kemas baju untuk dibawa ke kem BTN.Ya, BTN - Biro Tatanegara atau Kursus Kenegaraan.Baru je hari Khamis lepas dapat tau aku antara yang kena pergi. Reaksi pertama aku?" Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ Malasnya nak kemas bajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~ " Ya, ketahuilah bahawa aku bukan seorang yang reti mengemas baju untuk disumbatkan di dalam beg. Aku selalunya akan menjadi orang yang paling banyak bawa barang pergi ke kursus. Haha. Tak pandai budget betul.Dulu, member sebilik aku masa kat hostel la yang jadi pengemas beg aku kalau aku ada nak pergi ke mana-mana. Dia pandai mengemas. Barang banyak macam mana pun, kalau dia susun, rasa macam sikit je. Dah la tu, boleh ada space lagi dalam beg tu. Hebat betul :')Aku? Jangan harap. Masa induksi umum dulu, orang lain bawa satu beg roda, aku dua beg roda. Belum tambah dengan beg plastik kecil taruk kasut, dengan beg Deuter kat belakang lagi (T_T)Masa induksi khusus tahun lepas, aku bawa satu beg besar - lebih besar daripada orang lain. Besar punya~ Haih... (T___T)Aku selalu kena perli dengan ayat - " Aik, takde beg besar lagi? ", takpun - " Macam nak pindah terus je " Chis, berasa hati~ (T_____T)Malam nie kena kemas beg. Aku tak budget lagi berapa yang aku kena bawa sepanjang lima hari kat sana. Yang pasti, tekad aku kali nie adalah tak mahu digelakkan oleh sesiapa lagi.Haih, kalaulah seluar kecil tu boleh dipakai sehelai je dalam lima hari tu kan bagus...~ (-_-")